Wednesday, 25 December 2013

Panduan Bekerja Dari Rumah


Teks :  Norazizah Sudin

Setelah menjadi suri rumah sepenuh masa dan seorang WAHM, tiada lagi istilah untuk bekerja kembali.  Alhamdulillah, keseronokan menjadi seorang WAHM amat bernilai kepada saya.  Banyak yang saya pelajari dan tiada istilah bosan kerana setiap hari ada sahaja perkara baru yang dapat dibuat, belajar dan berkongsi dengan anak saya.  Kalau bekerja di pejabat dahulu, lambat rasanya masa berlalu untuk pulang ke rumah, tetapi sekarang begitu cepat dan masa itu begitu mencemburui saya.  

Walaupun ada yang mengatakan bahawa kerja di rumah boleh relax atau bersantai-santai, tetapi pada hakikatnya banyak lagi kerja di rumah daripada di pejabat.  Yang seronoknya kepada saya ialah saya kerja untuk diri sendiri dan saya tidak perlu lagi melapor diri kepada sesiapa. 

Untuk mendapat beberapa gambaran tentang bekerja di rumah, anda boleh membaca sedikit artikel yang saya petik dari ebook Super WAHM Super MOM.

1)  Berhenti kerja dan menguruskan rumah tangga, bukanlah satu bebanan, tetapi ia juga satu lagi ibadah kerana kita bekerja dengan Allah. Mungkin rezeki itu tidak nampak dari segi wang ringgit. Mungkin ia datang dari segi kenikmatan ketenangan, dapat menguruskan anak-anak, juga jika benar-benar ikhlas 'gaji' itu nanti adalah datangnya dari majikan yang sebenar-benar majikan.
 
2)  Ada yang cukup risau apabila tidak bekerja, tiada lagi pilihan untuk berbelanja sesuka hati wang sendiri, juga mahu memakai apa sahaja yang diingini.
 
3)  Pilihan berada di rumah bukanlah bergelar suri rumah semata-mata, tetapi kita boleh mencari peluang untuk menjana pendapatan. Pilihan sama ada menjual produk fizikal atau digital. Carilah sumber, seminar, mana-mana peluang yang boleh kita ambil ilmunya dan mula berusaha ke arah tersebut.

4)  Mungkin ada yang tidak boleh menerima hakikat bekerja dari rumah sepenuh masa, tetapi ia terpulang kepada pandangan masing-masing, apa matlamat jangka pendek dan jangka panjang dalam kehidupan. Kehidupan bukan kekal di sini, asas pendirian inilah yang membawa apa hala tuju kehidupan kita yang sebenar.

Apa seronoknya bekerja dari rumah?
1)  Saya masih tidak terikat dengan siapa-siapa. Hanya terikat dengan majikan sebenar, yang membenarkan saya dilahirkan di muka bumi. Jadi walau di rumah atau di luar rumah saya masih ada aturan dengan majikan yang sebenar. Tetapi saya tidak terikat dengan manusia yang mengarah itu dan ini. Saya masih boleh melakukan apa sahaja agar tidak melanggar aturan dan sudah ada peraturan buat isteri dan wanita bekerja. Sama ada di dalam rumah mahupun luar rumah. Buat pilihan yang mengembirakan 'Majikan' bukannya mengembirakan 'manusia'.

2)  Saya masih boleh mengawal dan urus masa dengan kadar semasa sibuk, kurang sibuk atau semasa super sibuk. Apabila super sibuk dengan urusan kerja, keluarga, orang tua dan anak-anak, ambil masa untuk fokus bertenang, mula susun rutin dan lakukan dengan hati lapang.

3)  Raih pendapatan dengan cara kita mahukan. Berapa banyak peluang yang ada di muka bumi ini untuk mencari rezeki. Malaysia adalah negara yang banyak sumber, cari peluang tersebut ia ada di mana-mana, asalkan kita rajin berusaha dan tidak putus asa. Hanya orang malas sahaja yang mencipta alasan, sama-sama berubah dan tentukan pilihan yang kita mahukan.

Adakah perlu berhenti kerja dahulu baru boleh tumpu bisnes?  Baca tips di bawah :

1) Ramai yang mempunyai persepsi tidak boleh menguruskan kerja dalam dua perkara.  Jadi mengambil keputusan meletakkan jawatan dan mahu menumpukan sepenuh masa kepada kerja sendiri atau bisnes. 

2)  Jalan paling selamat ialah lakukan secara sambilan terlebih dahulu, sudah ada pulangan hasil barulah meletak jawatan.

Selanjutnya boleh baca dalam ebook ini :



Dapatkan ebook ini dengan harga cuma RM25 sahaja.

Anda boleh juga baca dari artikel di bawah tentang panduan ibu bekerja dari rumah. 


Kelas online kami sentiasa menerima pendaftaran baru setiap hari.  Sudah lebih daripada 350 blog yang telah dihasilkan oleh akademi.  Kelas kami terdiri dari suri rumah, suri berkerjaya, wartawan, peniaga, arkitek dan pelbagai bidang lagi. 

Untuk mendaftar, boleh hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com


No comments:

Post a Comment