Friday, 6 December 2013

'Bersahabat'lah Dengan Pelanggan Anda



Keteguhan sesebuah perusahaan terutamanya yang berkaitan dengan produk fizikal dan servis secara dasarnya bergantung pada sejauh mana peniaga itu dapat mempertahankan pelanggannya.

Dalam iklim perniagaan yang semakin berkembang pesat, layanan terhadap pelanggan merupakan aspek penting dalam memastikan konsistensi perniagaan selain kualiti dan harga produk yang menarik.

Sentiasa berusaha menjalinkan hubungan dua hala peniaga-pelanggan yang akrab umpama sahabat baik. Sentiasa berfikiran kritis dan kreatif dalam menawarkan kelainan layanan perniagaan terhadap pelanggan anda.

Beri apa yang belum diperoleh pelanggan anda di premis perniagaan yang pernah mereka kunjungi. Untuk mengetahuinya, ketika inilah aspek berbual-bual dan tinjauan rawak memainkan peranannya. Mungkin peniaga boleh memberi hadiah kecil kepada pelanggan tetap, pelanggan baru mahupun pelanggan yang tidak berpuas hati dengan produk dan servis anda. Pelanggan akan berasa dihargai dan cuba untuk mencari sisi positif dan bermanfaat daripada perusahaan dan khidmat yang anda tawarkan.

(Sumber :  majalahniaga.com)

Kesimpulannya, untuk memulakan bisnes, bukan setakat hanya fikir pasal keuntungan sahaja.  Perlu juga belajar cara berkomunikasi.  Keselesaan ruang premis dan tawaran pelbagai pilihan barang bukan faktor utama penentu kepuasan pelanggan. Sebaliknya, layanan daripada pekerja atau kakitangan lebih dititikberatkan pelanggan.
Walaupun anda berbisnes online, cara berinteraksi dengan pelanggan perlu dijaga.  Begitu juga dengan cara menjawab pesanan pelanggan, membalas emel, PM dan sebagainya.  Bahasa menentukan bangsa.  Jika salah interaksi, pelanggan akan terus menghilangkan diri dan beralih kepada peniaga lain.  Jadilah peniaga yang mesra pelanggan.
 
Kami di akademi, tidak menjanjikan bulan dan bintang kepada anda jika anda mendaftar bersama kami.  Kami hanya memberi tunjukajar dan bimbingan.  Seterusnya anda yang akan memulakan langkah untuk berjaya atau tidak. 

Boleh mendaftar bersama kami untuk 4 kelas berikut :
1)  Kelas Asas Blog dan Penulisan
2)  Kelas Asas Blog dan Fanpage (mula bisnes)
3)  Kelas Mudah.my
4)  Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif

Yuran hanya sekali dan anda boleh membuatnya berulang kali.  Yuran yang berpatutan untuk anda bermula.








Boleh hubungi saya untuk pendaftaran kelas : email : norazizahsudin@gmail.com
SMS/Whatsapp : 019-7461502
jadi rakan saya di facebook : https://www.facebook.com/norazizah.sudin

Untuk beli ebook/buku/CD Quran :

Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory :


No comments:

Post a Comment