Sunday, 22 December 2013

Jenayah Siber


Menjual secara online juga dapat membantu mengembangkan bisnes anda.  Ramai juga yang menjadi jutawan hanya daripada online sahaja.  Cari maklumat di google dan anda akan menemui jawapannya.  Tetapi anda perlu berhati-hati kerana banyak juga terdedah kepada penipu dan penjenayah alam siber.

Banyak juga kes yang telah dilaporkan mengenai jenayah alam siber.  Ramai peniaga online yang telah tertipu, seperti duit sudah bayar tetapi barang tidak sampai.  Ada juga lain barang yang dipesan tetapi apabila terima barang lain yang tiba.  Duit sudah dibayar dan barang sudahpun dihantar, tetapi disebabkan tidak menyemak status pembayaran, rupa-rupanya berlaku penipuan tentang bayaran.  Banyak lagi kes jenayah siber ini.  




Mempunyai kedai online boleh mendedahkan sistem anda kepada kecurian maklumat pelanggan seperti maklumat kad kredit.  Jadi berhati-hatilah.  Untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, anda perlu menggariskan beberapa langkah keselamatan mudah supaya perniagaan anda dilindungi :

1)  Setiap kali selesai menyemak status pelanggan apabila membuat tempahan, pastikan anda 'log out' dari sistem.  

2)  Pastikan pembeli adalah orang yang sama dengan pembayar kad.  Anda boleh semak dengan meminta butir-butir pembayaran sebelum mengesahkan penghantaran.

3)  Gunakan kata laluan yang kukuh dan sentiasa menukar dengan kerap kata laluan jika perlu.  Ini perlu jika berurusan dengan data kewangan pelanggan setia.

4)  Simpan data butiran data pelanggan terutamanya data kad kredit di tempat lain dan bukan di dalam database anda.  

5)  Sentiasa memantau dan menguji database anda untuk mengelakkan dari dicerobohi oleh jenayah siber ini.  Mereka lebih cekap dari anda.

-------------------------------------------------------------------------

Kelas kami bersiaran secara langsung dengan 350 blog dan 13 guru online.  100% online dan hanya dari rumah anda sudah boleh menjana pendapatan.

Kami membuka pendaftaran untuk menjadi Rakan Niaga / Pengurus Online.  
Dapatkan Ebook 101 Idea Home Based Bisnes untuk anda yang mahu mula bisnes untuk tahun 2014 tetapi tidak tahu bermula dan masih mencari-cari.  Setelah mendapat idea dan ingin bermula, boleh sertai kami untuk Kelas Asas Bisnes dan Fanpage (mula bisnes).  Untuk yang mendaftar kelas ini, kami memberi PERCUMA Kelas Urus Akaun Bisnes Kecil WAHM / SOHO.  Hanya dibuka untuk 10 orang sahaja.



Hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com untuk langkah selanjutnya.





 

No comments:

Post a Comment