Thursday, 28 March 2013

Tips Bisnes Online



Salam perkenalan,

Saya pasti ramai yang berminat untuk berniaga samada offline atau online. Sekarang ini zaman IT, twitter dan facebook dan semestinya ramai antara kita yang mahir dan yang tidak mahir pun dah jadi mahir atau buat-buat mahir la sebab nak sama-sama bersaing.  

Seronok dengar berniaga online ni tapi ilmu mesti ada.  Kena belajar mantapkan ilmu dulu. Tetapi kalau tak mahir atau mantap pun tak apa, yang penting nak belajar dan cari ilmu.  Banyak seminar atau kelas pasal biz online ni.  Masing-masing berlumba-lumba untuk buat biz online ni termasuk la saya jugak.

Sebelum nak berniaga online ni, kita baca dulu apa yang perlu ada untuk jadikan bisnis online kita ni sukses ok?

1. Produk
Tidak kira berniaga online atau offline, mestilah kena ada produk. Betul tak?  Sebab kalau tiada produk camna nak berniaga kan?  Kalau boleh, cari produk yang unik dan ramai orang suka. Kita boleh jual produk yang dah ramai orang jual. Contoh, tudung. Bermacam-macam fesyen tudung dan pelbagai nama tudung.  Jadi untuk membuat produk kita itu nampak menarik atau unik, kita kenalah kreatif keluarkan atau cari fesyen tudung yang terkini. Kalau bab makanan, yang tengah hotsale sekarang, durian crepe, jadi walaupun ramai yang dah menjual, kita kena cepat-cepat belajar durian crepe atau cari idea pelbagaikan crepe seperti chocolate crepe, strawberry crepe, dragon fruit crepe, banana crepe dan lain-lain perisa crepe.  Jangan sebab produk dah ramai jual, kita pun tak jadi jual.  Rezeki di tangan Tuhan, belum cuba belum tau!

2. Ambil gambar produk
Penting untuk kita ambil gambar produk sendiri untuk mengelakkan meniru produk orang lain.  Sebagai contoh, jika berniaga kek, ambil gambar kek yang telah dibuat sendiri dan bukannya meniru gambar orang lain. Kalau tudung pulak, ambil la gambar tudung digayakan oleh model pilihan anda atau diri anda sendiri.  Kalau berniaga kain cotton, ambil gambar kain dari pelbagai sudut dan gaya supaya lebih menarik dan akan membuat pembeli teruja untuk membeli.


3. Blog

Blog penting untuk memudahkan pembaca membuat carian dari Encik Google. Tekan sahaja nama blog kita, keluarlah bermacam-macam info dan maklumat penting yang boleh dikongsi di samping memperkenalkan blog dan produk keluaran kita kepada orang ramai.  Kalau kita tidak pandai buat blog, upah sahaja orang yang buat perkhidmatan buat blog.  Senang dan cepat kan?  

Blog biarlah menarik, padat, berinformasi dengan maklumat untuk dibaca dan senang pembaca nak buat rujukan.  Bila orang minat blog kita, produk pun laku, betul tak?  Maka pelanggan pun ramai, sales pun kedeboom. Contoh kalau kedai yang menarik dan cantik, mesti kita seronok untuk shopping macam-macam kat kedai tu kan?   


4. Facebook

Lebih menarik kalau kita ada facebook personal dan fanpage khas untuk bisnis produk kita.  Di zaman IT sekarang ni, facebook sangat penting untuk berniaga online. Untuk permulaan, perkenalkan bisnis kita kepada saudara mara dan kawan-kawan dahulu.  Dari situ mereka boleh memperkenalkan produk kita kepada orang lain pulak.

Pada pendapat saya, blog dan facebook penting untuk keluaran produk kita, terutama newbie macam saya ni.  Tidak semua orang ada facebook dan berminat untuk buka akaun facebook sebab katanya facebook tidak padat dan info pun kurang.  Jadi blog boleh memainkan peranan di sini tetapi pastikan blog kita itu padat dan penuh dengan info-info yang menarik dan memukau pembaca untuk hit blog kita.


5. Pengiklanan
Semua bisnes, samada kecil atau besar penting untuk iklankan perniagaan mereka.  Tidak kira la bisnes itu offline atau online.  Kalau bisnes online ni, kita kena la iklankan sendiri, samada di facebook, twitter, blog, sms atau flyers/brochures sebab kalau kita tidak iklankan bisnes online kita, macamana orang nak tau kan?

Pelbagai cara kita boleh iklankan produk kita samada di blog orang lain atau kita tukar-tukar iklan di blog orang-orang yang dah terkenal seperti redmummy, naufalsayang, mat gebu dan lain-lain.

Ini sahaja tips dari saya buat masa ini dan akan bersambung lagi sebab bisnes online ni ada banyak cara. Sebenarnya senang sahaja nak mulakan perniagaan online. Yang paling penting, kena berani bertindak! Bak kata Dr Azizan Osman,fast action fast result.  Kalau tak berani tak nak cepat-cepat rebut peluang, rugi la!

Juga jangan lupa untuk daftarkan perniagaan anda sebab berniaga online pun kena jugak daftar.  Bab daftar ni, saya akan bagi link di entri akan datang yer.  Tunggguuuuuu.