Tuesday, 24 December 2013

Kad Kredit VS Kad Debit



Teks : Norazizah Sudin

Pada zaman yang bergerak pantas kini, ramai yang suka membeli belah secara online.  Menjimatkan masa.  Ramai yang menggunakan kad kredit apabila membeli belah secara online berbanding kad debit.  Perlu diingatkan bahawa berhati-hati apabila menggunakan kemudahan ini.

Beberapa tips boleh diambil kira apabila menggunakan kad kredit :
1)  Disyor menggunakan kad kredit apabila membeli belah berbanding kad debit adalah kerana kad kredit secara automatik melindungi pengguna daripada kecurian identiti seseorang.  Jika didapati terdapat kecurian kad dan orang lain menggunakan kad anda, berkemungkinan anda akan dibayar balik kos tersebut berbanding menggunakan kad debit.

2)  Kad debit di ambil daripada akaun simpanan anda.  Berkemungkinan untuk orang lain mengetahui butiran sulit anda adalah cerah dan tidak mustahil bukan setakat wang anda di dalam akaun simpanan telah hilang tetapi juga butiran peribadi lain anda juga akan dicerobohi.

3)  Jika anda kerap menggunakan kad kredit untuk membeli belah secara online, jadikan tabiat gunakan satu kad sahaja.  Dengan ini lebih mudah untuk anda menghubungi satu syarikat sahaja jika berlaku sebarang penyalahagunaan kad anda seperti kecurian, kehilangan dan lain-lain. 

*************************************************************************
350 blog, 21 kelas dan 13 guru bertugas mengajar 100% online kepada peserta yang telah mendaftar.  

Kami menawarkan kelas berikut kepada yang berminat :
1)  Kelas asas blog penulisan
2)  Kelas asas blog fanpage mula bisnes
3)  Kelas beriklan di mudah.my
4)  Kelas penulisan kreatif
5)  Pendaftaran rakan niaga/ pengurus online
6)  Pendaftaran kelas urus akaun bisnes kecil / WAHM SOHO bulan Januari
7)  Pendaftaran kelas offline asas blog fanpage mula bisnes (bermula Januari  – kawasan berhampiran Pasir Gudang) 
 
Khusus untuk suri rumah dan suri berkerjaya yang ingin belajar, kami terangkan secara detail apa yang diajar :

1)  Mahu meluaskan produk bukan hanya offline tetapi di pasaran online juga.  Akan diajar cara-cara menjual di fanpage dan juga di blog.  Belajar membuat borang tempahan produk, gabungkan blog dan fanpage sebagai satu saluran kedai online.  Ini adalah asas sahaja. 

2)  Belajar teknik pemasaran melalui tulisan dan mempunyai blog berpengaruh.  Semua orang sudah pandai menulis, tetapi tidak tahu teknik yang betul untuk membina blog yang berinformasi. 

Hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com jika anda telah bersedia.




No comments:

Post a Comment