Monday, 2 December 2013

Cara Menghadapi Pelanggan Yang Banyak Kerenah


Di dalam bisnes, pelanggan adalah raja.  Itu kata orang, bukan kata saya.  Bagi saya pelanggan adalah penting untuk bisnes kita.  Tanpa ada pelanggan, bisnes kita pun tidak akan pergi jauh.  Tidak kira samada pelanggan baru atau lama, hati mereka perlu di jaga.  Tetapi jika ada pelanggan yang banyak kerenah, selalu marah-marah, semunya tidak betul, perlukah kita berurusan dengan mereka?

Mari kita lihat antara cara-caranya :

1)  Belajar untuk menjiwai, memahami mengapa pelanggan anda kecewa sebelum memberikan sebarang penyelesaian.  Letakkan perasaan mereka di tempat kita.  Tidak semua orang sama.  Ada yang  boleh menerima penjelasan kita dan ada juga yang langsung tidak boleh bertolak ansur walaupun perkara yang kecil.  

2)  Jika kita menerima aduan mereka melalui post di blog, emel atau PM, cuba untuk menyelesaikan pelanggan begini dengan tenang dan jawab dengan jujur jika anda membuat kesilapan. 

3)  Cari sebab mengapa mereka marah dan cuba atasi dengan profesional.  Terangkan dan minta maaf di atas kesilapan.  Jika dia post di grup, tunjukkan sikap profesional anda dan jika orang itu tidak rasional dan terus menghentam anda, komuniti di grup akan tahu sikap sebenar pelanggan tersebut.

4)  Jika pelanggan anda marah dan mahu bayaran balik, berikannya kepada mereka.  Jika mereka ingin menukar produk dan jika bukan kesilapan anda, biarkan.  Tetapi jika kesilapan anda, gantikan dengan yang baru. 

Jika anda mempunyai minat dan kepakaran, cerita untuk dikongsikan, mendaftar bersama kami di blog.  Boleh pilih kelas mana yang anda minat.  

Kami ada :
1)  kelas asas blog + penulisan
2)  kelas asas blog + bisnes
3)  kelas asas blog + penulisan kreatif
4)  kelas iklan di Mudah.my

Hubungi saya untuk mendaftar di norazizahsudin@gmail.com

Boleh lihat di blog http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/ untuk info selanjutnya.









No comments:

Post a Comment