Tuesday, 3 December 2013

Musim Hujan


Kedengaran guruh di luar menandakan hujan akan turun lagi dengan lebat.  Sejak pagi hujan renyai-renyai sahaja.  Banyak aktiviti di luar tidak dapat dibuat.  Alhamdulilalh, hujan rahmat.  Terima kasih Allah.  Seronok tidur hujan-hujan begini, tetapi lebih seronok duduk di meja SOHO saya dan buat tugasan di blog.  Meja saya mengadap tingkap, jadi dapatlah saya menengok titisan hujan turun dari bumbung terus ke bawah membasahi longkang dan menyiram pokok.  Sungguh nyaman dengan cuaca sejuk di luar. 

Anak sejak pukul 1.30 tengahari tadi telah tidur dan masih belum bangun lagi.  Hari ini dia tidur agak lama sebab jika tidak hanya tidur untuk 1 jam sahaja.  Bolehlah saya buat kerja lama sedikit di blog.  Hari ini tugasan agak banyak.  Nak kemaskini blog di blog utama, di blog akademi, post di FB sambil membuat tugasan entri untuk hari esok dan lusa.  Idea tengah mencurah-curah ini, jadi lebih mudah saya buat.  Jika tidak susah juga hendak cari idea.  Belum lagi menulis cerpen, lagilah banyak idea hendak menulis.  

Ada juga perancangan nak belajar penulisan kreatif.  Tunggu panggilan dari HRDF.  Bulan ini katanya.  Hendak juga mencuba jadi penulis.  Manalah tahu ada bakat terpendam!  Tidak tahu boleh belajar.  Jika tidak bagaimana hendak pandai bukan?  

Guru dari akademi pun ada juga, Pn. Monalita Mansor dan Pn.Mazlia Murat.  Mereka berdua ini pakar dalam penulisan cerpen dan novel.  Penulis berpengalaman.  Untuk sesiapa yang hendak belajar, boleh hubungi saya untuk mendaftar.

Sudah masuk solat Asar.  Saya berhenti di sini dahulu untuk menunaikan solat Asar.  InsyaAllah, saya sambung balik dengan cerita lain pula ya.

Jumpa lagi.


No comments:

Post a Comment