Tuesday, 31 December 2013

Modal Rendah Hasil Lumayan


Teks : Norazizah Sudin

Esok sudah bermula tahun 2014.  Selamat datang.  Semoga segala azam anda di tahun 2013 sudah tercapai.  Bagi yang belum, boleh mulakan semula di tahun 2014.  Bermula tahun 2014 juga, semua barangan akan naik.  Gula, tepung, tol, tambang bas sekolah, tambang bas, minyak, beras dan lain-lain.  Bermula tahun 2014 juga masing-masing sudah mula berkira-kira untuk mencari pendapatan tambahan.

Menurut Harian Metro hari ini, perniagaan secara dalam talian dijangka terus berkembang pada 2014 terutama dengan pertambahan jumlah peniaga sambilan yang memulakan perniagaan berikutan peningkatan kos sara hidup. Presiden Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) Mohd Azrul Mohd Nor berkata, melalui kajian yang dilakukan, perniagaan secara dalam talian akan mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan didorong oleh penggunaan Internet yang meluas.

Baca selanjutnya di Harian Metro.

Banyak yang telah saya kongsikan sebelum ini di artikel yang terdahulu.  Boleh bermula dengan dropship dahulu.  Kumpul modal daripada dropship dan kembangkan bisnes.  Banyak bisnes secara dropship yang boleh dilakukan seperti pakaian, beg, barangan bayi, produk digital dan lain-lain.  Banyak maklumat yang anda boleh cari di Internet.  Mulakan sekarang dan jangan bertangguh lagi jika anda ingin mempunyai bisnes sendiri.

Akademi juga sedang mencari Rakan Niaga untuk  mempromosikan produk akademi.  Kami ada produk fizikal dan juga digital.  Hanya perlu mempromosikan pakej-pakej jualan dan produk-produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah.  Jadi rakan niaga kami dan anda sudah boleh bermula.  Jika tiada produk, kami akan bantu anda untuk membina blog dan mempromosikan produk kami.   Apa yang perlu adalah anda perlu serius, minat dan kesungguhan untuk bermula.  Anda hanya berniaga tanpa perlu keluar dari rumah.  Apa yang kita perlukan hanyalah kesungguhan dan talian internet.  Anda boleh lihat contoh blog Rakan Niaga di sini.







Untuk bermula, anda perlu ada blog bisnes.  Kelas yang kami adakan adalah 100% online.  Anda boleh bermula dengan membina blog dahulu.  Sebelum itu kami akan memberi soalan analisa untuk anda jawab.  Jika anda tiada produk dan ingin mempunyai bisnes, anda boleh mendaftar untuk menjadi rakan niaga kami.  Untuk yang sudah ada produk dan tiada blog, anda boleh mula membina blog dengan mendaftar bersama kami untuk kelas asas blog dan fanpage (mula bisnes).

Apa yang kami ajar di dalam kelas ini :
➤  kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.

➤  mahu mula tetapi tidak tahu cara.

➤  mahu mula tetapi tidak ada produk.  Kami menyediakan beberapa produk pilihan seperti produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai Rakan Niaga / Pengurus Online di akademi bekerja di rumah.

➤  kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi ke RM20, RM50, RM100 dan begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta).

➤  kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, suri rumah sepenuh masa, suri berkerjaya yang mahu buat secara sambilan.  Ini adalah langkah awal.  Kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.

➤  apabila sudah pandai, boleh belajar dengan otai-otai pemasaran yang lain.  Juga bina jaringan bisnes secara online.

➤  kami akan analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai / minat / pengalaman.  Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat fanpage, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik. 
 
Boleh hubungi saya untuk pendaftaran kelas :  
SMS/Whatsapp : 019-7461502
jadi rakan saya di facebook : https://www.facebook.com/norazizah.sudin

Anda ada produk atau bisnes?  Boleh beriklan di SohoDirectory.
Untuk harga dan pakej, jemput singgah di sini
 
Jemput singgah di Akademi Bekerja Di Rumah untuk maklumat selanjutnya tentang akademi kami.
 
 




No comments:

Post a Comment