Friday, 20 December 2013

Tips Urus Masa, Super WAHM Super MOM


Sebenarnya perasaan meluap-luap untuk berhenti kerja memang ada dalam diri saya selepas bersalin anak pertama lagi tapi disebabkan sumber kewangan keluarga yang tidak berapa kukuh  jadi saya ‘pause’ dulu hasrat itu.  Sudah pasti semua ibu mempunyai impian untuk menjaga dan membesarkan anak di depan mata sendiri. Untuk merealisasikan impian itu saya perlu mempunyai perancangan yang bijak kerana kehidupan saya akan berubah 360apabila bergelar WAHM nanti.  Justeru itu saya telah mengambil langkah inisiatif dengan melibatkan diri dalam Bisnes MLM secara sambilan terlebih dahulu sebagai jalan selamat sebelum mendapat pulangan hasil yang saya impikan. 

Ebook ini boleh diungkap kan kecil tapak tangan,nyiru saya tadahkan kerana sebelum ini jalan menuju ke WAHM itu nampak berliku-liku dan perasaan kurang yakin dengan kemampuan diri sendiri  begitu tebal tapi setelah membaca  EBook ini ia menjadi sebagai satu bentuk pertolongan untuk kita meneruskan perjalanan itu sampai ke destinasi yang ingin kita tuju.  Setiap halaman memberikan info-info dan tips-tips yang menarik dan bermanfaat sehingga membawa pembaca ingin mengetahui lagi dan lagi sampai ke muka surat terakhir.

Selain itu Perkongsian pengalaman pahit, suka dan duka dari wanita-wanita hebat dalam Ebook ini dapat menaikan semangat dan menjadi inspirasi saya untuk yakin dan percaya yang setiap cabaran dan dugaan perlu dilalui dengan penuh kesabaran kerana dipengakhiran nanti akan memberi sejuta kegembiraan. Bak kata pepatah Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Pengalaman ini boleh dikutip sebagai panduan yang sukar diperolehi dimana-mana. Saya tertarik dengan kata-kata Puan H dalam Ebook ini seperti

Bagi saya cabaran datang dari diri sendiri. Jika kita bijak mengurus masa dan berdisiplin tiada masalah dan cabaran yang tak dapat diatasi. Tidak dinafikan bekerja di rumah sangat menuntut kesabaran dan kekuatan mental, fizikal dan jiwa yang kental.  Ini kerana kita perlu menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan memberi perhatian kepada anak-anak.  Pada masa yang sama kita perlu FOKUS kepada perniagaan.  Tetapi, setiap cabaran tersebut boleh diatasi
dengan syarat kita berdisiplin, sabar dan tidak merungut.’

Saya setuju dengan pendapat Puan H, cabaran yang perlu kita atasi ialah diri sendiri.  Jika kita lemah pasti tersungkur ditengah jalan tapi kalau kita kuat dan kental dalam menghadapi segala macam rintangan dengan kerenah anak-anak, perniagaan, keperluan harian dan pengurusan rumahtangga pasti Allah akan membantu hambaNya yang sabar. Sentiasa berfikiran positif dengan banyakkan membaca buku-buku ilmiah, motivasi dan keagamaan.

Mendisiplinkan diri dalam menguruskan masa ketika dirumah penting supaya rutin harian dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.  Kita perlu bijak mengatur masa kerana  bekerja di rumah memerlukan komitmen dalam pengurusan rumahtangga dan anak-anak serta pengurusan perniagaan. Tips Sukses Urus Masa yang terdapat dalam Ebook ini boleh dijadikan rujukan supaya dapat membahagikan tugasan mengikut keutamaan masa yang betul dan realistik. Pengurusan masa juga sangat penting kerana kita mungkin akan melakukan pelbagai kerja dalam satu masa sehingga kita lupa yang mana satu perlu diutamakan.  Pastikan ada target setiap hari supaya sentiasa produktif dalam urusan bisnes.  

Manakala dalam pengurusan stress pula penulis menekankan supaya sentiasa memulakan kerja dengan aura positif dan tidak tergesa-gesa dalam menempuh hari yang sibuk.  Tekanan berlaku disebabkan kita yang tidak mampu mengawal tekanan dengan cara yang betul.  Oleh itu, kita perlu mengagihan kerja berdasarkan keperluan segera, tidak segera, boleh ditangguh agar tugasan siap mengikut masa yang ditetapkan.

Kesimpulannya, untuk mencapai matlamat mejadi WAHM bukan angan-angan mat jenin semata-mata tapi perlu di buktikan dengan usaha dan komitmen yang jitu. Pengalaman dari ibu-ibu yang telah pun berjaya menjana pendapatan mencecah 6 angka walaupun hanya bekerja di rumah menjadi pembakar semangat untuk bakal-bakal WAHM di luar sana.  Disebalik kejayaan mereka tersimpan bermacam-macam dugaan dan tangisan yang menjadikan mereka semakin kuat untuk menempuh benteng kehidupan. Semoga kita bersama-sama memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat

Sumber : Ulasan Ebook Super WAHM Super MOM

Ebook ini patut dijadikan sebagai panduan untuk suri berkerjaya sebelum mengambil keputusan menjadi WAHM.  Seorang suri rumah pula boleh berkongsi masalah cara menangani stress, membahagikan masa dan lain-lain maklumat berguna tentang seorang WAHM.

Hanya dari rumah anda boleh menjana pendapatan.  Kami di akademi boleh berkongsi dengan anda untuk menjana pendapatan.   

Kami membuka pendaftaran menjadi Rakan Niaga / Pengurus Online.  Hanya promosikan produk kami dan akan dibimbing untuk menjana pendapatan.  Kita bekerja sama-sama, berjamaah untuk membantu satu sama lain.

Tawaran juga dibuka untuk kelas akaun urus bisnes.  Percuma apabila mendaftar kelas asas bisnes.  Jimat dan anda akan dibimbing oleh pengajar bertauliah di dalam bidang ini.

Rebut peluang ini dan keluar dari zon selesa anda.  



 Hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com untuk bermula.


No comments:

Post a Comment