Wednesday, 13 November 2013

Sekejap Timbul Sekejap Tenggelam


Bismillah.  Assalamualaikum dan selamat pagi. 

Sekejap timbul sekejap tenggelam.  Ada yang timbul terus dan ada yang terus tenggelam tidak timbul-timbul.  Apa itu?  Sudah macam biskut orea pula.  Sekejap ada sekejap tiada.  Bisnes pun begitu juga.  Ada yang membuat bisnes secara serius dan ada yang membuatnya secara sambilan.  Orang hendak bisnes anda pun hendak buat.  Orang jual itu anda pun hendak jual benda yang sama.  Jika hendak buat bisnes biarlah berterusan walaupun secara sambilan.  Tidak ada modal tidak hendak buat bisnes.  Suruh buat secara dropship untung sedikit sangat.  Ramai yang merungut.  Buat dahulu dan buat betul-betul.  Ada yang buat dropship tetapi sudah berlipat ganda untung.  Sebab apa?  Sebab dia fokus dan komited, sehingga sudah boleh membuka kedai sendiri.  Yakin dengan setiap rezeki yang Allah berikan.

Yang menjadi masalah jika kita buat bisnes tidak timbul-timbul, iaitu jika dapat untung sedikit terus tidak mahu buat bisnes lagi.  Cari bisnes lain pula.  Cari bisnes yang mendapat untung besar.  Yang penting di sini adalah sikap anda dan bukan bisnes itu.  Jika bisnes itu mendapat untung besar sekalipun, jika anda tidak pandai mengelolakannya, bisnes itu juga akan gagal. 

Jangan cepat mengalah jika tidak berjaya.  Cuba lagi.  Saya pun begitu juga dahulu.  Bermula secara kecil-kecilan.  Belajar dari kawan-kawan yang telah berjaya.  Bertanya jika tidak faham.  Jangan pula berlagak pandai.  Baru hendak mula bisnes sudah mahu itu dan ini.  Semuanya mahu yang besar sahaja.

Jika hendak mula dengan tiada modal, kami ada membuat dropship seperti buku, ebook dan ruang periklanan.  Boleh juga buat affiliate.  Boleh mendaftar bersama kami di akademi.





Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah untuk mendaftar kelas asas bina blog fanpage bisnes atau penulisan.  

Jom beriklan di Soho Directory dan baca terma  iklan di sini.

Untuk membeli buku agama, ebook dan buku motivasi, boleh berkunjung ke Ulat Buku Online.

Untuk yang berminat boleh hubungi saya :
Email : norazizahsudin@gmail.com
Whatsapp / SMS : 0197461502



No comments:

Post a Comment