Friday, 13 December 2013

4 Langkah Memulakan Perniagaan Di Internet


Banyak peluang perniagaan boleh dimulakan di Internet.  Di sini saya ingin kongsikan semua perniagaan boleh dimulakan dengan mengikuti 4 langkah ini yang dipetik dari buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar tulisan Irfan Khairi.

1)  Kenal Pasti Produk atau Perkhidmatan
Apa sahaja produk atau perkhidmatan yang ditawarkan pasti ada permintaan di Internet.  Apa perniagaan anda?  Sudahkah anda mempunyai perniagaan sendiri?  Buat kajian tentang produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh orang ramai.  Mungkin kerja atau hobi anda boleh dijadikan sebagai perniagaan. 

Jadi jika anda tidak mempunyai perniagaan, kami di akademi ada pelbagai produk dan perkhidmatan untuk diniagakan.  Kami ada produk fizikal, produk digital, ruang periklanan, kelas online dan produk secara dropship.


2)  Menyediakan blog atau Laman Web
Setiap perniagaan memerlukan blog atau laman web untuk mempromosikan bisnes mereka.  Boleh pilih samada percuma atau berbayar.  Anda tidak perlu memiliki ijazah IT mahupun komputer yang canggih untuk menyediakan blog atau laman web.

Terpulang kepada anda untuk menggunakan yang mana.  Biasanya disyorkan menggunakan .com atau .com.my kerana nama domain ini sudah sinomin dengan perniagaan Internet.  Pembelian nama domain adalah berdasarkan dengan bayaran yuran tahunan.  Anda boleh mencari di Internet untuk mengetahui yuran tahunan yang dikenakan oleh pihak berkaitan.

Pada pendapat saya, adalah lebih baik bermula dengan yang percuma dahulu.  Blogspot adalah salah satu daripadanya.  Tidak sukar untuk membina blog jika tahu caranya.  Anda boleh belajar di Internet atau mendaftar bersama kami di Akademi Bekerja Di Rumah.  Kami ada kelas membina blog asas dan fanpage (mula bisnes) untuk yang berminat.  Sekali anda belajar, anda sudah boleh membina blog seberapa banyak yang anda mahu.


3)  Sistem Pembayaran Internet
Cara ini adalah penting untuk membolehkan pelanggan membuat bayaran kepada anda.  Sistem pembayaran yang selamat dan berkesan akan memastikan aliran pembayaran yang sistematik daripada pelanggan kepada anda.

Terdapat pelbagai cara untuk menerima bayaran di Internet dan cara yang selalu digunakan adalah melalui kad kredit dan online melalui bank. Bank yang biasa digunakan adalah Maybank dan CIMB.  Untuk mempunyai kemudahan ini, anda boleh pergi ke salah satu bank dan mendaftar di mesin bank.

Untuk membuat pembayaran, kami akan mengajar anda untuk membina borang tempahan di blog.  Amat mudah dan senang digunakan.  Anda boleh mengesan maklumat pembayaran di sini.


4)  Mempromosikan Perniagaan Anda
Langkah ini adalah terpenting untuk memastikan kejayaan perniagaan Internet anda.  Tanpa promosi yang  betul bagaimana pelawat akan mengetahui blog atau laman web anda? 

Di antara cara popular mempromosikan blog anda adalah :
    i)  Enjin Carian (Search Engine)
    ii)  Direktori
    iii)  Membeli Iklan
    iv)  Ruang Periklanan

Kami juga ada menyediakan kesemua perkhidmatan kepada anda.  Apabila anda telah membuat blog, kami akan ajar bagaimana untuk menaikkan trafik untuk pelawat mencari produk anda. 

Direktori bisnes iklan boleh di dapati di http://sohodirectory.blogspot.com/.  Banyak iklan bisnes telah diiklankan di sini dengan pakej dan harga yang berpatutan.  Seramai 300 bloggers akan membantu mempromosikan bisnes anda di Internet.

Setelah anda membaca artikel ini dan berminat untuk mendaftar bersama kami, boleh pilih kelas mana yang anda ingin ikuti :
1)  Kelas Asas Blog dan Penulisan
2)  Kelas Asas Blog dan Fanpage (mula bisnes)
3)  Kelas Mudah.my
4)  Kelas Penulisan Kreatif

 Untuk lebih jelas, boleh lihat di link ini http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

Setiap kelas ada keistimewaanya tersendiri dengan modul yang berbeza.  Modul yang diajar hanya terdapat di akademi sahaja. 





Bagi yang berminat boleh hubungi saya : 






No comments:

Post a Comment