Saturday, 21 December 2013

Tips Jimat Apabila 'Shopping' Online


Membeli-belah secara online semakin meningkat kerana banyak sebab, tetapi kebanyakannya kerana pembeli tahu bahawa mereka boleh mencari tawaran yang lebih baik dalam talian daripada di kedai-kedai biasa.  Walau bagaimanapun, tidak setiap barangan yang dijual dalam talian adalah sama dan murah.  Semoga dengan tip-tip mudah ini, dapat membantu anda untuk menjimatkan wang anda setiap kali membeli belah melalui online. 

1)  Cari kedai online yang memberi anda penjimatan dari segi harga, tawaran diskaun dan kupon percuma. 

2)  Terdapat banyak peniaga online yang menawarkan produk yang sama pada harga yang berbeza.  Ambil sedikit masa untuk menyemak tawaran hebat ini.  Lebih mudah carian di google yang menyediakan senarai nama kedai dan harga bagi setiap produk yang ditawarkan.

3)  Semak kos penghantaran.  Kadang-kadang anda boleh cari produk dengan harga yang bagus, tetapi kos penghantaran yang mahal.  Jika ada kos penghantaran percuma lagi bagus.

4) 
Cari tawaran yang lebih baik daripada membeli-belah hanya untuk jenama.  Malah apabila membeli-belah online,  orang suka membeli produk-produk yang berjenama tetapi sebenarnya boleh mendapatkan produk yang sama dengan harga yang lebih murah dan mempunyai kualiti yang sama.  Mungkin kurang berjenama, tetapi pasti menjimatkan wang anda.

5)  Cari kedai yang menawarkan harga dengan menjadi ahli kedai tersebut.  

6)  Gunakan kupon percuma dan kad diskaun untuk dapatkan lebih penjimatan.

7)  Jadikan ulasan produk pelanggan sebagai salah satu daripada penjimatan apabila membeli online.  Gunakan maklumat ini untuk menjimatkan wang anda.  

8)  Kadang-kadang anda boleh mendapatkan produk terbaik dan memenuhi citarasa anda.  Sebagai contoh, sekiranya anda beli pakaian, anda boleh hubungi penjual barangan tersebut untuk mengetahui saiz yang tepat dan betul-betul bersesuaian dengan anda.  

9)  Daftar untuk 'newsletter' dari kedai-kedai kegemaran anda untuk mengetahui tentang jualan murah, diskaun dan lain-lain penjimatan.

Semoga tips ini dapat membantu.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Akademi Bekerja Di Rumah buka tawaran ini kepada kalian yang benar-benar memerlukan.



Kelas akaun PERCUMA bagi pendaftaran kelas bisnes RM300 pengambilan Januari 2014.
1)  Percuma slot kelas akaun (bernilai RM150), percuma sahaja
Tarikh  : 6.1.2014
Masa :
slot 1 : 9.30-11.30 (5 orang sahaja satu kumpulan)
slot 2 :
2.30- 4.30 (5 orang sahaja satu kumpulan)
Tenaga pengajar bertauliah
Boleh pilih mana-mana slot yang sesuai.
Bonus 1 : Kelas asas blog dan bisnes
Bonus 2 : Pendaftaran Rakan Niaga/Pengurus Online
Bonus 3 : 4 Ebook
Dibuka kepada 10 pendaftaran sahaja.
Percuma : Bulan Kelas Urus Akaun Bisnes Kecil / WAHM SOHO
Modul : Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-  Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
-  Invois, cash, bil, resit, purchase order

No comments:

Post a Comment