Sunday, 15 December 2013

Produk Buat Duit Di Internet


Tidak ada idea hendak bisnes apa di Internet?  Jom kita sama-sama kongsikan bersama.

Untuk memulakan bisnes di Internet, tidak perlu modal yang besar sebenarnya.  Sudah banyak kali saya terangkan di artikel terdahulu, hendak buat bisnes tanpa modal pun boleh.  Yang penting rajin mencari maklumat bisnes apa yang kita hendak buat.  Itu sahaja.  Juga boleh bina fanpage dan blog untuk promosi blog.  

Ok, jom kita lihat apakah idea bisnes tersebut.

1)  Produk Informasi
Anda hasilkan produk informasi sendiri atau produk orang lain.  Kalau kita promosi produk orang lain, dipanggil affiliate.  Sebaik sahaja produk ini dilancarkan, anda cuma menunggu pendapatan pasif sahaja.  Produk informasi seperti ebook samada dalam bentuk buku, video atau CD.  Selagi ada orang membeli produk ini, selagi itulah anda akan mendapat pendapatan.

Akademi ada mengeluarkan beberapa produk informasi dalam bentuk ebook.  Pelbagai ebook boleh didapati seperti ebook asas blog (panduan membina blog), ebook bisnes makanan, ebook butik offline dan online, ebook 101 home based-bisnes dan pelbagai ebook lagi. 


2)  Produk Fizikal
Banyak produk fizikal yang terdapat di pasaran atau FB yang boleh kita jual.  Produk fizikal yang paling hangat di Internet adalah produk kesihatan, produk kecantikan, pakaian wanita, beg tangan, baju kanak-kanak, barangan permainan dan macam-macam lagi.  Produk ini tidak akan susut dan sentiasa mendapat sambutan hangat di pasaran.  Produk fizikal ini boleh dihasilkan oleh anda sendiri atau mendapatkannya daripada pemborong atau anda menjadi dropshipper.

Kami memberi peluang kepada anda untuk menjadi dropshipper kami untuk produk makanan sunnah dan buku. 


3)  Ruang Periklanan
Membuat duit dengan ruang periklanan juga boleh menjana pendapatan.  Untuk usahawan bisnes kecil online mahupun offline, ruang periklanan di internet adalah jauh lebih rendah daripada di media massa ataupun media sosial.

Kami juga ada menyediakan perkhidmatan ini.  Boleh lihat di sini.


4)  Servis
Menjual servis boleh juga dijadikan sumber pendapatan di internet.  Banyak usahawan besar atau kecil telah mempromosikan servis mereka di FB dan internet. 

Servis yang saya jalankan adalah membina blog dan membina fanpage.  Saya juga boleh membantu anda untuk membuat header yang 'simple' menggunakan photoscape.

Untuk yang berminat dengan khidmat di atas, boleh hubungi saya di norazizahsudin@gmail. com.




Boleh juga sertai kelas kami untuk kelas 100% online.  Masa fleksibel.  Tiada tekanan dan tugasan 44 entri akan diberikan kepada anda untuk bermula.  Sebelum bermula, akan diberi soalan analisa untuk menentukan minat / kepakaran anda membina blog.








No comments:

Post a Comment