Sunday, 10 November 2013

Strategi Pemasaran Rasulullah

"Sesungguhnya, telah ada (diri) Rasulullah itu contoh tauladan yang baik bagimu 'iaitu' bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan banyak mengingati Allah."
-Surah Al-Ahzab:21)

Muhammad s.a.w adalah model usahawan menyeluruh. Baginda adalah contoh terbaik dalam perniagaan dan Islam. Sejarah sudah mencatatkan bahawa Rasulullah s.a.w. adalah seorang pedagang berjaya dan reputasinya setanding antarabangsa.

Sudah diasuh sejak dari kecil
Rasulullah s.a.w dilahirkan ketika kaum Quraisy mencapai kejayaan dalam bidang perdagangan.  Sejak kecil, berada dalam asuhan datuknya seorang pedagang ulung, Abdul Mutalib.

Selepas datuknya meninggal, baginda tinggal bersama pakciknya juga seorang peniaga. Baginda berinisiatif mempelajari bidang perniagaan secara kecil-kecilan.  Pada masa itu, baginda membeli barang-barang dari satu pasar kemudian menjualnya kepada orang lain.

Pada masa itu tidak dinafikan, baginda tergolong sebagai pemuda miskin yang memulakan perniagaan dari tahap paling awal.

Kemudian baginda juga bekerja dengan orang lain untuk mendapatkan upah dan kadangkala menjadi agen kepada peniaga kaya yang ada di kota Mekah.

Dalam hal mencari rezeki yang halal, baginda terkenal sebagai pemuda bersungguh-sungguh, tekun dan cermat dalam bidangnya. Ia bukan sekadar memenuhi keperluan seharian. Tetapi ini adalah salah satu usaha membentuk reputasi yang baik dengan pelanggan dan juga pelabur.

Usahasama dengan janda kaya Khadijah 
Peribadi baginda yang jujur (siddiq) dan dipercayai (amin) adalah modal utama dalam mengembangkan perniagaan yang ditekuni.  Ramai pelabur Mekah pada masa itu selesa menjalani kerjasama dengan baginda, baik berupa sistem upah mahupun hasil.

Rasulullah s.a.w kemudiannya menjadi pengelola (mudharib) dan Khadijah sebagai rakan kongsi tidur (Shahibul maal).  Mereka sama-sama berkongsi kerugian dan keuntungan.  Masa sulit yang dihadapi Rasulullah s.a.w dalam bidang perniagaan terjadi ketika baginda berusia 17 hingga 20 tahun.  Pada masa itu baginda perlu berdikari menghadapi pesaing yang jauh lebih berpengalaman (senior) dari baginda.

Bisnes bukan sekadar keuntungan material, tetapi sebagai saluran ibadah untuk kebahagian dunia dan akhirat.

"Barang siapa yang pulang ke rumahnya di petang hari dan merasakan keletihan kerana dia kedua-dua tangannya bekerja di siang hari, maka pada malam itu dia akan mendapat ampunan Allah s.w.r (HR.Tabrani)

Berpandukan hadis di atas, beberapa langkah praktikal menjadikan bisnes sebagai tiket menuju kebahagiaan akhirat.


Rekod Rasulullah s.a.w dalam bidang perniagaan

Rasulullah s.a.w adalah pakar ekonomi
1) Sejarah telah membuktikan bagaimana Islam di bawah kepimpinan baginda mampu membuat penyelesaian yang menimpa pada masa itu. Pelbagai kaedah dan usaha dilakukan baginda untuk menyelamatkan umat dari krisis ekonomi dan kemiskinan.

2)  Contohnya dalam peristiwa hijrah ke Madinah.  Ketika tempoh berada di Madinah, baginda bukan sahaja menghadapi masalah dakwah Islam dan penyebaran ajarannya, tetapi juga permasalahan ekonomi yang rumit.

3)  Masalah perpindahan penduduk secara besar-besaran dari Mekah ke Madinah yang masih lemah ekonomi dan kestabilan, menuntut baginda berfikir untuk mencari jalan penyelesaian yang tepat.

4)  Ini memberi kesan dan boleh menyebabkan perpecahan dan permusuhan antara penduduk asal dan pendatang yang hadir. Tambahan pula orang-orang Yahudi terganggu, kerana penguasaan ekonomi Madinah masih berada dalam kekuasaan mereka.

5) Terdapat tiga persoalan asas menuntut untuk diselesaikan iaitu pertama tempat tinggal kaum Muhajirin yang telah meninggalkan kampung halaman. Kedua, kesejahteraan sama rata dan ketiga masalah pengangguran.

Untuk mengatasi tiga masalah tersebut, Rasulullah s.a.w telah mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar.  Langkah ini adalah terbaik, dalam mempertimbangkan sisi kemanusiaan dan ekonomi, pada masa yang sama masih berlandaskan prinsip agama.

Setelah kestabilan dicapai, baginda juga  mengadakan perjanjian dengan bangsa Yahudi di Madinah.  Salah satu isi perjanjian ialah, baik muslim mahupun Yahudi, perlu terlibat secara aktif dalam menjaga keamanan Madinah dari serangan luar.




Miliki ebook ini sekarang untuk membaca selanjutnya.

Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah untuk mendaftar kelas asas bina blog fanpage bisnes atau penulisan.  

Jom beriklan di Soho Directory dan baca terma  iklan di sini.

Untuk membeli buku agama, ebook dan buku motivasi, boleh berkunjung ke Ulat Buku Online.

Untuk yang berminat boleh hubungi saya :
Email : norazizahsudin@gmail.com
Whatsapp / SMS : 0197461502



No comments:

Post a Comment