Monday, 9 December 2013

Bagaimana Hendak Berjaya Kalau Malu?



Satu masalah yang dihadapi oleh seseorang yang baru melangkahkan kaki ke dalam dunia bisnes dan usahawan adalah malu untuk menjual. Rasa segan dan takut menghantui diri dan pelbagai bayangan memalukan bermain dalam fikiran.  Tiada jualan bererti tiada keuntungan yang bakal dinikmati oleh sesebuah bisnes.

Biasanya sikap malu menjual dalam bisnes adalah disebabkan sudut pandang kita yang negatif terhadap aktiviti menjual itu sendiri.  Justeru, untuk menghilangkan sikap malu menjual, hendaklah dimulakan dengan cara kita berfikir terhadap aktiviti menjual. Lihat menjual itu daripada sudut yang positif dan sebagai satu aktiviti keperluan dalam kehidupan kita seharian.

Tanpa menjual bukan sahaja usahawan dan peniaga tidak akan dapat menjana keuntungan, malah, pengguna dan pelanggan juga akan sukar untuk mendapatkan produk dan servis yang mereka mahukan.  Buang perasaan malu dalam diri anda jika anda ingin berjaya.  Semua orang ada perasaan malu, tetapi biarlah malu itu bertempat.  Untuk berjaya di dalam  bisnes, perasaan malu tidak perlu ada pada setiap orang yang bergelar usahawan, baik usahawan offline mahupun online.   

Sebagai usahawan online, kita tidak perlu berjumpa dengan orang ramai.  Tugas kita hanyalah dari rumah.  Semua urusan di buat dari rumah.  Ada orang yang membuat bisnes online sebab dia malu untuk berjumpa orang ramai.  Dia tidak perlu berjumpa orang, tidak perlu bercakap dengan orang.  Semuanya secara online.  Tetapi mungkin ada sesetengah produk yang kita perlu buat penghantaran terus ke rumah, seperti produk fizikal. 

Tips yang boleh dipraktikkan untuk membuang perasaan malu apabila menjual :

1)  katakan pada diri bahawa anda menjual barangan atau perkhidmatan yang boleh memberi penyelesaian kepada masalah orang ramai.

2)  jika ada yang tidak mahu membeli produk anda, itu bukan bererti mereka tidak suka tetapi mungkin mereka tidak memerlukan produk tersebut.

3)  sebelum menjual sesuatu produk, pelajari dahulu tentang produk tersebut.  Jadi jika ada yang bertanya lebih mudah untuk anda menjawab.

4)  bayangkan perkara yang  baik-baik sahaja apabila menjual produk anda.  Jangan kecewa atau marah jika tiada yang membeli.

5)  belajar dari pakar-pakar internet cara menjual online.  Hadiri seminar, kelas atau bengkel yang diadakan.  Cari di internet atau banyak terdapat di media massa.

Cuba buat dan anda akan mengalaminya.  Sedikit perkongsian daripada saya.  

Selamat berjaya.

Bagi yang ada perasaan malu dan ingin ada produk online sendiri, boleh belajar bina blog dengan kami.  Kami akan beri tunjuk ajar dan bimbingan.  Seterusnya anda yang buat pilihan.

Kelas ini dijalankan 100% online.  Masa fleksibel dan mengikut kesesuaian anda.  Semuanya bermula dari rumah.  Mudah sahaja, ada komputer dan boleh akses internet. 

Boleh hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com jika berminat.

Kami telah terbitkan ebook terbaru iaitu ebook pantang.  Hanya terdapat di akademi dan boleh dapatkan daripada saya.






 





No comments:

Post a Comment