Tuesday, 26 November 2013

Upin Ipin


Upin Ipin.  Kartun yang sangat digemari oleh anak saya, Ahmad Wafi.  Celik mata sahaja, kartun itulah yang akan ditontonnya.  Pagi, petang hingga ke malam, dia tidak pernah jemu menonton Upin Ipin.  Sampai berulang-ulang kali ditontonnya.  Kartun jenama Malaysia yang telah mendapat sambutan hangat rakyat Malaysia.

Lagi 1 bulan tahun 2014 bakal tiba.  Tahun 2013 banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis untuk saya.  Lupakan kenangan tahun-tahun lepas dan sabar menanti 2014.  

Saya meminjam petikan dari buku Menjejaki Jutawan Senyap hasil tulisan Dr. Rusly bin Abdullah.  Ramai yang masih ragu-ragu lagi, nak jual apa, boleh laku ke tidak atau mana hendak cari modal.  Ironinya kita sendiri yang meletakkan syarat-syarat yang ketat untuk berniaga.  Kita sendiri yang menghalang diri untuk menceburi perniagaan.  

Selamat datang 2014. 

No comments:

Post a Comment