Thursday, 5 December 2013

Tips Membina Bisnes Online


Peluang untuk mempunyai bisnes online meningkat setiap tahun.  Banyak peluang yang boleh didapati di luar sana untuk dijadikan bisnes online.  Ambil peluang dan mula. 

Berikut adalah tips yang boleh dikongsikan untuk membina bisnes online :

1)  Fikirkan idea-idea kreatif dan mulakan perancangan dengan teliti.
2)  Tentukan matlamat dan visi anda apabila memulakan bisnes online.  Tulis dan baca dengan kerap matlamat dan visi anda.
3)  Tahu matlamat anda dan apa yang anda mahu pada setiap tahun.
4)  Fokus pada satu idea dahulu.  Jangan sekali-kali beralih kepada banyak idea pada satu-satu masa.  Terlalu banyak idea pada satu-satu masa akan menyebabkan anda hilang fokus.
5)  Tentukan langkah untuk mencapai matlamat jangka pendek dan jangka panjang.
6)  Tentukan berapa banyak anda bersedia untuk melabur bagi bisnes online anda.  Melabur dari segi ilmu penting untuk menentukan hala tuju bisnes online anda.
7)  Rancang bisnes anda setiap tiga bulan. 
8)  Perlu ada Pelan B jika Pelan A tidak berjaya atau tidak berpotensi.  

Bisnes internet memerlukan masa, perancangan yang baik dan asas yang kukuh.  Ia tidak semestinya hanya memikirkan tentang keuntungan sahaja.  

Untuk memulakan bisnes online, anda perlu dapatkan mentor yang betul.  Kami, di akademi ada kelas untuk anda sertai.

Kami ada 4 kelas untuk anda bermula :
1)  Kelas Asas Blog dan Penulisan
2)  Kelas Asas Blog dan Fanpage (mula bisnes)
3)  Kelas beriklan di Mudah.my
4)  Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fanpage (mula bisnes) :
✔  kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
✔  mahu mula tetapi tidak tahu cara
✔  mahu mula tetapi tidak ada produk.  Kami menyediakan beberapa produk pilihan iaitu produk sunnah, buku, pakej ebook dan ruang periklanan.  Juga peluang sebagai pembantu kelas di Akademi Bekerja Di Rumah.
✔  kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi RM20, RM50,  RM100 dan begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta).
✔  kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, suri rumah sepenuh masa, suri berkerjaya yang mahu buat secara sambilan.  Ini adalah langkah awal.  Kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
✔  apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain.  Juga bina jaringan bisnes secara online.
✔  apa yang kita belajar di dalam kelas ini.  Analisa dahulu untuk kenalpasti produk apa yang sesuai berdasarkan minat dan pengalaman.  Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
✔  untuk mula, kita analisa dahulu.  

Yuran adalah berpatutan mengikut pakej yang bersesuaian dengan anda.  Anda pilih dan kami ajar.

Hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com untuk bermula.









  
   

No comments:

Post a Comment