Monday, 11 November 2013

Usahawan Produktif


Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, anda perlu cekal dan berani melawan arus yang datang.  Tiada istilah takut gagal.  Bukan berniaga namanya kalau tidak rugi.  Setiap bisnes ada untung dan rugi.  Sentiasa mencari peluang baru di dalam dunia perniagaan.  Belajar selok belok perniagaan.  Dapatkan ilmu dari mentor yang betul dan pakar.  

Di antara ciri-ciri usahawan produktif :

1)  Sentiasa bersikap proaktif, kreatif iaitu benar-benar berusaha luar biasa bukan sekadar masuk senarai atau kerja hanya melepas batuk di tangga.

2) Niat melakukan usaha kerana Allah, dengan demikian aktiviti yang  dilakukan dipermudahkan.

3)  Sentiasa fokus dan jelas dengan matlamat yang dikerjakan.

4)  Berfikiran positif (husnuzham).

5)  Menjaga kualiti kemampuan diri dengan melaksanakan dengan cara terbaik dan rasa tanggungjawab setiap amanah yang diberikan.

Menceburi bisnes sepatutnya tidak bermatlamatkan kewangan semata-mata.  Matlamat perniagaan ialah untuk memberi kita peluang kepada diri sendiri untuk menjadi usahawan.  

Agama Islam ada memberitahu bahawa 9/10 daripada sumber rezeki datang daripada perniagaan.  Kebanyakan dari kita masih ragu-ragu untuk menceburi bidang perniagaan kerana takut gagal, hendak jual apa, boleh laku atau tidak, tiada modal dan pelbagai masalah yang dibuat atau direka sendiri.  Buang perasaan malu.  Memang malu adalah naluri fitrah tetapi ia bukan penghalang untuk berjaya.  

Pilih satu jenis perusahaan, tentukan jenis produk, pelajari segala selok-belok perniagaan tersebut dan berikan satu komitmen jangka panjang.  Pilih yang benar-benar serasi dan menyakinkan.  

Secara kesimpulannya untuk berjaya dan menjadi usahawan produktif, seseorang itu perlu mempunyai minda yang benar-benar luar biasa dan berfikir di luar kotak.  Cabar diri anda dan buktikan.

Mesti persoalannya adalah bagaimana hendak bermula?  Jangan risau dan gusar.  Kami di Akademi boleh membantu untuk anda bermula.  

Mula-mula dapatkan ebook Asas Blog sebagai bacaan awal sebelum masuk kelas.  Kami akan analisa anda dan bisnes online anda bermula dengan tajuk blog mengikut jawapan analisa.  

Untuk yang hendak bermula tanpa modal, kami sediakan produk.  

Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah untuk mendaftar kelas asas bina blog fanpage bisnes atau penulisan.  

Jom beriklan di Soho Directory dan baca terma  iklan di sini.

Untuk membeli buku agama, ebook dan buku motivasi, boleh berkunjung ke Ulat Buku Online.

Untuk yang berminat boleh hubungi saya :
Email : norazizahsudin@gmail.com
Whatsapp / SMS : 0197461502










No comments:

Post a Comment