Tuesday, 10 December 2013

Ibu Risau Anak Demam


Terjaga lebih kurang jam 3.00 pagi.  Hati tidak keruan dan meraba anak di sebelah.  Ya Allah, panasnya badan dia.  Memang suhu panas mendadak naik hingga ke kepala.  Untuk sementara sebelum hendak menghantarnya ke klinik, saya telah meletakkan tuala basah di dahinya.  Terasa panas tuala sebab suhu panas di kepala telah meresap ke tuala basah tadi. 

Alhamdulillah, setelah beberapa kali meletakkan tuala basah tadi, suhu badannya telah menurun sebentar.  Jam 8.00 pagi saya telah membawanya ke klinik dan ternyata dia demam.  Sudah lama tidak menjejakkan kaki ke klinik tersebut.  Kali terakhir pergi bulan Februari.  Sudah lama juga anak saya tidak demam.  Seperti biasa doktor telah memberi ubat demam.  

Alhamdulillah, saya dapat menjaga anak sepenuh masa setiap masa.  Saat-saat beginilah dia memerlukan saya sepenuh masa.  Setelah menjaganya semalaman dengan memberi ubat mengikut jadual, keadaannya menampakkan sedikit perubahan.  Terima kasih Ya Allah.  

Semoga keadaannya akan terus berubah esok, lusa dan seterusnya, InsyaAllah.

 

No comments:

Post a Comment