Monday, 23 December 2013

Uniknya Akademi Bekerja Di Rumah


Teks : Norazizah Sudin
 
Alhamdulillah, banyak mesej yang saya terima bertanyakan tentang akademi dan cara bekerja di rumah.  Banyak yang telah saya kongsikan di FB tentang ini.  Kebanyakan mesej yang saya terima adalah dari suri rumah dan tidak kurang juga dari suri berkerjaya.  Mereka hendak menambah pendapatan dan membantu keluarga.  Serba serbi mahal sekarang.  Bermula 2014 semua barangan akan naik.

Dari carta di bawah, kita boleh lihat kebaikan bekerja di rumah.


 
Saya tidak kata bahawa suri berkerjaya tidak bagus.  Alhamdulillah, dapat juga membantu keluarga.  Untuk yang bercita-cita ingin memulakan kerja di rumah, buat secara sambilan dahulu.  Jangan tergesa-gesa ingin berhenti kerja. Bagi yang mempunyai kepakaran di dalam sesuatu bidang, boleh bermula sekarang secara sambilan.  Fokus dan konsistan, InsyaAllah akan berjaya.  Setelah menampakkan hasil yang memberangsangkan barulah buat pilihan.

Tujuan akademi ditubuhkan adalah untuk membantu suri rumah dan suri berkerjaya menambah pendapatan dan membantu keluarga.  Saya pasti ramai suri rumah di luar sana yang mempunyai banyak kemahiran dan minat di dalam sesuatu bidang.  Jadi kenapa tidak gunakan kemahiran dan minat itu untuk menjana pendapatan?  Banyak peluang telah tersedia cuma rajin atau tidak sahaja.  Kongsikan minat dan kepakaran bersama orang ramai di blog. 

Kami seolah-olah seperti pusat sehenti untuk suri rumah.  Banyak kelas yang kami tawarkan untuk anda yang ingin memulakan langkah menjelang tahun 2014 ini.  Fokus, komitmen dan kesungguhan amat penting jika anda ingin bermula.  Bisnes apa pun, jika tidak fokus dan komited, tidak akan berjaya.  Begitu juga dengan bisnes online.  Ramai suri rumah yang telah berjaya dengan bisnes online. 

Akademi Bekerja Di Rumah menawarkan kelas berikut :

1)  Kelas Asas Blog dan Penulisan  
Belajar menulis cara santai tetapi masih mengekalkan bahasa melayu formal.  Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan.  Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.  Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 350 blog untuk membantu aliran trafik ke blog.  Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini. 

2)  Kelas Asas Blog dan Fanpage (mula bisnes)
Bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara.  Mahu mula berbisnes tetapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fanpage dan FB.  Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing).  Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik. 

3)  Kelas beriklan di Mudah.my 
Mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma.  Peserta akan belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4)  Kelas Penulisan Kreatif 
Kelas ini bagi yang bercita-cita menulis cerpen.  Peserta akan diajar untuk belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel.  Apabila sudah pandai tulis cerpen, insyaAllah boleh menulis novel. 

5)  Rakan Niaga / Pengurus Online Akademi 
Kami membuka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan.  Produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan.  Kesemuanya atas talian.  Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi.  Hanya berbekalkan komputer dan talian internet. 

6)  Kelas Urus Niaga Akaun Bisnes Kecil WAHM SOHO 
Bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.

Kesemua kelas ini adalah langkah awal dan kami akan sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.

Bagaimana kelas ini dijalankan?

Kelas berbentuk toturial ini dijalankan sepenuhnya secara online (atas talian).   Protege akan diberikan ebook rujukan iaitu ebook belajar asas blog.  Protege akan dimasukkan dalam group kelas di facebook. Komunikasi adalah secara one to one (personal coaching) melalui PM di facebook atau group kelas.  Nota dan toturial bergambar disediakan di dalam group kelas tersebut.

Jadual kelas adalah fleksibel, ikut masa protege sendiri bila mahu belajar.  Pertanyaan dan soalan boleh dilontarkan terus kepada guru online melalui message di facebook.  Peserta hanya perlu rajin menyiapkan tugasan yang diberikan dan rajin bertanya dan berhubung dengan guru jika ada soalan yang ingin diajukan. 

Tugasan yang diberikan adalah sepenuhnya terus membantu protege menyiapkan blog masing-masing.  Dengan ini protege tidak perlu mengambil masa lain lagi untuk menyiapkan semula blog mereka.  

Protege dan guru online hanya berhubung secara online sahaja.  Hanya perlu ada kelengkapan gadget iaitu laptop atau komputer dan talian internet.  Malah jika ada telefon canggih juga satu kelebihan kepada protege untuk membuat tugasan terus walau di mana pun mereka berada.


Kelas ini di mana?
Uniknya kelas kami secara online sahaja.  Boleh mula bila-bila masa sudah sedia.

Saya bekerja tak ada masa?  

Disebabkan tuan / puan tak ada masa, itu sebab kelas ini masanya fleksibel.  Iaitu 10 langkah mudah untuk kelas penulisan dan 16 langkah untuk kelas bisnes.

Saya tak ada produk. 

Produk kami sediakan.  Jika sudah ada produk lagi bagus.

Berapa lama boleh pandai?

Bukan berapa lama boleh pandai, tetapi berapa cepat tuan / puan boleh siapkan tugasan.  Ada pelajar laju ambil masa 10 hari sahaja, ada 3 minggu, ada sebulan dan ada lebih dari itu.  Cepat lambat adalah bergantung pada protege sendiri.  Cepat siapkan tugasan, maka cepatlah anda boleh mula menggunakan blog, facebook dan fanpage untuk menjana pendapatan pula.

Apa lagi yang kami dapat?

Jaringan dan perhubungan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan surirumah, suri berkerjaya.  Boleh berkenalan dan bertukar pandangan.  Inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk wanita yang bekerja di rumah, untuk mendapatkan semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya.  Juga pertukaran antara blog di akademi dapat membantu menarik traffik ke blog. 

Kelas ini terbuka kepada semua yang mahu memulakan bisnes secara online, masih tidak tahu cara bagaimana mahu memulakan.  Khusus utama untuk suri rumah, suri bekerjaya yang mahu menambah pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa.  Juga dialu-alukan penyertaan untuk kaum adam.

Bagi anda yang berminat untuk memulakan bisnes secara online, perlukan tunjuk ajar bagaimana mahu bermula, boleh hubungi saya : 

Email : norazizahsudin@gmail.com 
SMS / Whatsapp : 019-7461502 
Facebook :  https://www.facebook.com/norazizah.sudin


No comments:

Post a Comment