Wednesday, 31 July 2013

Etika dalam Perbankan Internet


Dalam menggunakan perbankan Internet, ada etika yang perlu dipertimbangkan supaya transaksi anda selamat.  

1) ID pengguna dan no PIN adalah sulit.  Oleh itu sentiasa pastikan simpan dengan selamat no PIN anda.

2) Pastikan setelah selesai menggunakan PC untuk log in perbankan internet tutup (log out) PC.  Jangan lupa atau terlupa sebab kemungkinan ada orang lain yang akan menyalahgunakan laman web dan boleh akses maklumat akaun anda.

3) Sekarang ini banyak emel diterima dari pihak bank untuk mengesahkan akaun kita.  Jangan tertipu sebab itu semua adalah palsu.  Ingat, jangan balas emel tersebut.

4) Lindungi komputer anda daripada virus dan program lain.  Guna program anti virus terkini. 

5) Sentiasa semak akaun anda bersama-sama dengan urusniaga yang telah dibuat.  Ini untuk memastikan tiada transaksi haram dalam akaun anda.  Selain itu, catit bila kali terakhir anda log in untuk buat perbankan internet.  

Sekiranya terdapat masalah dalam membuat transaksi perbankan internet, boleh hubungi Pusat Panggilan bank yang berkaitan.

Maybank2u - 1300 88 6688 atau +603 7844 3696
Cimb Clicks - 1300 880 900 (tempatan) atau +603 2295 6100 (antarabangsa)







 


  
   
   
  
  

Pengalaman Usahawan Wanita Bekerja Dari Rumah


Rancang bekerja dari rumah sekarang: www.janawangdirumah.com

Alhamdulillah di cuti sekolah ini, banyak masa ibu boleh aturkan untuk siapkan tugasan tertangguh. Mahu menjadi seorang yang menghargai masa, berdisiplin dan segera selesaikan urusan, InsyaaAllah semoga dipermudahkan Allah. Semangat baru selepas memiliki Jurnal Inspirasi :)

Ebook ini adalah ebook sambungan Jana Wang Di Rumah. Banyak panduan yang diberikan kepada ibu-ibu terutama yang bekerja di rumah. Ebook ini patut dimiliki oleh semua ibu-ibu yang bekerja di rumah, belajar di rumah, merancang untuk bekerja sendiri. Ebook ini mengandungi 119 mukasurat.


10 sebab kenapa ibu-ibu perlu memiliki Ebook Super WAHM Super Mom.





1. Pengalaman Berharga Usahawan Hebat Bekerja Di Rumah
Antara perkara yang paling berharga terdapat dalam ebook ini adalah pengalaman lebih dari 10 usahawan wanita yang bekerja di rumah. Pengalaman tidak boleh dibeli, ianya adalah guru yang paling berharga. Belajar sahaja dari pengalaman orang yang telah menempuh alam berhenti kerja dan bekerja di rumah. Jerit perih, kepuasan, cabaran, tekanan, dan kejayaan yang ditempuh mereka. Serius ibu teruja dengan kecekalan usahawan hebat tersebut. 


2. Dekat Di Hati Ibu Yang Bekerja Di Rumah: Tulisan Yang Jujur
Ebook tulisan Puan Masayu Ahmad ini sangat dekat di hati ibu ketika membacanya. Banyak perkongsian dan pengalaman yang diceritakan pernah dialami sendiri oleh ibu. Ibu kagum dengan usaha dan sikap positif yang ada pada usahawan hebat yang dikongsi di dalam ebook ini. Ini bermakna, ianya adalah tulisan yang jujur dan lahir dari hati yang ikhlas.


3. Bacaan Awal Sebagai Panduan Memulakan Perniagaan Sendiri
Jadikan ebook ini bacaan santai puan-puan serta ibu-ibu yang berhasrat untuk memulakan kerjaya sendiri tanpa terikat dengan majikan. Berniaga tidak semestinya mengeluarkan modal yang besar. Mulakan dengan apa yang ada di tangan, mulakan dengan modal yang rendah atau tidak perlu keluarkan modal. Pilih perniagaan berdasarkan pasaran yang ada dan minat yang mendalam.

4. Panduan Rutin Harian
Rutin sebagai ibu yang bekerja di rumah bukanlah seperti bangun pagi, bersiap dan masuk ke pejabat. Sampai waktu pulang, bersiap dan tinggalkan tempat kerja. Tambahan pula bekerja dengan di kelilingi oleh anak-anak yang perlukan perhatian (memang ini pun matlamat awal kebanyakan ibu yang bekerja di rumah). Ada usahawan yang berkongsi jadual rutin harian mereka. Rancang, rancang, rancang. Disiplin, masa dan jangan bertangguh. Ibu tertarik dengan perkongsian seorang usahawan hebat yang menggunakan pelbagai gajet bagi memudahkan kerja rumah.

5. Bagaimana Mengurus Stress/Tekanan
Jangan biarkan ibu-ibu tenggelam dengan perasaan yang tidak seronok, kecewa, marah, geram dan sebagainya. Tekanan lebih mudah berlaku apabila ibu-ibu menginginkan kesempurnaan atau lebih tepat ibu katakan 'expectation' di rumah. Contohnya rumah sentiasa kemas, baju tersusun rapi, anak-anak semuanya kemas bersih. Belajar toleransi kerana kita bukanlah robot yang boleh lakukan semuanya tanpa ada perasaan penat. Berikan masa dan buat kerja dengan seronok. Jika rasa penat/lelah, ambil masa berehat dan tinggalkan kerja-kerja rumah yang tiada kesudahan itu. Ambil pembantu mingguan untuk melakukan pembersihan seperti cuci tandas, urusan kain baju, bersihkan sawan dan sebagainya jika mampu.

6. Rancang Aktiviti Harian/Mingguan/Bulanan
Luangkan masa 'ibu anda' setiap hari. Apa yang ibu-ibu suka lakukan? Surfing? Membaca? Spa? Senaman? Berkebun? Menjahit? Cari ruang masa dan lakukan sendiri tanpa gangguan anak-anak. Membaca boleh dilakukan di waktu malam sebelum melelapkan mata ketika anak-anak sudah tidur. Rehatkan badan dengan melakukan senaman ringan di awal pagi sebelum memulakan rutin harian. Rancang masa cuti bersama keluarga, berbincang dengan suami sekiranya ibu-ibu perlukan waktu rehat, minta suami ambil cuti. Sesekali biarkan anak-anak dengan suami atau hantar anak-anak ke taska harian/playgroup untuk aktiviti sosial anak-anak bersama rakan sebaya mereka. Ibu-ibu boleh bersosial juga!

7. Motivasi Ibu Hebat!
Rutin harian yang sama setiap hari menjadikan emosi dan sikap kita berubah-ubah. Ingat jangan kita tenggelam dengan keadaan sekeliling. Bina hati yang kuat. Jangan biarkan keadaan luaran mengubah emosi dalaman kita. Mulakan dengan ber'dating' dengan Pemilik Kekal Hati. Bangun dan mandi awal, tips untuk segar setiap hari. Solat sunat walaupun hanya 2 rakaat dan baca Quran setiap pagi sebelum Subuh. Solat sunat sebelum Subuh (lebih baik dari seluruh dunia dan isinya) InsyaaAllah segala ujian dunia menjadi ringan untuk kita.

8. Rawat Dan Rehat 
Badan kita juga perlukan rehat secukupnya. Jaga kesihatan dengan melakukan senaman ringan dan jaga pemakanan. Nasihat ini untuk ibu sendiri juga. Bila sudah lama tidak bersenam, badan terasa berat. Melompat pun tidak mahu. Ayuh bangun dari katil, buat lompatan bintang 20 kali... ha ha

9. Cari Ilmu Baru 
Cari peluang dan ruang mencari ilmu dalam perniagaan atau juga dalam pembangunan diri. Terpulang pada minat ibu-ibu, cari seminar, kursus atau bengkel berkaitan. Sesekali ambil angin, keluar dari rumah, bersosial, jumpa kenalan baru.

10. Bina Rangkaian
Paling mudah sertai rangkaian kumpulan sokongan di facebook. Ada kumpulan untuk ibu-ibu yang bekerja di rumah (Malaysian WAHM Community), kumpulan  ibu-ibu menyusukan anak, kumpulan ibu-ibu yang berkecimpung dalam perniagaan (Malaysian Mom Biz Network). Jika  ada masa boleh sertai kumpulan sokongan seperti WENA, EWA, RootWoomers dan lain-lain. 



Ibu berasa puas membaca ebook ini, tips dan panduan yang diberikan praktikal untuk diamalkan. Kegusaran ibu-ibu yang hendak memulakan tindakan bekerja dari rumah hampir sama. Kisah usahawan hebat yang bermula dari rumah ini menyentuh hati ibu. Mereka tekad untuk berubah disebabkan beberapa faktor yang telah dikongsikan di dalam ebook. Antaranya faktor anak yang kurang sihat, faktor kesihatan, faktor pekerjaan, kepuasan dan lain-lain.

Hanya dengan membaca 1 ebook, ibu dapat mengutip pengalaman usahawan hebat yang bermula dari rumah. Ada di kalangan mereka yang sudah berjaya dalam bidang masing-masing. Bagaimana mereka mulakan? Dari mana mereka mendapat idea memulakannya? Apakah formula yang menjadikan mereka kental dan bertahan? Semuanya ada di dalam ebook ini.
 
 
 
 
Dapatkan mana-mana dua pakej asas WAHM SOHO : Bekerja dari rumah, dengan harga RM125. PERCUMA Buku Mudahnya Menjemput Rezeki
 

Keseronokan Bekerja Di Rumah


Sumber : Ebook super wahm super mom

Saya bersyukur dapat menjadi ibu yang tinggal di rumah sepenuh masa dan juga bekerja di rumah sepenuh masa. Alhamdulillah dapat juga membantu suami sedikit sebanyak walaupun dia tidak pernah minta dibantu. Bidang yang dulunya saya benci tapi kini ia menjadi sumber pendapatan dan sesuatu yang saya suka buat dan saya sayang bisnes saya ni. Kini saya adalah imej mak saya suatu masa dulu. Bekerja dari rumah supaya dapat sentiasa bersama anak-anak, melihat mereka membesar di depan mata tanpa terlepas satu detik pun. Masa adalah sesuatu yang sangat bernilai. Mungkin ada ibu-ibu yang sibuk bekerja dan tanpa sedar anak-anak sudah bekerja dan berdikari dan mungkin berasa ralat kerana masa lebih banyak terluang di pejabat dari bersama keluarga tercinta. Kalau difikir masa sehari 24 jam, berapa jam yang terluang bersama anak-anak? Biasanya orang bekerja keluar seawal jam 6.30 pagi, ditambah kesesakan jalanraya, akhirnya pulang ke rumah jam 7 malam. Mungkin tidur jam 10 malam. Maka cuma ada 3 jam untuk diluang bersama keluarga.

Saya yakin ramai ibu yang bekerja di luar sana ingin menjadi ibu yang tinggal di rumah sepenuh masa and bekerja dari rumah. Saya rasa kebanyakan kita mampu lakukan cuma setiap mereka perlu kenalpasti kekuatan masing-masing, contohnya ada yang pandai menjahit, memasak, membuat gubahan dan sebagainya. Itu semua boleh dijadikan punca pendapatan dari rumah. Sekarang bukan zaman mak saya lagi yang cuma pasarkan kuih dia di kedai-kedai kopi. Zaman sekarang zaman gajet dan internet. Semua itu boleh dijadikan alat pemasaran. Ibu-ibu semua boleh gunakan pemasaran yang ditawarkan percuma seperti email, FB, Blog dan ruang iklan percuma seperti Mudah.my.

Saya suka melihat perempuan Melayu berjaya dalam bisnes. Untuk itu saya sentiasa menyokong apa-apa bisnes yang diceburi oleh wanita melayu terutama yang bergelar isteri dan ibu. Untuk itu saya juga membuka bisnes saya untuk dikongsi oleh orang lain. Contohnya saya ada program affiliate di website saya yang memberi komisyen atas setiap pembelian pelanggan. Affiliate cuma perlu promosi produk-produk dari website saya melalui apa-apa strategi contohnya FB, Blog, Youtube dan sebagainya.

 Kemudian saya juga menawarkan khidmat pada Dropshipper dan Reseller. Kebanyakan mereka juga ada bisnes sendiri jadi daripada menjadi pesaing, ada baiknya bekerjasama supaya tiada lagi hasad dengki di kalangan orang melayu. Ini juga salah satu sumbangan saya pada sesiapa yang berminat untuk buat pendapatan tambahan dari rumah tanpa perlu modal. Droshipper dan Reseller yang bekerjasama dengan saya bukan sahaja terdiri dari ibu-ibu tetapi ada juga bapa-bapa.

Bekerja di rumah ada cabaran tersendiri
Bekerja di rumah tidaklah semudah yang disangka. Ada cabaran tersendiri kerana perlu menguruskan rumah, suami dan anak-anak serta dalam masa yang sama perlu uruskan bisnes. Perlu bijak mengatur masa. Kalau ada yang berniat berhenti kerja untuk bisnes dari rumah maka perlu perancangan awal serta pastikan jumlah pendapatan yang diperlukan setiap bulan supaya semua bil bulanan terbayar. Juga perlu tentukan jumlah modal awal. Paling penting adalah usaha yang berterusan dan yakin dengan bisnes yang anda ceburi. Insyallah di permudahkan Allah. 

 Fauziah Ahmad, www.mybabyberries.com.

Baca lebih lanjut dalam ebook super wahm super mom
 
 
 

 
 
 
Dapatkan mana-mana dua pakej di atas, sebagai bahan bacaan asas sebelum bermula. Hanya RM 125 dan percuma Buku Mudahnya Menjemput Rezeki.

Tempahan boleh melalui :

email : norazizahsudin@gmail.com
tel / watsapp : 019-7461502

 

Tuesday, 30 July 2013

Caruman Pilihan Sendiri KWSP Bagi Yang Bekerja Sendiri


KWSP ada membuat pilihan mencarum untuk orang ramai yang bekerja sendiri.

Caruman KWSP tidak dihadkan hanya kepada mereka yang diwajibkan di bawah Akta KWSP 1991. Penyertaan sukarela daripada mereka yang tidak tertakluk di bawah undang-undang KWSP adalah sangat dialu-alukan. Tambahan pula, ianya merupakan satu kelebihan bagi anda untuk memiliki simpanan di hari persaraan.  

Amaun bayaran minimum caruman adalah RM50 sahaja bagi setiap transaksi dan boleh dibayar tunai, cek, kiriman wang atau perbankan internet.  Mudah kan?  Saya pilih perbankan internet.

Untuk keterangan lanjut anda boleh baca di sini 

Borang boleh lihat di KWSP 6A(1)

Pendapatan Aktif dan Pasif


Hari ini tidak ke mana-mana sebab nak buat pesanan Shaklee untuk pelanggan.  Saya pesan melalui emel sahaja dan dalam masa 2 atau 3 hari barang yang diorder sampai ke tangan pelanggan.  Alhamdulillah, rezeki Ramadhan.  Di samping buat dropship saya juga buat Shaklee online.  Semuanya di hujung jari.  Tak payah bersusah payah beratur dan hantar.  Semuanya diuruskan oleh Shaklee.  Kalau nak tau lebih lanjut pasal Shaklee, bolehlah layari fanpage saya di sini

Untuk bakal ibu yang berhajat nak jadi suri rumah dan  masih mencari-cari idea nak buat apa setelah berhenti nanti, bolehlah hubungi saya.  Saya ada buat kelas blog dan fanpage.  Ebook untuk bacaan awal pun ada.  


Saya berazam untuk menjadi B, S dan I.  Setakat ini saya ada S sahaja.  I pun ada tapi tidaklah terlalu banyak untuk dilaburkan.  Ya Allah, semoga dipermudahkanNya.

Anda bagaimana?  Jika anda ingin menjadi B, S dan I, bolehlah hubungi saya untuk info lanjut.   
 

Lauk Basi


Semalam perut sakit, muntah dan asyik berulang alik ke tandas sahaja.  Nak kata salah makan, tak mungkin sebab saya tak makan pedas masa berbuka puasa semalam.  Perut saya ni memang tak tahan pedas.  Semalam saya tidak memasak sebab kurang sihat, jadi beli Ikan Bakar dan Asam Pedas Keladi di Pasar Ramadhan.  

Asam Pedas Keladi nampak menyelerakan, tetapi bila waktu berbuka lain pula rasanya.  Dah basi!  Kuahnya berlendir dan rasa terlalu masam.  Itulah sebabnya perut saya meragam.  Mungkin peniaga ni masak seawal pagi agaknya.  

Jadi kesimpulannya, saya tidak akan beli lagi di Pasar Ramadhan.  Banyak sudah cerita mengenai isu ini, hingga ada yang masuk hospital disebabkan kecuaian peniaga begini.  Nasib baik saya tidak serius.  Hanya saya yang kena sebab suami dan anak tidak makan.  Alhamdulillah.





 


Etika Perniagaan Online


Walaupun menjalankan perniagaan secara online, anda perlu sentiasa mengekalkan sikap profesional pada setiap masa.  Etika urusniaga online atau dalam talian tidak seperti etika urusniaga offline.  Ia memerlukan perhatian kepada tatabahasa, nada dan budi bicara anda.  Perbezaannya adalah sebaik sahaja anda menghantar sesuatu di internet, samada emel atau mengemas kini halaman perniagaan atau fanpage, pastikan anda menghantar mesej yang betul mengenai perniagaan dan diri anda.

1) Etika Menggunakan Emel
Mesej emel perlu profesional dan ringkas.  Mesej emel yang panjang berjela-jela berkemungkinan kurang dibaca.  Emel kena padat, tepat dan relevan kepada soalan.  Gunakan tanda baca dan ejaan yang betul untuk meningkatkan kredibiliti anda.  Letakkan nama penuh, tajuk, laman web dan maklumat berkaitan.  Gunakan alamat emel syarikat bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan kerja sahaja.  Elakkan menghantar jenaka, surat berantai dan lain-lain yang berkaitan.  

2) Etika Menggunakan Sosial Media
Perlu tahu bezakan antara perniagaan dan soal peribadi apabila menggunakan media sosial.  Facebook mempunyai ciri-ciri privasi yang membolehkan anda membuat senarai pelanggan untuk tujuan yang berlainan.  Masukkan butir-butir yang berkaitan dalam profil perniagaan anda seperti berita syarikat dan informasi produk.  Media sosial adalah alat yang berkesan untuk berhubung dengan pelanggan tetapi cuba elakkan promosi yang berlebihan.  Untuk menggambarkan imej anda kurang professional, cuba elakkan penggunaan singkatan yang berlebihan, emotikon dan lain-lain yang berkaitan.

3) Etika Menggunakan SMS
SMS semakin meluas ketika ini.  Perkhidmatannya cepat untuk mendapatkan maklumat dengan segera.  Di dalam urusan perniagaan, SMS boleh digunakan untuk soalan-soalan ringkas yang memerlukan jawapan segera, mengemaskini jadual atau jemputan makan tengahari.  Jangan sekali-kali menggunakan SMS untuk menghantar maklumat sulit atau pengumuman penting mengenai perniagaan anda.  Untuk sesuatu perkara yang memerlukan penerangan tentang produk atau penting, anda boleh emel atau telefon.  

4) Etika Mengenai Pesaing Anda
Elakkan penggunaan taktik pemasaran online yang berunsur negatif terhadap pesaing anda. Ini menggambarkan etika tidak elok di mata pengguna anda. Bersaing secara positif dan bukan dengan menipu atau menjatuhkan orang lain. Jika membuat perbandingan produk atau perkhidmatan anda dengan pesaing, buat perbandingan yang adil menggunakan fakta-fakta yang berkaitan.  Biar pelanggan buat pilihan.  Teliti ciri-ciri perbandingan tersebut dan cari jalan untuk menyelesaikannya. 








Monday, 29 July 2013

Bagaimana Fanpage Boleh Bantu Perniagaan Saya?


Urusniaga online juga boleh dilakukan di Facebook.  Ianya telah menjadi laman web sosial yang mendapat populariti di seluruh dunia dan boleh membantu mengembangkan perniagaan anda.  Facebook bukan setakat boleh diakses melalui laman web tetapi juga di telefon bimbit pintar (smartphone) dan PDA. 

Sekarang ini ramai telah menggunakan Facebook dan secara tidak langsung banyak perniagaan telah beralih kepada Facebook sebagai satu cara untuk mendapat pelanggan yang berpotensi.  Ini boleh dilakukan dengan membina laman Fanpage. 

Pertimbangkan perkara berikut dan kemudian buat keputusan sama ada sesuai untuk anda :

1) Gunakan Facebook untuk perniagaan anda hanya dengan membina Fan Page.  Fan Page mudah dibina hanya dengan membina halaman tanpa melibatkan profil peribadi anda.     Untuk membina akaun jenis ini, hanya klik pada pautan "Buat Halaman untuk selebriti, kumpulan atau perniagaan." Ini akan memberikan anda akses kepada halaman Fan Page anda. Dari sini anda juga boleh mentadbir kempen iklan.

2) Apabila anda hendak membina Fanpage, perlu ada nama yang bersesuaian dengan produk yang dijual.  Letakkan gambar, no telefon dan maklumat lain seperti cara pembayaran, detail tentang perniagaan anda, maklumat produk dan lain-lain.

3) Pastikan kandungan Fanpage anda sentiasa dikemaskini.  Selain dari menjual produk anda, sentiasa kongsikan informasi lain yang berkaitan dengan produk yang ditawarkan.  Sebagai contoh, jika menjual tudung atau shawl, kongsikan informasi tentang tips menjaga tudung, cara pemakaian, tudung yang bersesuaian dengan seseorang dan lain-lain berkaitan.  Secara tidak langsung ini dapat menarik trafik ke fanpage anda dan seterusnya menjadi pelanggan.

4) Perlu sentiasa memantau setiap posting yang dihantar oleh pelanggan.  Maklum balas dengan cepat dan konsisten. 

5) Harus diingat bahawa peminat tidak sama dengan pelanggan yang aktif.  Ramai orang yang menjadi peminat halaman hanya berkata 'saya suka ini' tetapi pelanggan akan kata 'saya nak beli ini'.  Fahamkan perbezaan ke dua-duanya.

6) Untuk menaikkan trafik fanpage anda, perlu ada sasaran dan matlamat. Sebagai contoh, hendak meningkatkan hasil sebanyak 15% kepada majoriti yang berumur 25 - 34 tahun.  Gunakan FB Ads atau jika perlu belanjakan lebih sedikit pemasaran di tempat lain.

7) Jika anda sudah mempunyai akaun Twitter, pautkan (link) Fan Page anda ke sini.  Ini akan menambahkan maklumat perniagaan anda, gambar, nota dan aktiviti untuk dikongsikan dengan pengikut Twitter anda.  Perlu diingat bahawa kandungan pada Fan Page anda harus unik dan berinformasi sehingga peminat anda akan sentiasa mengikuti perkembangannya.  Begitu juga dengan akaun Twitter anda.  Mempunyai kandungan yang unik di kedua-dua Fan Page dan Twitter boleh menarik peminat dan pengikut yang tegar.

8) Menambah logo akan membantu menjenamakan Fan Page anda.  Pilih logo yang bersesuaian dengan produk anda.

9) Pautan kepada blog juga penting untuk pengikut anda mengikuti setiap perkembangan perniagaan anda.  Blog dapat memberi lebih informasi tentang sesuatu produk.  

10) Boleh juga buat forum perbincangan tentang produk anda di page.  Di sini mereka boleh memberi ulasan, komen atau apa sahaja tentang produk anda.  Ini boleh menjadi alat yang baik untuk berinteraksi dengan pelanggan dan mendengar maklum balas yang jujur. Walau bagaimanapun, anda perlu memantau dengan teliti dan bertindak balas dengan serta-merta dengan apa-apa maklum balas negatif.

11)  Wawarkan tentang promosi, jualan murah,diskaun dan lain-lain teknik untuk menarik pelanggan.   
 
12) Video atau You Tube juga boleh membantu untuk menaikkan trafik anda.  

13) Jika anda membuat kandungan post yang menarik, pengguna lain akan berkongsi post tersebut.  Ini boleh membina pembaca dan menarik peminat baru anda.  

14) Jangan cuba untuk menipu pelanggan yang berpotensi dan elakkan paksaan dalam setiap urusniaga.  
 
Kesimpulannya, anda yang menentukan bagaimana anda hendak mencorakkan fan page anda.  Gunakan laman media sosial ini sebagai laman perkongsian berguna untuk orang ramai.  Sikap mesra, membantu, berkongsi maklumat dan membina reputasi yang baik membuatkan pelanggan mempercayai anda.  Jadi anda perlu tahu bagaimana untuk menggunakan Fan Page untuk memanfaatkan perniagaan anda.

--------------------------------------------------------------

Untuk yang baru bermula dan tidak pasti bagaimana hendak membuat blog dan Fan Page bolehlah hubungi saya untuk mendapatkan ebook ini.

 

 




Mahal


Salam 20 Ramadhan.  Ramadhan bakal melabuhkan tirainya.  Rasa sedih kerana akan meninggalkan Ramadhan untuk tahun ini.  Semoga tahun depan saya akan menyambutnya lagi, InsyaAllah.

Baju raya dah siap.  Bukan saya punya tetapi anak dan suami.  Tahun ini saya ala kadar sahaja.  Anak lebih diutamakan.  Baju kanak-kanak lebih mahal dari baju orang dewasa. 

Semalam pergi Pasar Ramadhan di kawasan rumah berdekatan, tetapi semuanya dah naik harga.  Saya cuma beli 2 mangkuk tau fu fa sahaja.  Nasi Arab pun ada jual.  Harga RM10.  Teringin nak beli tetapi duit cuma bawa RM10 sebab tak nak membazir beli kuih banyak-banyak.  Esok sahajalah beli. 

Untuk berbuka puasa hari ini, belum terfikir nak masak apa. Asyik-asyik ikan dan ayam.  Hari ni nak beli Nasi Arab.  Semoga memenuhi citarasa saya.  Kata penjual Nasi Arab ni sedap hingga menjilat jari.  Jadi kenalah cuba.





 



 

 



 

Saturday, 27 July 2013

18 Ramadhan


Ramadhan bakal berakhir.  Kini Ramadhan sudah memasuki fasa terakhir.  Terima kasih Allah kerana memberi kesempatan saya sekali lagi menikmati Ramadhan tahun ini.  

Ini adalah fasa penting dalam Ramadhan kerana ia sarat dengan ganjaran dari Allah SWT iaitu malam Qadr atau Lailatul Qadr, iaitu satu malam yang nilainya melebihi seribu bulan.  Dalam tempoh masa inilah terjadinya peristiwa besar iaitu turunnya Al Quran seperti yang dijelaskan oleh Al Quran dalam ayat 185 surah Al Baqarah dan ayat 1 surah Al Qadr.  Malam inilah turunnya para malaikat dan Jibril ke bumi.  Merahmati umat di bumi, menyeru orang beriman, mendoakan mereka dan membawa rahmat kepada mereka.  

Oleh itu, kita digalakkan untuk memperbanyakkan berdoa, mohon keampunan dan pembebasan daripada azab neraka, seperti sabda Rasululullah saw :

"Barangsiapa yang menghayati Malam Qadr (dengan bersolat dan beribadah) sedangkan ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah SWT nescaya diampunkan dosa-dosanya yang lalu" (HR Bukhari)

 



Bagaimana Menggunakan Strategi Pemasaran Offline


Internet telah menyebabkan ramai orang menggunakannya sebagai media sosial untuk menyampaikan maklumat di samping sebagai pemasaran online.  Ini tidak bermakna kaedah offline tidak digunakan.  Pemasaran offline telah digunakan sejak lama sebelum pemasaran online wujud.  Jadi strategi pemasaran secara offline masih berjaya mendapatkan pelanggan.  Ramai orang tidak sedar bahawa pemasaran offline adalah kaedah terbaik untuk pemasaran dan membina rangkaian yang besar.  Kita akan membincangkan bagaimana seseorang boleh menjalankan perniagaan mereka dengan menggunakan kaedah ini.

1) Hubungan sesama pelanggan adalah penting dalam membina pemasaran offline.  Secara tidak langsung ini dapat mewujudkan sikap mempercayai dan hubungan erat dapat dijalinkan.  Kebanyakan orang mahu menjalankan perniagaan dengan orang yang mereka suka dan boleh dipercayai.  Anda boleh menyertai seminar, kelab, persatuan dan lain-lain.  Di sinilah tempat anda boleh berjumpa ramai rakan perniagaan dan bertukar-tukar kad perniagaan.  

2) Sentiasa membawa kad perniagaan sekurang-kurangnya 10 atau 20 keping di dalam poket anda.  Pastikan kad perniagaan anda lengkap dengan nama, no telefon dan lain-lain informasi penting.  Cara ini juga berkesan kerana anda hanya perlu meletakkannya di restoran, pejabat, lobi hotel atau di mana-mana tempat yang menjadi tumpuan orang ramai. 

3) Masih ramai yang tidak tahu menggunakan internet, facebook, blog atau emel. Jadi di sini pemasaran offline penting dan masih digunakan secara meluas.  Ini telah dibuktikan dengan adanya papan iklan di merata tempat, brosur, poster, televisyen, radio, risalah dan lain-lain.  Ia adalah kaedah yang boleh dipercayai dan kebanyakkan pelanggan lebih suka menggunakan pemasaran ini untuk mengelakkan banyak penipuan di internet. 

 

Pemasaran Diri Dengan Kad Perniagaan


Satu lagi perkara penting yang perlu anda lakukan untuk mempromosikan perniagaan offline adalah untuk memastikan bahawa orang tidak hanya tahu apa yang anda lakukan tetapi juga bagaimana untuk sampai kepada anda jika mereka pernah berminat dalam perkhidmatan bebas anda. Kad perniagaan adalah salah satu kaedah untuk berbuat demikian.  Bagaimana menggunakan kad perniagaan untuk penjenamaan yang lebih baik? 

Kad perniagaan ini mewakili syarikat anda dan seolah-olah anda telah menyerahkan bisnes anda kepada setiap orang dengan cara yang profesional.  

Cara terbaik untuk menghantar mesej bisnes anda melalui kad perniagaan adalah :

1) Mempunyai reka bentuk yang bertepatan dengan jenis perniagaan, produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.

2) Pamerkan rekabentuk kad yang profesional supaya pelanggan tahu anda membuat bisnes yang serius dan bukan bisnes main-main. 

3) Warna juga memainkan peranan yang penting di dalam pembuatan kad perniagaan.  Warna yang berbeza bermakna sesuatu yang berbeza dalam minda prospek anda. Pilih warna anda dengan teliti dan pastikan apa sahaja imej yang ada pada kad itu mempunyai kaitan dengan perniagaan anda.  Sebagai contoh, jika produk dan perkhidmatan anda mempunyai kaitan dengan produk-produk kecantikan janganlah pula letak nota muzik kerana ia memang tidak berkaitan. 

4) Logo adalah asas utama kepada sesebuah perniagaan.  Logo perlu untuk memberitahu jenis perniagaan yang anda lakukan.    

5) Maklumat lengkap seperti nama anda, no telefon, emel, pautan laman web dan lain-lain perlu ada untuk memudahkan pelanggan atau prospek menghubungi anda.  Menambah nama syarikat anda membolehkan kenalan anda tahu apa yang anda wakili.