Wednesday, 4 December 2013

Idea Pemasaran Online


Apakah yang anda faham tentang pemasaran internet?  Pemasaran internet adalah suatu transaksi pertukaran nilai.  Jadi ramai orang yang baru menceburkan diri di dalam bisnes internet tertanya-tanya apakah yang mereka boleh tawarkan kepada pelanggan mereka melalui pemasaran online.

Selalunya apabila kita memikirkan nilai pelanggan, kita berfikir tentang wang.  Tetapi nilai tidak hanya wang semata-mata.  Pelanggan juga memberi anda dengan cara yang berbeza, sebagai contoh pelanggan memberi anda tanggungjawab dari segi amanah dan kepercayaan.  Rakan-rakan juga tolong mempromosikan barangan anda, berkongsi idea dan menjalinkan perhubungan yang baik.  

Ramai orang tidak percaya bahawa mereka boleh melakukan pemasaran internet kerana mereka fikir mereka tidak mempunyai apa-apa yang bernilai untuk dijual.  Daripada cuba berfikir tentang apa yang anda perlu menjual, lebih baik berfikir tentang apa yang anda boleh tawarkan kepada pelanggan.

Berikut adalah antara idea-idea yang boleh membantu anda menyelesaikan masalah pelanggan :

1) menyediakan penyelesaian yang membantu menjimatkan wang orang ramai.  Orang ramai sentiasa mencari tawaran yang baik untuk mereka.  Sebagai contoh, adakan kupon percuma, voucher, peraduan, cabutan bertuah dan lain-lain.  Mereka tidak sentiasa inginkan tawaran murah tetapi mereka inginkan sesuatu yang boleh mereka dapat dalam bentuk pertukaran wang.  Jadi dengan menawarkan penyelesaian ini, pelanggan akan membantu menjimatkan wang.

2)  Cari idea yang boleh menjimatkan masa orang ramai.  Di zaman serba teknologi sekarang, orang ramai lebih sibuk berbanding sebelum ini.  Masa amat berharga dan ia tidak boleh diganti apabila hilang.  Tawarkan penyelesaian yang boleh menjimatkan masa pelanggan anda.

3) Menyediakan penyelesaian yang boleh menjimatkan usaha pelanggan anda.  Kebanyakan orang akan gembira jika dapat banyak dan kerja sedikit.  Jadi, apa yang boleh anda tawarkan untuk membantu mereka meningkatkan produktiviti, mengurangkan kerja tetapi sedikit usaha? 

Banyak input yang boleh anda cari samada di internet, FB untuk penyelesaian ini.  Sebagai contoh untuk suri rumah, banyak idea yang boleh digunakan untuk anda menjimatkan masa, samada peralatan di dapur atau peralatan yang digunakan setiap masa.

Ingat, sentiasa tanya diri anda apabila anda menyediakan penyelesaian pelanggan anda.  Apa yang boleh saya lakukan untuk menambah nilai kepada urusniaga tersebut? Bagaimana saya boleh menyediakan penyelesaian yang lebih murah, lebih cepat dan lebih baik?

Jadilah seorang IM (internet marketer) yang SMART!

Hubungi saya untuk pendaftaran kelas :
email : norazizahsudin@gmail.com
SMS/Whatsapp : 019-7461502
jadi rakan saya di facebook : https://www.facebook.com/norazizah.sudin

Untuk beli ebook/buku/CD Quran :

Mencari tepung kek segera untuk memudahkan suri rumah membuat aneka jenis kek :

Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory :


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dapatkan ebook terbaru untuk ibu-ibu berpantang dan juga untuk orang yang menjaga orang berpantang.  

Beli 1 dapat 2.



No comments:

Post a Comment