Thursday, 26 December 2013

'Dream Chart'


Teks  :  Norazizah Sudin

Tahun 2013 tinggal hanya 4 hari sahaja.  Selamat datang 2014.

Untuk yang masih belum menulis impian boleh tulis dari sekarang ya.  Tulis besar-besar di kertas dan tampal.  Lebih elok tampal di tempat yang hari-hari kita akan tengok.  Saya menampal di depan meja SOHO saya.  Setiap hari sebelum mula kerja, 'dream chart' itulah yang saya akan lihat selalu.

Jadi, ayuh mulakan sekarang.  Untuk yang mempunyai impian mulakan sekarang.  Untuk yang masih terfikir-fikir, berfikirlah dari sekarang.  Setiap orang harus ada impian, sekurang-kurangnya memberi semangat untuk kita supaya bekerja lebih baik dari dahulu.  Tidak kisahlah jika anda masih bekerja di pejabat atau suri rumah.

Tidak salah untuk berimpian.  Impian adalah sebahagian daripada masa depan.  Tetapi ingat, impian dan angan-angan adalah dua perkara yang berbeza.  Bukan kena bayar pun!  Percuma sahaja.  Setiap suatu perkara perlu di dahului dengan satu impian. Tidak salah untuk kita berimpian besar kerana andai tidak di capai impian itu, sekurang-kurangnya akan ada impian-impian kecil tercapai dalam perjalanan kita untuk mencapai impian yang besar.




Jom kita baca suatu kisah yang bagi saya mampu mendorong kita semua untuk memasang impian yang besar. Kisah ini adalah kisah seorang sahabat Rasulullah iaitu Saidina Umar Al Khattab.

Suatu hari Umar al Khattab r.a. sedang duduk berbicara dengan sahabat-sahabat beliau.  Maka Umar berkata kepada sahabatnya, “Impikanlah”.  Maka salah seorang sahabat yang hadir berkata, “Saya berangan-angan untuk memiliki banyak wang dan akan saya belanjakan untuk memerdekakan hamba dalam rangka meraih lebih redha Allah”.  Seorang yang lain menyahut, “Kalau saya, saya mengimpikan memiliki harta yang banyak lalu saya belanjakan fi sabilillah”.  Yang lain menyahut, “Kalau saya mengangankan mempunyai tubuh yang kuat lalu saya abdikan diri untuk memberi air zam zam kepada jemaah haji satu persatu.”

Setelah mendengar semua itu, maka Umar berkata, “Aku mengimpikan akan ada pemuda-pemuda seperti Abu Ubaidah al Jarrah, Musab bin Umair yang mana akan menegakkan agama ini di muka bumi.”

Jadi, apakah pengajaran yang kita dapat dari kisah di atas?  Tentulah IMPIAN.  Oleh itu, tidak salah untuk berimpian besar untuk merentas masa hadapan.  Umar sendiri memandang jauh ke hadapan melangkaui zamannya. Bahkan Umar menggemari orang yang mempunyai impian besar.  Mari membuat impian yang bakal mengubah diri kita demi memberi impak kejayaan.

Segalanya boleh menjadi kenyataan. Namun, ianya hanya menjadi realiti jika kita berusaha untuk mendapatkannya. Janganlah hanya duduk diam tanpa melakukan apa-apa. Bagaikan 'pungguk rindukan bulan' serta 'bagaikan menunggu bulan jatuh ke riba'. Lakukan sebaik mungkin tanpa menyerah kepada kegagalan. Ini kerana 'Anda adalah apa yang anda fikirkan'.

Berimpian banyak itu tidak salah, namun yang salah ialah apabila anda cuma banyak berimpian tetapi tidak banyak dalam berusaha.

Ordinary people dreaming a dream.  Successful people making dream a true reality.
******************************************************************************

Jika anda berimpian untuk mempunyai kedai online, boleh mula mendaftar sekarang bersama kami untuk KELAS ASAS BLOG DAN FANPAGE (MULA BISNES).

Jika anda telah bersedia dan ingin bermula, boleh sertai kelas kami di akademi.  Kami ada juga produk dropship untuk yang ingin bermula tetapi tiada produk. 

Apa yang kami ajar di dalam kelas ini :
➤  kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.

➤  mahu mula tetapi tidak tahu cara.

➤  mahu mula tetapi tidak ada produk.  Kami menyediakan beberapa produk pilihan seperti produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai Rakan Niaga / Pengurus Online di akademi bekerja di rumah.

➤  kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi ke RM20, RM50, RM100 dan begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta).

➤  kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, suri rumah sepenuh masa, suri berkerjaya yang mahu buat secara sambilan.  Ini adalah langkah awal.  Kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.

➤  apabila sudah pandai, boleh belajar dengan otai-otai pemasaran yang lain.  Juga bina jaringan bisnes secara online.

➤  kami akan analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai / minat / pengalaman.  Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat fanpage, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.  

Untuk bermula, kami akan beri soalan untuk dianalisa.  Pendaftaran adalah setiap hari. 





Boleh hubungi saya untuk pendaftaran kelas :  
SMS/Whatsapp : 019-7461502
jadi rakan saya di facebook : https://www.facebook.com/norazizah.sudin

Anda ada produk atau bisnes? 

Boleh beriklan di SohoDirectory 

Untuk harga dan pakej, jemput singgah di sini



No comments:

Post a Comment