Tuesday, 26 November 2013

Panduan Bisnes Internet


Adakah anda ingin memulakan bisnes internet dari rumah?  Ramai yang telah menceburinya tetapi ramai juga yang telah gagal sebab tiada matlamat dan sebagai ikutan sahaja.  Ada juga yang menjadikan bisnes internet sebagai batu loncatan atau peluang untuk menyelamatkan diri mereka daripada masalah ekonomi semasa sekarang.

Namun perlu diingat bahawa bisnes internet ini tidak menjanjikan mendapat wang segera dan pendapatan secara mudah tanpa membuat sebarang kerja.  Bukan kaya sekelip mata atau secara automatik.  Jika anda di dalam golongan ini, pada pendapat saya baik lupakan sahaja.

Bagaimana untuk tahu bisnes internet ini sesuai untuk anda?  Mencari model perniagaan yang paling sesuai dengan keperluan anda, apa yang anda mahu dan harapan untuk berjaya adalah penting untuk mencapai kejayaan secara keseluruhan.  Jangan biarkan orang lain memberitahu anda bisnes yang tepat untuk anda.  Anda yang menentukan diri anda dan anda sahaja yang tahu apa yang anda mahukan.

Saya hendak kongsikan beberapa panduan atau langkah untuk anda mencari bisnes online yang bersesuaian dengan diri anda.

1)  Matlamat Kewangan
Matlamat kewangan merupakan faktor besar untuk bisnes anda.  Ia memainkan peranan penting di dalam bisnes model yang anda pilih.  Anda perlu fikir apakan matlamat pendapatan bulanan anda dan komisen yang anda dapat daripada bisnes online yang anda buat.  Matlamat ini perlu untuk membantu anda mencari model bisnes yang sesuai dan tepat.

2)  Faedah Yang Diperolehi
Apabila anda telah menetapkan matlamat, perkara seterusnya adalah menggariskan aspek yang anda rasa menarik untuk bisnes anda.  Fikirkan tentang faedah yang akan diperolehi apabila membuat bisnes tersebut.  Adakah anda rasa produk atau perkhidmatan yang dijalankan dapat memberi faedah kepada anda dan juga pengguna.  Minat anda juga memainkan peranan besar dalam menentukan faedah bisnes anda. 

3)  Kos Vs Pendapatan
Setiap bisnes internet memerlukan kos untuk bermula.  Ada juga bisnes tanpa kos.  Tetapi anda perlu tahu walaupun tanpa kos, anda perlu mengambil kira kos elektrik dan lain-lain kos tersembunyi.  Berapa banyak jualan yang anda perlukan untuk mendapatkan kembali modal anda jika anda memulakan bisnes dengan kos?  

4)  Mentor 
Untuk yang baru bermula, perlukan mentor yang betul dan pakar dalam bisnes online.  Banyak kursus dan bengkel yang anda boleh ikuti untuk bermula.  Jika anda mempromosikan bisnes mereka, anda telah dapat mentor percuma dan kebiasaannnya mereka akan melatih anda di dalam dunia bisnes.  Tiada bayaran tambahan yang diperlukan.  Ambil peluang ini.  
 
Kami ada menyediakan kelas asas blog dan bisnes untuk anda yang mahu mengambil peluang.  

Sertai kami di http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

Kami ada juga menyediakan ruang periklanan di http://sohodirectory.blogspot.com/

Untuk mendapatkan ebook 101 Home Idea Based Bisnes, sebagai panduan untuk memilih bisnes yang bersesuaian dengan anda, boleh lihat di  sini 

Hubungi saya :
Email : norazizahsudin@gmail.com




No comments:

Post a Comment