Monday, 18 November 2013

Tips Menulis Artikel Yang Menarik


Pada pendapat saya semua orang boleh menulis, cuma cara penulisan mungkin berbeza. Kandungan penulisan adalah raja bagi setiap laman web atau blog.  Namun, tidak ramai penulis tahu kandungan apa yang menarik perhatian dan bagaimana untuk membuatnya menarik dibaca.

Saya bukanlah tergolong di dalam penulis yang mahir dalam penulisan.  Saya suka membaca dan dari pembacaan saya suka penulisan yang ringkas, padat, tidak membosankan dan jelas maksudnya.   

Saya suka berkongsi beberapa tips mudah untuk yang suka menulis dan baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan, seperti berblogging.   

1)  Pastikan tulisan yang kita tulis mudah dan senang difahami.  Tulis apa yang kita tahu dan minat.  Jika tidak berapa tahu tentang sesuatu perkara, boleh rujuk kepada bahan bacaan samada di internet atau buku-buku berkaitan.  Jangan menulis tentang perkara yang membosankan dan palsu.  Pastikan artikel yang kita tulis betul dari segi ejaan, tanda baca dan tatabahasa.  Artikel yang menarik dan menghiburkan akan menarik ramai pembaca.  

2)  Jangan syok sendiri.  Ramai penulis menulis untuk kepuasan mereka.  Mereka cenderung untuk memilih topik yang menarik minat mereka tanpa menyedari hasil tulisan mereka akan menjadi tatapan pembaca.  Tulis dengan hati yang ikhlas dan dari lubuk hati tentang sesuatu perkara yang ingin ditulis.

3)  Jika kita menulis di blog tentang sesuatu produk, cuba elakkan mempromosi produk secara terang-terangan.  Sebaliknya kongsikan pengalaman pengguna dan tips tentang produk.

4)  Plagiat.  Jangan meniru tulisan seseorang.  Jika ingin berkongsi hasil tulisan orang lain, tulis kredit dan linkkan blognya.  Anda boleh disaman jika memplagiat tulisan seseorang tanpa meminta kebenaran tuan punya penulisan tersebut.  

5)  Jika ingin menulis tentang topik baru, buat penyelidikan terlebih dahulu.  Ramai beranggapan, hanya kerana mereka tahu perkara yang baru, mereka tidak lagi perlu membaca atau meningkatkan kemahiran.  Ini adalah tanggapan yang salah.  Perkara di sekeliling kita sentiasa berubah. Perkembangan baru telah berlaku pada kadar yang luar biasa dalam setiap mata pelajaran dan setiap bidang.  Walaupun anda seorang pakar, anda perlu mengemas kini pengetahuan dan kemahiran dari semasa ke semasa.  Jika tidak, anda akan berakhir membuat kandungan yang sama tetapi di bawah tajuk yang berbeza.  Ini tidak akan menarik pembaca.  Sebaliknya, ia akan menyebabkan mereka lari kepada penulis lain yang boleh memberikan mereka kandungan yang unik dan lagi menarik untuk dibaca.

Lain orang lain pandangannya.  Banyak kisah menarik boleh ditulis berdasarkan minat dan kepakaran seseorang.  Jika anda mempunyai minat dan pakar dalam sesuatu bidang, dah ingin menterjemahkannya di dalam bentuk penulisan, boleh cuba membina blog.  Untuk membina blog, amat mudah jika tahu caranya.  Dengan adanya blog, boleh menarik ramai pembaca untuk membaca dan berkongsi citarasa.

Anda boleh mendaftar bersama kami untuk kelas asas blog, samada kelas penulisan, bisnes atau penulisan kreatif.  Boleh hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com untuk mendaftar.

No comments:

Post a Comment