Saturday, 7 December 2013

3 Tips Urus Masa Usahawan Internet



Masa adalah antara aset dan modal terpenting yang kita miliki dalam hidup, selain wang ringgit.  Masa lebih penting daripada wang.  Andai wang hilang, kita boleh mencarinya semula, tetapi masa yang pergi tidak akan kembali.
 
Sebagai usahawan yang berkecimpung dalam bisnes internet, satu masalah yang biasa dihadapi oleh usahawan-usahawan di internet adalah silap mengurus masa.  Ada yang duduk berjam-jam di depan komputer, tetapi hasil yang diperolehi adalah kurang.  Tidak sedikit aktiviti melencong daripada aktiviti bisnes.





Pada kali ini, saya ingin berkongsi untuk manfaat bersama adalah beberapa panduan mudah untuk pengurusan masa bagi usahawan internet.

1) Buat jadual waktu untuk urus bisnes setiap hari. Misalnya masa untuk online bisnes adalah 4 jam setiap hari.  1 jam pagi, 1 jam tengahari, 1 jam petang dan 1 jam malam. Pada waktu tersebut, fokus kepada urusan bisnes sahaja berbanding urusan peribadi.

2)  Setiap kali mahu online tanya diri, “Apa yang saya mahu buat?”. Sediakan senarai tugas yang mahu dilakukan, kemudian susun tugasan tersebut mengikut prioriti atau keutamaan. Dahulu perkara yang lebih penting ke atas perkara penting.

3)  Sediakan jam lonceng atau ‘reminder’ dalam telefon untuk mengingatkan berapa lama kita perlu online.  Ini bagi mengelakkan kita daripada terbabas dan terlebih waktu daripada yang sepatutnya.  Dengan meletakkah tempoh, ia akan buat kita lebih fokus.

Mudah bukan 3 tip ini? Mudah, tetapi ia memberikan impak yang besar kepada bisnes kita sebagai usahawan internet.

(Sumber : http://www.notausahawan.com)

Saya juga mempunyai jadual kerja saya sendiri.  Setiap pagi sebelum bermula, saya akan menyemak 'things to do list' yang telah saya buat pada waktu malam.  Jadi saya sudah tahu apa kerja yang perlu di buat pada keesokan harinya.  Jika tidak sempat dihabiskan pada hari tersebut, saya akan cuba menghabiskan pada hari yang sama tetapi mungkin pada lewat malam atau pagi.  Jika tidak sempat juga, dibuat pada esok harinya.

Untuk fokus, ada yang kata senang dan ada juga yang berkata susah.  Seperti saya, ada kalanya susah disebabkan gangguan dari anak dan televisyen.  Sebab itulah kita perlu pandai membahagikan masa dan tulis tugasan yang perlu dibuat seperti diterangkan di atas.  Fokus dan konsisten.  InsyaAllah pasti berjaya.

Ebook Super WAHM Super MOM dapat membantu para suri yang ingin memulakan kerja dari rumah. Baca ebook ini dan dapatkan insipirasi darinya.  Ia patut dimiliki oleh semua wanita samada yang bekerja di luar mahupun di rumah.  Ada pengajaran dan garis panduan yang berguna untuk bergelar seorang WAHM.

Siapa kata tugas sebagai suri rumah yang bukan sahaja menguruskan rumah tangga bahkan ada yang memiliki perniagaan secara online satu tugas yang mudah?  Mereka yang sudah menggalas tanggungjawab tersebut sahaja mengetahui susah senang bekerja dari rumah.

Jadi jangan pandang sebelah mata kepada wanita bergelar suri di rumah apatah lagi yang turut mempunyai kerjaya profesional seperti usahawan, penulis, penterjemah dan sebagainya.

Justeru itu, ebook ini amat disarankan kepada semua wanita yang bergelar ibu dan bakal ibu agar lebih berfikiran terbuka dan bercita-cita untuk menguruskan rumah tangga dengan teratur, mengasuh sendiri anak-anak dan dalam masa yang sama tetap menyumbang kepada ekonomi negara.




Boleh hubungi di norazizahsudin@gmail. untuk dapatkan ebook ini atau mendaftar kelas untuk mendapatkannya sebagai bonus.










No comments:

Post a Comment