Thursday, 14 November 2013

Super Sibuk


Bismillah dan Alhamdulillah.  Hujan rahmat di luar.  Jadual saya agak sibuk hari ini.  Selesaikan dahulu urusan rumahtangga.  Menyemak jadual kerja saya.  Walaupun bekerja di rumah, tetapi kadang kala mengalahkan kerja di pejabat.  Kerjanya sama banyak seperti di pejabat malah lebih banyak lagi.  

Pagi ini saya akan ke pejabat pos menghantar pesanan pelanggan, bertemu kawan untuk sarapan bersama, mengambil pesanan barangan yang telah dipesan dan seterusnya sehingga tengahari ada temujanji bersama rakan lama untuk makan bersama.  Alhamdulillah rezeki untuk hari ini.  Walaupun penat, tetapi seronok sebab tidak terikat dengan waktu pejabat.  Semuanya urusan dibuat sendiri.  Tiada tekanan dan paksaan sebab saya buat benda yang saya suka.  

Bersambung lagi cerita saya sebab anak sudah bangun.  Hendak menguruskan dia dahulu.

Kita beriklan sebentar.  Untuk yang ingin bersama saya dan belajar tentang bisnes, saya akan ajar apa yang saya tahu.  Kita boleh berkongsi bersama-sama.  

Pendaftaran dibuka setiap hari dan kelas pun mudah dan senang.  Tiada paksaan dan tekanan.




Di atas adalah yuran untuk Pakej 3.  Pakej 1 dan Pakej 2 telah saya kongsikan di entri terdahulu.  

Boleh hubungi saya norazizahsudin@gmail.com

Jika anda sudah bersedia, mulakan sekarang.  Jangan tunggu lagi. 

No comments:

Post a Comment