Wednesday, 27 November 2013

Penulisan Kreatif


Bermula Disember, akademi melangkah setapak lagi dengan mengadakan kelas baru, iaitu Kelas Penulisan Kreatif.  Kelas ini akan dibimbing oleh 2 orang pakar dalam penulisan cerpen dan novel.  Amat beruntung untuk anda yang mendaftar kelas ini.  Yurannya pun amat berpatutan.

Secara kebetulan saya juga akan mengikuti kelas ini di bawah anjuran HEARTS.  Saya pernah menulis tentang ini di artikel terdahulu.  Boleh baca di sini.

Pada mulanya saya telah memilih kursus terjemahan.  Tetapi memandangkan kursus tersebut selama 10 hari dan agak lama untuk saya meninggalkan anak saya di bawah jagaaan orang lain, jadi saya telah meminta kebenaran dengan HRDF untuk menukar kursus.  Alhamdulillah, permohonan saya diterima dan sedang menanti panggilan daripada pihak HRDF.  Saya telah menukar ke kursus Penulisan Kreatif sebab agak menarik silibusnya.  Mana tahu, saya juga ada bakat untuk menulis cerpen. 

Untuk yang berminat mengambil kelas ini, ambillah peluang dan mana tahu, anda juga ada bakat terpendam.

Mari kita tengok apa yang diajar dalam modul kelas Penulisan Kreatif ini. 
1)  Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?

Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran.  Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif.
Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung.  Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.
Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat dan perkataan.
Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.

2)  Saya mahu tulis novel bukan cerpen.  Adakah kelas ini sesuai untuk saya?

Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih.  Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit.  Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama.  Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.

3)  Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?

Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali.  Terpulang kepada pelajar.  Tiada waktu yang spesifik.  Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB.  Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen).  Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.
4)  Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?

Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.
5)  Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?
Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab), boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. 
Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas.  Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan.
Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online.
Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel dan 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Takdir sebagai bonus.  
 
 
 
E-book 101 Tip Penulisan Novel ditulis oleh Mazlia Murat dan Kompilasi Cerpen Rautan ditulis oleh Monalita Mansor. Cerpen 'Rautan Takdir' itu sendiri dah tersiar di majalah Seri Dewi dan Keluarga bulan Oktober.
 


Bagi yang mahu belajar menulis cerpen dengan teknik yang betul, boleh sertai kami di kelas penulisan kreatif.  Mahu turut serta kelas ini dengan promosi November yang sedang berlangsung, boleh hubungi saya :
Email : norazizahsudin@gmail.com
Juga masih berlangsung pengambilan protege untuk kelas asas blog penulisan dan kelas asas blog fanpage mula bisnes.  Daftar kelas ini dengan promosi November. Hubungi saya untuk pendaftaran.
 

No comments:

Post a Comment