Thursday, 21 November 2013

Produk Fizikal Vs Produk Digital


Produk mana yang lebih senang dijual?  Produk fizikal atau produk digital?  Setiap produk ada kelebihannya.  Jika anda rasa cara produk fizikal dijual sama seperti produk digital anda silap.  Terdapat perbezaan antara kedua-dua ini.

Untuk menjual produk fizikal, anda boleh terus bermula tanpa modal (dropship).  Cuma jika anda mempunyai produk fizikal sendiri, anda perlu ke pejabat pos untuk menghantar barangan setiap kali pelanggan membuat pesanan.  Banyak produk fizikal seperti makanan, pakaian, perabot dan lain-lain.  Jika anda mempunyai produk sendiri, lebih mudah untuk anda menghantar pesanan tetapi jika anda membuat sistem dropship, pastikan pembekal anda boleh dipercayai dan mudah untuk menghantar pesanan tepat pada waktunya.  Jika anda membuat sendiri, pastikan anda mudah untuk menghantarnya.  Sebagai contoh cupcake, adakah mudah untuk anda menghantar kepada pelanggan yang jauh?  Mudahkah untuk menghantar menggunakan PosLaju?  Jadi pastikan dan fikir semula adakah produk anda mudah dan senang untuk dikendalikan. 

Produk digital lebih ringkas dan senang.  Anda hanya perlu mempromosi dan mendapat komisen.  Produk digital seperti ebook, daftar sebagai affiliate dan sebagainya.  

Sekarang cuba cari produk yang ramai menjual di internet atau lebih mudah produk laku keras.  Salah satu produk yang menjadi kegilaan dan mudah dijual di internet adalah seperti produk kegunaan wanita.  Tidak dinafikan bahawa kuasa membeli adalah kuasa wanita.  Golongan perempuan yang lebih suka berbelanja membeli belah di internet berbanding golongan lelaki.  Golongan lelaki juga banyak yang menjual produk wanita dan boleh mendatangkan pendapatan yang tinggi.  Produk wanita seperti beg tangan, baju dan produk kecantikan adalah produk yang paling hangat di pasaran internet sekarang. 

Produk yang sukar didapati di pasaran biasa tetapi mudah didapati di pasaran internet juga mudah dijual.  Salah satu produk seperti pes laksa Sarawak.  Permintaan agak tinggi untuk produk ini tetapi sukar di dapati di luar.  Saya rasa produk ini boleh dijual.  Jadi pengguna tidak perlu ke Sarawak untuk mendapatkannya.  Anda cuma perlu berurusan dengan penjual di sana dan pasarkan di internet.  Saya pasti anda akan dapat jawapannya.

Produk fizikal yang menjadi penyelesaian kepada masalah juga boleh mendatangkan hasil lumayan.  Produk kecantikan seperti ubat kurus, krim muka, produk diet boleh dijual di internet.

Jadi fikirkan dan bertindak sekarang.  Cari produk yang anda minat dan mula menjual.  Bina blog, bina fanpage dan cari maklumat.  Jangan bertangguh lagi.  Jika anda tidak mempunyai produk di atas, buat dropship.  Bermula tanpa modal.

Untuk semua di atas, kami boleh membantu.


Untuk beriklan, boleh rujuk di http://sohodirectory.blogspot.com/

Hubungi saya :
Email : norazizahsudin@gmail.com
Whatsapp / SMS : 0197461502


No comments:

Post a Comment