Sunday, 8 December 2013

Istiqamah Dalam Berusaha


Bismillah.  Selamat pagi. 

Setiap hari sebelum bermula, saya suka membaca artikel dari pakar motivasi, pakar internet, sambil mendengar radio ikim.  Banyak ilmu, kata-kata inspirasi yang boleh saya dapati dari pakar-pakar ini.  Secara tidak langsung memberi saya inspirasi dan motivasi untuk terus ke depan dan tidak lagi menoleh ke belakang.  Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.  Salah satu dari artikel yang saya suka baca adalah dari notausahawan.com yang ditulis oleh Suhili Nain seorang penulis bebas dan usahawan internet.  Antara hasil karyanya adalah buku Pesanan Buat Diri terbitan PTS Islamika dan Ebook 72 Hadis & Kisah Popular di Internet. 

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai tajuk di atas.  Setiap dari kita mempunyai 'up and down'.  Macam-macam rasa yang berlegar di minda.  Ada rasa bosan, ada rasa malas, hendak duduk sahaja sambil menonton televisyen lagi seronok.  Betul tidak?  

Kadang-kadang perasaan itulah yang saya alami.  Tetapi disebabkan perasaan seronok dan teruja buat bisnes online, perasaan itu saya tolak ke tepi.  Saya suka melihat rakan-rakan FB ramai yang sudah berjaya dengan bisnesnya masing-masing.  Ada yang baru hendak bertatih, ada yang telah mendapat pendapatan lumayan dan pelbagai lagi.  Jadi dapat dibuat kesimpulan bahawa sikap yang menentukan siapa kita.  Istiqamah dan berusaha terus.  Jangan buat sekerat jalan.  Kadang-kadang ada beberapa perancangan sudah tertunda dan juga tersasar daripada jadual yang sepatutnya.

Berbalik kepada tajuk di atas, mari kita baca artikel Suhaili ini dan semoga anda mendapat inspirasi daripadanya.  

Ramai orang berjaya menetapkan matlamat, membuat perancangan dan bertindak, tetapi mereka masih tidak berjaya disebabkan tiada perkara ini. Istiqamah dan konsisten adalah perkara yang amat penting untuk berjaya.

Ramai orang gagal mencapai apa yang mereka mahu disebabkan tidak konsisten dalam apa yang mereka usahakan. Sebulan dua mereka bertindak melaksanakan perancangan, tetapi apabila masuk bulan ketiga keseimbangan mula tiada.  Semangat yang menyala-nyala di awal jalan mula malap perlahan-lahan.

Dalam Islam, perbuatan istiqamah atau kemampuan untuk melakukan sesuatu yang baik secara berturusan adalah sesuatu yang amat mulia.  Ia menggambarkan kesungguhan dan ketahanan jiwa.  Perbuatan mendirikan solat sunat 2 rakaat qiamullail dengan istiqamah itu lebih utama berbanding melakukannya sekali setahun tetapi dalam jumlah yang banyak.




Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

“Amalan (sunat) yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan (sunat) yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit.” (Riwayat Muslim, no. 783)

Walau hadis ini sebenarnya adalah membicarakan tentang agama dan amal ibadah khusus kepada Allah s.w.t, namun ia sebenarnya amat bersesuaian untuk dijadikan pegangan dalam urusan dunia kita untuk mencapai kejayaan.

Andai kita tidak mempunyai sikap yang istiqamah atau konsisten dalam kelakukan mustahil untuk kita berjaya dalam kehidupan.  Tanpa sikap istiqamah jadilah kita seperti kata pepatah Melayu yang berbunyi “Hangat-hangat tahi ayam!”.  Diawalnya sahaja kuat berusaha, kemudian diakhirnya layu dan lemah jua.

Tip Untuk Istiqamah Dalam Usaha :

1)  Bergaul dengan orang yang mempunyai matlamat yang sama dengan kita.

2)  Bekerja dalam jemaah.  Apabila kita lemah, maka akan ada orang memberi semangat pada kita.

3)  Baca kisah-kisah orang yang berjaya.

4)  Tulis atau lihat matlamat kita secara berkala. Sediakan sebuah buku khusus dan tulis matlamat kita dalam buku tersebut pada waktu tertentu.

5)  Lakukan tindakan sedikit demi sedikit.  Itu lebih baik. Daripada usaha banyak, namun akhirnya lelah dan kalah.

6)  Dekatkan diri kepada Allah s.w.t dan berdoa kepada-Nya agar kita diberikan kekuatan dan kemudahan untuk melaksanakan apa yang kita rancangkan.

7)  Sediakan waktu untuk berehat dalam masa tertentu. Minda dan badan kita memerlukan rehat.
(Sumber : notausahawan.com)

Jika anda telah bersedia dan ingin bermula, boleh sertai kelas kami di akademi.  Kami ada juga produk dropship untuk yang ingin bermula tetapi tiada produk.  Jika ada produk, kami akan bantu anda bina blog bisnes.

Untuk yang berminat dengan bisnes, boleh bermula dengan Kelas Asas Blog dan Fanpage (mula bisnes).

Apa yang kami ajar di dalam kelas ini :
✔  kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online

✔  mahu mula tetapi tidak tahu cara

✔  mahu mula tetapi tidak ada produk.  Kami menyediakan beberapa produk pilihan seperti produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah

✔  kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi ke RM20, RM50, RM100 dan begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta)

✔  kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, suri rumah sepenuh masa, suri berkerjaya yang mahu buat secara sambilan.  Ini adalah langkah awal.  Kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.

✔  apabila sudah pandai, boleh belajar dengan otai-otai pemasaran yang lain.  Juga bina jaringan bisnes secara online.

✔  kami akan analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai / minat / pengalaman.  Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat fanpage, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.  

Untuk bermula, kami akan beri soalan untuk dianalisa.  Pendaftaran adalah setiap hari.



 
Boleh hubungi saya untuk pendaftaran kelas :  
SMS/Whatsapp : 019-7461502
jadi rakan saya di facebook : https://www.facebook.com/norazizah.sudin

Untuk beli ebook/buku/CD Quran :

Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory :

No comments:

Post a Comment