Friday, 27 December 2013

Bukit Galing Camp


Teks : Norazizah Sudin

Malam ini balik ke kampung di Endau dan esok akan ke Kuantan.  Sudah lama juga tidak ke Kuantan.  29hb Disember ini adalah hari keluarga Bukit Galing Camp.  Pada mulanya hendak dibuat pada 15 Disember, tetapi disebabkan Kuantan telah dilanda banjir yang teruk, maka telah ditunda ke 29hb Disember.  Saya telah dilahirkan di Kuantan dan menetap di Bukit Galing Camp.  Arwah abah seorang polis ketika itu.  Banyak kenangan ketika di sana.  Setelah arwah Abah pencen, kami telah menetap di Kg. Hubong, Endau. 

Inilah pertama kali saya menjejakkan kaki ke sana semula setelah berpuluh tahun meninggalkan Bukit Galing Camp.  Semasa perjumpaan pertama, iaitu pada 26 June 2010, saya tidak dapat hadir disebabkan ada komitmen lain ketika itu.  Perjumpaan selepas 40 tahun kami meninggalkan Bukit Galing Camp.  Kami mempunyai komuniti di dalam FB.  Bagus juga FB ada sebab melalui FB lah kami semua, anak-anak bekas polis Galing Camp dapat bertemu kembali. 

Alhamdulillah, kali ini saya dapat menghadirkan diri.  Sekarang Galing Camp telah berubah.  Tiada lagi rumah berek seperti dahulu.  Kini semuanya rumah flat. 

Ini adalah keratan akhbar yang telah disiarkan ketika perjumpaan pertama dahulu.




Tidak sabar rasanya mahu bertemu semula dengan rakan-rakan lama, rakan-rakan lama arwah mak dan abah dan ustaz-ustaz saya dahulu.  

Ok lah, saya undur diri dahulu.  Nanti saya sambung cerita perjumpaan ke dua ini minggu depan ya.


No comments:

Post a Comment