Sunday, 24 November 2013

Tips Bisnes Online (Tips 1)


Selamat bertemu kembali.  Alhamdulilah, mulai Januari 2014 Jumaat dan Sabtu adalah cuti umum untuk seluruh rakyat Johor, tetapi ini adalah untuk sektor kerajaan sahaja.  Sektor swasta mesti mendapat kelulusan daripada pihak majikan.  

Hari ini saya hendak berkongsi beberapa tips bisnes online dan semoga dapat kita praktikkan bersama.

1)  Tentukan matlamat perniagaan anda 
Tanya diri sendiri.  Untuk apa anda memulakan bisnes internet?  Mesti jawapan yang saya dapat, hendak duit.  Tetapi maksud saya, apa matlamat bisnes anda?  Adakah untuk mendapatkan pelanggan baru atau untuk memberi perkhidmatan?  

2)  Tentukan bajet 
Tentukan bajet untuk bisnes anda.  Berapa banyak wang yang perlu dilaburkan untuk ini.  Mempunyai arah dan bajet pelaburan yang jelas akan membuat anda mengambil langkah yang lebih berkesan.

Untuk permulaan, tentukan berapa banyak pendapatan yang anda inginkan.  Cuba sasar RM10 untuk permulaan.  Kemudian, naikkan ke RM20, RM30 dan seterusnya.  Jangan hilang fokus jika belum capai sebanyak ini.  Ubah strategi dan cari idea lain.

Boleh dapatkan ebook 101 Home Based Bisnes ini sebagai cabaran untuk anda bermula.






Ebook ini sebagai BONUS untuk yang mendaftar kelas November.

Hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com untuk mendaftar.

No comments:

Post a Comment