Thursday, 12 December 2013

Tips Untuk Memasarkan Produk Di FB


Boleh dikatakan semua orang telah mempunyai akaun Facebook dan mempromosikan produk mereka di laman sosial ini.  Untuk melihat produk anda lain dari yang lain, anda perlu mencari tips yang menarik dan unik untuk pengiklanan dan pemasaran produk anda.  Sebagai pemilik perniagaan internet, anda mempunyai pilihan untuk menjalankan bisnes anda di Facebook atau hanya menggunakan platform rangkaian sosial yang lain.  Jika anda merancang untuk menjalankan bisnes anda dan menggunakan internet sebagai strategi pemasaran, perlu untuk anda mencari idea di dalam menentukan aspek-aspek tertentu yang akan membuatkan ia mudah untuk anda menjalankan bisnes online ini.

Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips yang boleh dijadikan panduan :

1)  Serlahkan jenama online anda.  Gunakan warna-warna yang menarik dan logo tersendiri apabila anda mengiklankan bisnes anda di Facebook.  Buat kedai anda seperti kelihatan profesional supaya tidak hanya boleh diakses oleh bakal pelanggan dari dalam negara tetapi juga luar negara.  

2)  Buatkan kedai anda sebagai pusat membeli belah yang seronok dikunjungi.  Tarik orang ramai melalui maklum balas, cadangan, tawaran percuma, kupon percuma, cabutan bertuah dan lain-lain tawaran menarik.  Kebanyakan pembeli online mencari tawaran promosi yang menarik dan kupon diskaun.  Anda boleh juga memberi bakal pelanggan anda set pilihan menarik untuk mendapatkan diskaun yang mereka kehendaki.  Sebagai contoh, buat pengumuman di Facebook tentang tawaran yang akan datang.  

3)  Sertai grup-grup lain di Facebook dan promosikan kedai anda.  Buat iklan menarik, tips berinformasi dan lain-lain tawaran.

4)  Bertindakbalas dengan segera kepada semua pertanyaan pelanggan anda.  Bersikap mesra pengguna dan jadikan pelanggan sebagai rakan anda.  

Sertai kami dengan mendaftar di kelas online asas blog dan bisnes.  Banyak produk secara dropship dan terus yang kami tawarkan.  

Anda boleh juga menjadi rakan niaga akademi bersama kami.

Banyak ebook telah dikeluarkan oleh pihak akademi.  Untuk belajar buat blog baca dahulu ebook asas blog ini sebagai bacaan awal sebelum bermula.





Apabila sudah bersedia untuk bermula, boleh hubungi saya :

email : norazizahsudin@gmail.com 
jadi rakan saya di facebook : https://www.facebook.com/norazizah.sudin












No comments:

Post a Comment