Saturday, 14 December 2013

Pilih Produk dan Perkhidmatan Yang Anda Minat


Jika anda ingin menjalankan bisnes internet, buat kajian terlebih dahulu bisnes apakah yang anda ingin jalankan?  Minat?  Pakar?  Hobi?  Jangan syok sendiri atau pakai terjah sahaja.  Bisnes apakah yang boleh memberikan keuntungan yang maksimum?  Laris terjual?

Bisnes yang anda ingin buat perlulah berdasarkan kepada pengetahuan dan pengalaman anda.  Yang paling penting mesti menarik minat anda.  Jangan orang lain buat anda pun hendak buat juga.  Apa sahaja bisnes yang anda buat, tanpa minat yang mendalam, tidak akan berjaya.  Apabila kita buat sesuatu bisnes berdasarkan minat, kita akan suka, seronok, teruja untuk terus melakukannya walau apa halangan yang datang.  Juga jika kita minat, ia sudah menjadi seperti satu hobi bukan satu kerja.  Bayangkan jika anda membuat dengan penuh minat dan mendatangkan hasil lumayan, apa perasaan anda?

Apa yang perlu anda buat adalah tanya diri sendiri apakah yang anda minat.  Apakah latar belakang anda?  Ada juga yang mempunyai latar belakang bidang perubatan telah beralih arah kepada dunia fesyen.  Jadi fikir dan cari info tentang bisnes yang anda ingin buat. 

Jika anda tiada modal dan anda minat bisnes, mulakan dengan yang percuma dahulu.  Mahirkan satu bisnes dahulu barulah beralih kepada bisnes lain.  Boleh juga dibuat serentak, tetapi anda perlu pandai membahagikan masa.  Jika modal terhad, tumpukan perhatian kepada satu produk dahulu.  Buat satu laman web bisnes seperti blogspot (percuma) dan fanpage. 

Banyak produk boleh dijual di Internet seperti produk fizikal dan digital.  Produk yang paling laris di jual di Internet adalah produk informasi tidak kira dalam bentuk buku, manual, CD Rom, bentuk digital, audio, video, perisian komputer ataupun medium-medium yang lain.  Sebab itulah Internet penting kepada orang ramai sebab penuh dengan informasi.  Jadi anda boleh bermula dengan membuat bisnes ini. 

Kami sentiasa membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk mendaftar bersama kami di akademi.  Terkini ada 7 kelas yang boleh diikuti.

Kelas yang ditawarkan adalah :
1)  Kelas asas blog penulisan
2)  Kelas asas blog fanpage mula bisnes
3)  Kelas beriklan di Mudah.my
4)  Kelas penulisan kreatif
5)  Pendaftaran rakan niaga / pengurus online
6)  Pendaftaran kelas urus akaun bisnes kecil / WAHM SOHO
7)  Pendaftaran kelas offline asas blog fanpage mula bisnes

Boleh hubungi saya untuk pendaftaran kelas :  
SMS/Whatsapp : 019-7461502
jadi rakan saya di facebook : https://www.facebook.com/norazizah.sudin

Untuk beli ebook/buku/CD Quran :

Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory :




No comments:

Post a Comment