Thursday, 28 November 2013

Wow! Cantik dan Menarik


Bismillah.  Alhamdulilah, akhirnya logo rasmi akademi telah dihasilkan oleh salah seorang rakan kami di akademi.  Secara rasminya, ia telah dilancarkan semalam.

Secara rasminya juga saya telah bergelar seorang WAHM / SAHM selama 7 bulan.  Dalam tempoh ini, banyak yang saya pelajari bersama rakan-rakan akademi dan juga dari rakan FB.  Ada yang suka, ada yang mencemuh, ada yang senyum sinis, ada yang sama-sama berkongsi kegembiraan dan lain-lain emosi.  Bagi saya, saya suka, saya seronok, saya teruja, saya sentiasa menunggu hari esok dan pelbagai perasaan bercampur baur.  Untuk yang mencemuh, senyum sinis disebabkan tidak yakin dengan keputusan yang dibuat dan tidak menyokong keputusan saya untuk berhenti kerja dan duduk di rumah.  Duduk di rumah sambil menjaga anak, tiada kehidupan luar kata orang.  Biarlah orang hendak kata apa.  Yang penting saya suka dan saya bersyukur dengan keputusan yang saya buat.  Yang lebih penting saya mendapat restu suami.

Alhamdulillah, sedikit demi sedikit rezeki yang telah ALLAH berikan.  Sedikit atau banyak saya wajib bersyukur.  Sedikit lama-lama jadi bukit.  Yang penting berkat.

Nampak menarik dan professional logo kami.  Cantik bukan?





Alhamdulillah, saya telah ditemukan dengan akademi ini, oleh rakan FB saya Anys Idayu.  Banyak yang saya belajar dan berkongsi ilmu dengan rakan-rakan akademi.  Suri rumah sekarang bukan seperti suri rumah semasa zaman ibu kita dahulu.  Hanya duduk di rumah menjaga anak.  Suri rumah zaman sekarang semuanya suri rumah celik IT dan profesional.

Saya pasti ramai suri rumah di luar yang masih mencari idea dan ingin duduk dirumah menjaga anak, tetapi takut atau belum yakin disebabkan masalah ekonomi di samping untuk membantu keluarga.  Harga barang semakin naik dan banyak benda yang perlu dibayar.  Tidak semua suri rumah yang menjadi suri rumah disebabkan berkahwin dengan orang kaya sebagaimana menurut kata salah seorang menteri di dalam surat khabar 2 minggu lepas.

Untuk yang ingin menjadi WAHM, cari ilmu, belajar ilmu bisnes internet dan buat secara sambilan dahulu.  Jangan tergesa-gesa membuat keputusan.  Minta petunjuk dari Allah dan juga mendapat redha suami.

Saya memandang tinggi kepada yang masih berkerjaya dan masih boleh membahagikan masa dengan kerja, bersama anak dan keluarga.  Anda memang hebat. 

Berbalik kepada cerita saya semasa mula-mula daftar kelas blog yang diasaskan oleh Pn. Masayu Ahmad, peserta tidak ramai.  Cuma ada 10 orang sahaja.  Tidak semua yang menghabiskan tugasan yang diberikan.  Mungkin masing-masing ada masalah samada tuntutan kerja atau tanggungjawab keluarga.  Saya sendiri menghabiskan masa dengan tugasan yang diberikan selama lebih kurang 2 bulan.  Tetapi setelah melihat ramai rakan-rakan akademi telah berjaya dengan tugasan mereka dan ada yang dinaikkan pangkat menjadi guru online, saya terus nekad untuk menghabiskan apa yang telah saya mulakan.  Berjaya juga akhirnya.  Banyak yang saya belajar seperti gaya penulisan, tatabahasa, ilmu bisnes, ilmu penulisan dan lain-lain perkongsian dari rakan akademi lain. 

Tidak bermakna saya duduk di rumah, saya boleh mengambil jalan mudah, iaitu sambil lewa.  Bagi saya, tugasan tetap sama.  Bangun pagi, buat kerja rumah, memasak, membasuh baju, mengemas rumah dan lain-lain.  Cuma tambahannya adalah menyambung tugas di meja SOHO saya dan banyak kerja menanti seperti pesanan pelanggan, mengemaskini blog, menjawab PM pelanggan, mengemaskini fanpage, menyemak tugasan pelajar, mempromosi bisnes dan lain-lain.  Hendak bisnes dari rumah jadi perlulah berkorban masa dan tenaga.  Kerja pula bukan dari 8 pagi hingga 5 petang, tetapi sehingga lewat malam atau lewat pagi. 

Untuk yang bercita-cita ingin menjadi seperti saya, semoga anda berjaya dan dipermudahkanNya. 

Ramai juga yang PM bertanyakan bagaimana nak sertai Akademi Bekerja Di Rumah.

Untuk sertai akademi, perlu mendaftar di salah satu kelas yang ditawarkan oleh akademi, iaitu : 

1)  Kelas online asas bina blog penulisan - untuk membina blog berpengaruh, blog yang disukai pembaca, belajar menulis blog dengan betul yang dapat menarik traffik ke blog.

2)  Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online. Tidak tahu cara untuk mula bisnes.  Belajar urusniaga mudah dengan menggunakan medium percuma blog, facebook dan juga fanpage.  Belajar menjana pendapatan bermula RM5, RM10, RM50 dan seterusnya (tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta).  Bagi yang tidak ada produk kami sediakan produk untuk dropship.

3)  Kelas beriklan di Mudah.my - Mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma.   Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4)  Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen.  Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel.  Bila sudah pandai menulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

Untuk yang mendaftar akan diberikan ebook seperti berikut:










Hubungi saya untuk pendaftaran kelas :

SMS/Whatsapp : 019-7461502
jadi rakan saya di facebook : https://www.facebook.com/norazizah.sudin

Untuk beli ebook/buku/CD Quran :

Mencari tepung kek segera untuk memudahkan suri rumah membuat aneka jenis kek :

Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory :


No comments:

Post a Comment