Thursday, 19 December 2013

Kelas Offline Blog




Teks : Norazizah Sudin

Bismillah.

Alhamdulillah.  Sejak semalam hujan lebat dan pagi ini matahari telah menunjukkan sinarnya.  Baru selesai menyiapkan sarapan dan mengemas rumah.  Selepas ini, tugasan harian di meja SOHO bermula.  Sebelum membuka FB, saya mengemaskini blog dahulu.  Biasakan diri untuk membuka blog dahulu sebelum membuka FB, sebab FB ini sudah kira macam 'berhantu'!. Maksud saya, bermacam-macam cerita di situ dan kita akan leka membacanya.  Lama kelamaan kerja yang kita hendak buat dan bercadang untuk membuatnya, tidak jadi.  Dari membuka FB selama 10 minit telah meleret kepada 1 jam dan kadang-kadang sehingga 2 jam.  Jadi pastikan anda fokus kepada tugas pertama yang anda hendak buat dahulu.  Setelah selesai urusan pertama, barulah ke urusan ke dua.  

Mulai bulan Januari 2014, saya akan buka kelas offline asas blog dan fanpage (mula bisnes) untuk warga Pasir Gudang, Kota Masai, Masai dan kawasan yang berhampiran dengannya.  Kelas ini sebenarnya pernah ditanya oleh ramai rakan dan jiran berhampiran.  Jadi memandangkan banyak permintaan, saya telah membuka kelas ini untuk pendaftaran.  Modul dan silibus masih sama seperti kelas online.  Ramai suri rumah yang baru hendak belajar dan tidak tahu cara memasarkan produk dan menggunakan internet secara formal.  Ramai yang telah mempunyai kedai fizikal tetapi dalam masa yang sama hendak juga mempunyai kedai online.  Jadi untuk yang berminat boleh menghadiri kelas offline yang saya kendalikan.

Saya akan membuat kelas ini pada setiap hari Sabtu atau Ahad, mengikut kesesuaian peserta. 
Masa  :  2.00 hingga 5.00 petang (3 jam)
Tempat  :  Restoran Sasa Pasir Gudang, KFC Taman Bukit Dahlia (akan dimaklumkan kemudian)

Setiap kelas hanya 3 orang sahaja untuk 1 sessi.

Setiap peserta akan mendapat :
1)  Personal coaching.
2) Bonus ebook (belajar asas blog, ebook panduan mula bisnes butik, ebook Super WAHM Super MOM dan ebook 101 idea Home Based-Bisnes).
3)  Akan diserapkan ke dalam group online.

Bagi mereka yang berminat untuk hadiri kelas offline ini, boleh hubungi saya untuk tempahan tarikh. 

Pendaftaran dibuka sekarang. Sila hubungi saya :
Email : norazizahsudin@gmail.com
SMS/Whatsapp : 019-7461502
Facebook : https://www.facebook.com/norazizah.sudin
 

No comments:

Post a Comment