Monday, 30 September 2013

Fokus


Sudah 6 bulan saya menjadi WAHM.  Sangat seronok walapun kadang kala memenatkan membuat kerja-kerja rumah dan melayan kerenah anak.  Anak baru seorang tetapi keadaannya seperti 2 orang.  Alhamdulillah, saya sentiasa positif dan fokus dengan apa yang saya buat. 

Saya hendak berkongsi mengenai bagaimana kita hendak fokus jika bekerja dari rumah.  Saya mempunyai cara tersendiri bagaimana hendak membuat saya selesa bekerja dari rumah.  Memang seronok sebab kita tidak terikat dengan sesiapa, tiada boss untuk mengarah kita, boleh mula kerja pada bila-bila masa dan lain-lain lagi.   Berikut adalah cara saya untuk membantu kekal fokus kepada kerja dan mengurangkan gangguan sewaktu membuat kerja di meja WAHM saya.

1)  Saya mempunyai 'things to do list'.  Setiap pagi saya akan menyemak tugasan apa yang patut saya buat dahulu.  Jika tidak dapat menyiapkan tugasan tersebut pada waktu pagi, saya akan membuatnya pada waktu tengahari atau petang, bergantung kepada kesesuaian masa kerja saya.  Meja kerja saya sentiasa tersusun dengan buku-buku nota dan buku-buku motivasi yang patut saya baca.  Ini adalah salah satu cara untuk membantu saya agar dapat mengekalkan momentum dan sentiasa serap ke dalam minda saya.  Bagi saya, ini adalah salah satu cara kerja yang paling berguna dari rumah yang boleh saya gunakan, kerana meja biasanya sinonim dengan kerja dan secara otomatik akan memberi isyarat kepada otak bahawa anda perlu fokus kepada kerja dan perlu memberi tumpuan. 

2)  Saya tidak suka bunyi televisyen ketika membuat kerja.  Ia boleh mengganggu kerja saya. Lain orang lain caranya.  Saya hanya suka mendengar radio ketika bekerja dan akan mendapat banyak idea seperti motivasi, tips perkahwinan, tips perniagaan dan lain-lain. 

3)  Buku nota perlu untuk saya mencatit segala perkara berkaitan dengan bisnes saya seperti pesanan pelanggan, no telefon pelanggan dan lain-lain apabila berurusan di luar rumah. Buku nota penting untuk saya menulis apa yang tiba-tiba teringat belum dibuat pada hari itu atau terlupa hendak dibuat.  Ini akan membantu saya untuk lebih produktif dan dalam masa yang sama membantu untuk mencapai matlamat saya.  Semua ini membolehkan saya untuk menyelesaikan tugasan mengikut keutamaan dan keupayaan saya menyelesaikan kerja tersebut. 

Di atas adalah cara saya.  Jika anda ada cara lain, boleh dipraktikkan.  Untuk fokus tidaklah sukar cuma kita kena tahu matlamat dan semuanya akan berjalan dengan lancar. Sebagai contoh jika anda minat di dalam bisnes makanan, fokus dan cari maklumat berkaitan makanan.  Mungkin boleh dimulakan secara kecil-kecilan dan berakhir dengan skala yang besar. 

Untuk bermula, anda boleh membaca ebook ini dahulu.  Terdapat 101 idea bisnes makanan di dalam ebook ini.  Di samping itu juga anda akan mendapat ebook Super WAHM Super MOM yang membantu cara menguruskan kerja anda sebagai seorang WAHM dan ebook tentang asas blog.



Bila anda telah mendapat idea, anda boleh mulakan dengan membina blog.  Jika tidak tahu, kami ada kelas untuk anda yang berminat.  Banyak lagi yang diajar di dalam kelas sebenarnya.  Antaranya :

1)  Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal.  Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
2)  Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
3)  Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
4)  Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
5)  Bergabung dengan lebih ramai blogger - lebih 100 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
6)  Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara.  Menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
7)  Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
8)  Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.

Jika anda berada di dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Kami akan analisa anda dahulu sebelum masuk kelas.

Langkah seterusnya boleh hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com




Sunday, 29 September 2013

Ahad Yang Sibuk


Bismillah.  Sepatutnya semalam saya mengikuti Bengkel FB Advanced Power di UTM tetapi pihak penganjur telah menghantar sms memberitahu bahawa telah dibatalkan kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.  Bengkel seterusnya akan diadakan pada bulan hadapan. 

Kita merancang tetapi Tuhan yang yang menentukan.  Mungkin ada sebab kenapa bengkel itu dibatalkan.  Jika tidak, saya tidak dapat menghadirinya.  Ibu mertua telah ditahan di wad Hospital Besar Enche' Hajjah Kalsom, Kluang kerana disyaki mendapat strok.  Kami telah bergegas pulang awal pagi Ahad ke kampung suami.  Sebelah tengahari telah melawat ibu mertua dan Alhamdulillah, keadaannya tidak membimbangkan.  Cuma strok kecil dan telah kembali seperti biasa.  Pada sebelah petang, ibu mertua telah membuat scan di kepala dan terdapat sedikit pendarahan di dalam kepala, akibat tekanan darah tinggi dan kencing manis yang terlalu tinggi.  Semoga ibu mertuaku cepat sembuh.

Hospital Kluang ini hospital baru.  Cantik dan tersergam indah.  Dinamakan sempena nama bonda DYMM Sultan Johor.  


Saturday, 28 September 2013

Keinginan Untuk Berjaya


Bismillah.  Sambil melayan anak mandi kolam di laman rumah, saya membaca majalah Anis Bil 176 mengenai peluang bisnes daripada hobi dalam segmen wanita dan bisnes yang ditulis oleh Ann Wan Seng, penulis buku Rahsia Bisnes Orang Cina.  Sebelum ini saya pernah menulis mengenai artikel tentang ini.

Banyak idea yang boleh dijadikan bisnes dari rumah.  Saya mempunyai rakan yang masih bekerja tetapi dia amat berminat di dalam bidang kecantikan.  Dia selalu mengatakan bahawa dia sudah penat bekerja dan ingin mempunyai bisnes sendiri.  Lalu saya telah mencadangkan kepadanya dia masih boleh membuat kerja sambilan setiap hari minggu untuk menambah pendapatan di samping memenuhi minatnya di dalam bidang yang diminatinya.  Yang penting kemahuannya untuk menuntut ilmu dan ingin mencapai impiannya.  Lalu saya mencadangkan kepadanya untuk mengikuti kursus kecantikan di sini.

Kursus ini dijalankan di Johor Bahru.  Jadi untuk surirumah yang berminat di dalam bidang kecantikan dan ingin belajar, boleh mengikuti kursus di tempat tersebut.  Apabila tamat kursus nanti boleh membuat sambilan dari rumah.  Tiada alasan untuk berjaya.  Sebab itulah kita perlu kreatif berfikir untuk mendapatkan pendapatan tambahan bagi menampung perbelanjaan kehidupan agar lebih selesa.  Untuk surirumah atau mereka yang berada di Kuala Lumpur, saya cadangkan di Jom Cantik.  Ini adalah bengkel program usahawan yang berminat di dalam bisnes spa atau mobile spa.  Selain dari KL, kursus ini juga diadakan di seluruh negeri seperti di Kedah, Perak dan Kuantan.  Hubungi nombor telefon tertera dan dapatkan maklumat lanjut.

Sebenarnya ramai surirumah yang mempunyai bakat terpendam.  Jadi saranan saya serlahkan potensi diri anda.  Terjemahkannya di dalam bentuk pendapatan, samada pendapatan aktif atau pendapatan pasif.  Pendapatan aktif ini pendapatan kekal atau yang diperolehi secara tetap setiap bulan seperti menjual baju, menjahit, membuat kuih, menjahit manik dan lain-lain manakala pendapatan pasif pula diperolehi dengan bekerja sekali, kemudian menerima bayaran secara berterusan atau dalam tempoh waktu yang panjang, sebagai contoh ebook.  

Sekiranya berminat, kami menawarkan kelas untuk yang ingin belajar.  Kelas ini dijalankan secara online dan masa fleksibel.  Masa tidak ditetapkan kerana mengikut kesesuaian peserta.  Sebelum kelas bermula, kami akan membuat analisa untuk melihat minat dan kepakaran masing-masing. Ebook asas blog akan dijadikan rujukan.  Setiap persoalan mengenai kelas akan diajukan digrup di FB.  Saya memahami bahawa tidak semua peserta adalah surirumah, jadi sebab itulah masa mengikut ketetapan peserta.  Malah surirumah pula sibuk dengan urusan keluarga.   

Pendaftaran untuk kelas ini  dibuka setiap hari :
1)  Kelas asas blog dan penulisan
2)  Kelas asas blog dan fanpage (untuk mula bisnes)

Blog yang akan ditulis adalah mengikut kepakaran peserta.  Kami di akademi akan sentiasa membantu untuk mempromosikan blog masing-masing untuk menarik trafik pembaca.  Yang penting setiap entri di tulis itu menarik perhatian pembaca.  Kena luangkan masa 10 ke 15 minit membuat entri setiap hari agar pembaca tidak bosan membaca entri yang sama setiap kali membuka blog anda. 

Akademi ini telah berjaya menghasilkan bakat terpendam pelajar seperti membuat ebook, menjadi kolumnis jemputan di majalah dan menjadi jemputan di media sosial.  Semoga niat kami untuk membantu surirumah dan suri bekerjaya menambah pendapatan keluarga di berkati Allah SWT, di samping menjana pendapatan ekonomi negara.

Untuk yang berminat, boleh PM saya Norazizah Sudin untuk analisa dan pendaftaran.


Friday, 27 September 2013

Seronok ke Berblogging?


Bismillah.  Pagi-pagi ini sudah boleh mula berblogging sebab anak masih tidur.  Kalau tidak, lambat sedikit nak post entri.  Kena layan dia dahulu dan dia pun sama-sama sibuk berblogging dengan saya.

Saya suka baca blog orang lain dan selalu terfikir bagaimana mereka boleh buat blog yang cantik, isi kandungan blog pun seronok di baca, bercerita macam-macam dan pelbagai informasi menarik.  Hendak buat blog tidak pandai.  Buku tentang blog pun ada juga dibeli tapi masih tidak berapa faham.  Jadi Alhamdulillah, apabila diketemukan dengan kelas asas belajar blog ini, saya pun mendaftar.  Seronoknya sebab sudah pandai dan sudah boleh buat seberapa banyak blog yang saya suka.  Hendak mengajar orang pun sudah boleh.  

Setiap hari sebelum buka FB, saya mesti kemaskini blog saya dahulu.  Banyak idea yang berlegar-legar di kepala hendak tulis di blog, tetapi kadang-kadang sebab terlalu banyak tidak tahu hendak tulis apa.  Tetapi kena tulis juga sebab seronok nak berkongsi dengan pembaca blog saya.  Blog ini dah ramai pelawat.  Alhamdulillah.  Semoga saya lebih seronok menulis dan berkongsi idea dan ilmu yang saya ada.

Bercakap pasal idea ini, saya dah ada rancangan nak tambah blog lain lagi.  Pasal apa?  Kena tunggulah.  Nanti saya kongsikan di sini.  

Dengan berblogging juga boleh buat duit.  Surirumah pun boleh dapat duit dengan berblogging.  Banyak yang boleh dibuat seperti menyertai Nuffnang, dropship, affiliate, jual produk fizikal, produk informasi dan lain-lain lagi.  Hendak jual pun banyak salurannya seperti di FB, fanpage, twitter, grup dan lain-lain.  Hendak buat ini semua kena belajar.  Ilmu mesti ada kalau hendak berjaya.  Mentor mesti betul.  Jangan pakai hentam keromo sahaja.

Promosi sekejap.  Saya pun ada buat kelas asas blog dan fanpage untuk surirumah sepenuh masa dan suri yang masih mempunyai kerjaya yang minat nak tambah duit beli handbag jenama Coach atau LV, baju dan kasut berjenama dan lain-lain.  Yang penting dapat tolong tambah pendapatan keluarga.  

Kalau berminat, boleh hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com.




Thursday, 26 September 2013

Berani Bertindak


Assalamualaikum dan selamat pagi.  Baru sahaja selesai mengemas buku-buku dan majalah-majalah lama yang hendak dipindahkan ke rak baru sebab sudah terlalu banyak di rak lama.

Sambil-sambil mengemas, membelek majalah Solusi Isu No. 41 mengenai berani berniaga (courage) yang ditulis oleh Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah.  Katanya, usahawan perlu berani untuk menjadi kreatif.  Ramai orang kreatif dikritik kerana ideanya, tetapi mereka bergerak maju.  Orang yang penakut sentiasa duduk di kawasan selamat (comfort zone).  Mereka akan bekerja untuk orang lain selama-lamanya.  Meminjam kata-kata Dr. Azizan Osman, kita tidak "terpijak" kejayaan untuk capai kejayaan, tapi kita perlu berani berpijak dibumi yang nyata dengan menilai potensi diri serta bagaimana untuk memperbaikinya untuk menjejaki kejayaan sehingga mencapai matlamat.  

Malah saudara Ammar Zahar, salah seorang usahawan internet, di dalam bukunya Empayar Perniagaan Internet, menyatakan kita kena tetapkan minda dan matlamat jika kita ingin berjaya dalam bisnes online.  Bukan sekadar suka-suka.  Paling penting adalah ANDA sendiri percaya terhadap diri anda dan kepercayaan ini berkait rapat dengan cara anda berfikir.  Mesti sentiasa berfikiran positif, komitmen, momentum, tindakan, fokus, berani gagal dan tidak pernah putus asa.  

Jutawan internet, Dr. Irfan Khairi juga ada menyatakan di dalam bukunya Rahsia Seorang Jutawan Internet, rahsia untuk memotivasikan anda melakukan perniagaan adalah 'just do it'!  Jangan berlengah masa.  Masa itu emas.  Tetapi mesti ingat bahawa bisnes internet bukan skim cepat kaya.  Perniagaan internet adalah sama seperti perniagaan bukan Internet.  Anda menjual produk atau perkhidmatan anda sendiri.

Setiap orang mempunyai bakat dan potensi diri.  Cuba duduk dan fikir apakah bakat dan potensi yang ada pada diri anda.  Sebagai contoh, seorang ibu tunggal sebelum berkahwin, ingin cari jalan bagaimana untuk mendapatkan sumber kewangan untuk menyara keluarga.  Jadi jika ada, tunjukkan minat dan potensi diri anda berdasarkan pengalaman, minat dan potensi yang ada dalam diri.  Begitu juga untuk para surirumah yang mengambil keputusan berhenti kerja untuk menjaga anak-anak.  Menurut kata Datuk Maznah Hamid dalam bukunya Motivasi Memburu Kejayaan, terdapat tiga anak kunci utama prinsip perniagaan iaitu inspirasi untuk bertindak, teknik dan kemahiran serta pengetahuan dan aktiviti.

Hapuskan perasaan takut gagal sebelum memulakannya.  Kita mulakan dengan usaha awal kita yang kecil tetapi ke arah yang betul.

Jika anda ingin cuba dan tahu apa potensi diri anda, boleh sertai kelas kami di Akademi Bekerja dari Rumah.  Kami akan analisa anda sebelum kelas bermula.

1) Kelas asas blog penulisan - untuk belajar menulis, berkongsi pengalaman hidup, kepakaran dan kemahiran. Sesuai juga untuk yang sudah ada blog sendiri.  Membina penjenamaan diri dan blog berpengaruh yang suka dibaca pelawat.  Malah ada juga yang hanya berkongsi hobi dan minat.  Dari situ juga lama-kelamaan boleh menjana pendapatan.  Jadikan blog sebagai travelog kisah perjalanan hidup, untuk tatapan anak-anak.

2) Kelas asas blog fanpage - sesuai untuk yang mahu bisnes dan baru hendak memulakan bisnes.  Kalau tiada produk, kami sediakan produk untuk dropship.  Jika ada boleh promosi produk sendiri.
 
Kami juga ada ebook tentang bisnes makanan untuk anda yang berminat untuk melibatkan dalam perniagaan makanan di samping buku Super WAHM Super MOM dan Asas Blog.  Jadikan ebook ini sebagai bacaan awal anda.



Boleh hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com untuk tindakan selanjutnya.

Wednesday, 25 September 2013

Iklan Bergerak


Sejak pagi hujan turun dengan lebatnya.  Hari ini hendak ke Kipmart beli barangan dapur.  Kalau tidak pergi hari ini, dapur tidak berasaplah.  Jadi kena juga pergi.  

Waktu begini parkir banyak kerana kebiasaannya orang akan membeli pada waktu petang atau malam.  Sampai sahaja di kawasan parkir, ternampak orang mengedar iklan barangan keluaran mereka.  Ada iklan kereta, iklan makanan dan iklan telefon.  Ini dipanggil pemasaran secara offline.  Musim hujan begini pun mereka meletakkan di cermin kereta semua pengunjung Kipmart.  Masuk ke dalam Kipmart, banyak pula banner yang tergantung kiri kanan kedai.  Ada yang panjang, pendek, kecil dan besar.  Semuanya diletakkan nama website masing-masing.  Sungguh canggih zaman teknologi sekarang.  Siapa yang tahu internet mudah untuk melayari laman web tersebut tetapi untuk yang tidak tahu menggunakan internet hanya dapat menelefon sahaja.

Saya lihat ramai surirumah yang datang ke Kipmart waktu begini.  Sempat juga menjeling-jeling di kiri kanan semasa melintasi mereka.  Canggih surirumah zaman sekarang.  Semuanya ada handphone dan tab gajet terkini.  Jadi jangan pandang rendah surirumah zaman sekarang. Bukan calang-calang surirumah ya.

Berbalik kepada iklan tadi, sempat juga saya mempromosikan bisnes iklan saya kepada mereka.  Nampak macam mereka berminat.  Untuk yang ingin nak mengiklankan bisnes mereka di internet boleh hubungi saya.  Iklan anda akan diiklankan di sini.

Untuk surirumah yang berminat hendak belajar buat blog dan bisnes fanpage, boleh juga hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com untuk dianalisa.  

Tidak rugi masuk kelas kerana kami telah berjaya menghasilkan ebook butik dan ebook bisnes makanan.  Tiada produk, kami sediakan.  Bila dah pandai buat satu blog, dah boleh buat blog lain untuk produk sendiri.  

 
Saya pasti ramai surirumah di luar sana yang mempunyai pelbagai kemahiran tetapi tidak tahu bagaimana hendak menterjemahkan ke dalam penulisan.  Jadi inilah masanya untuk bermula. 

Anda adalah seperti apa yang anda fikirkan.  Bagi menukar keputusan, tukar pemikiran, perasaan dan tindakan.

Tuesday, 24 September 2013

Jadi Boss


Seronok ke ada perniagaan sendiri?  Jadi boss?  Mempunyai perniagaan sendiri ada kalanya menguntungkan dan adakalanya merugikan.  Ini semua bergantung kepada diri sendiri bagaimana anda menguruskan perniagaan anda. 

Perniagaan dalam talian nampak menyeronokkan tetapi memerlukan kesabaran dan komitmen.  Anda adalah boss dan adalah pekerja.  Anda yang menentukan untung rugi bisnes anda sendiri.  Keputusan di tangan anda.   Cari ilmu dan mentor yang betul jika anda ingin menceburi bisnes online.  Banyak seminar dan kursus yang boleh anda ikuti jika anda ingin menceburi bisnes ini seperti seminar Dr Azizan Osman, Irfan Khairi, Ammar Zahar dan lain-lain.

Manfaat yang diperolehi jika memiliki perniagaan sendiri adalah :

1)  Anda adalah boss.  Anda mempunyai fleksibiliti untuk membuat semua keputusan. 

2)  Masa bekerja ditentukan oleh anda sendiri.  Anda boleh bekerja mengikut masa anda.  Jika anda mahu melihat bisnes anda berjaya, anda akan bekerja lebih masa dan jika anda rasa malas untuk hari tersebut, maka tiada siapa akan melarang.  Tetapi jangan pula jadi gila kerja sehingga tiada masa untuk diri sendiri dan keluarga. 

3)  Keuntungan semuanya disimpan oleh anda.  Anda yang menentukan berapa banyak keuntungan yang ingin diperolehi untuk hari tersebut.  Jika anda mampu menggaji pekerja, maka dibayar gaji pekerja dahulu barulah disimpan keuntungan untuk diri anda.

4)  Lebih banyak wang yang anda buat, lebih banyak untung yang akan anda dapat.  Memiliki bisnes sendiri tidak bermakna anda duduk senang lenang tanpa berusaha.  Ia memerlukan banyak kerja dan penuh dedikasi jika anda mahu melihat bisnes anda berjaya.

Jika anda mempunyai idea untuk membuat bisnes online, maka jangan bertangguh dan mulakan dari sekarang.  Belum cuba belum tahu.  Cari maklumat dan idea untuk memulakan bisnes ini. Pilih bisnes yang anda minat dan teroka.  Di samping itu anda boleh menjual idea dan menolong orang ramai yang memerlukan khidmat dan kepakaran anda.  Sebagai contoh, jika anda minat berkenaaan pengantin, maka buatlah bisnes tentang pengantin seperti mengandam, menyewa pakaian pengantin, katering, menyewa peralatan pengantin dan lain-lain yang berkaitan dengan pengantin.  Bina blog atau website tentang pengantin.  Kongsi minat dan idea anda.  Untuk permulaan, boleh dimulakan dengan membuat bisnes dari rumah.  Belajar bina blog, fanpage dan lain-lain yang berkaitan untuk mempromosikan  bisnes anda.


Kami di Akademi Bekerja dari Rumah ada buat kelas : 

1) Kelas asas blog penulisan - untuk belajar menulis, berkongsi pengalaman hidup, kepakaran dan kemahiran. Sesuai juga untuk yang sudah ada blog sendiri.  Membina penjenamaan diri dan blog berpengaruh yang suka dibaca pelawat.  Malah ada juga yang hanya berkongsi hobi dan minat.  Dari situ juga lama-kelamaan boleh menjana pendapatan.  Jadikan blog sebagai travelog kisah perjalanan hidup, untuk tatapan anak-anak.

2) Kelas asas blog fanpage - sesuai untuk yang mahu bisnes dan baru hendak memulakan bisnes.  Kalau tiada produk, kami sediakan produk untuk dropship.  Jika ada boleh promosi produk sendiri.
Kami juga ada ebook tentang butik untuk anda yang berminat untuk membuka butik pakaian di samping buku Super WAHM Super MOM dan Asas Blog.  Jadikan ebook ini sebagai bacaan awal anda.


 
Hubungi saya untuk dianalisa sebelum anda masuk kelas.
  Email : norazizahsudin@gmail.com SMS/Whatsapp : 019-7461502











Monday, 23 September 2013

Cabaran Jadi WAHM


Jika di tanya kepada semua wanita bekerjaya, ramai yang memilih untuk duduk di rumah sambil menjaga anak.  Tidak kira apa alasan atau matlamat mereka, tetapi saya percaya jika mereka mempunyai kesungguhan, ketabahan dan kreativiti, anda benar-benar boleh membina kerjaya yang fleksibel untuk bekerja di rumah.

Banyak yang boleh dibuat samada membina blog, menjual kraftangan atau menulis, saya percaya anda boleh berjaya.  Saya harap tips di bawah dapat membantu :

1)  Sokongan
Untuk memulakan bisnes dari rumah memerlukan sokongan yang jitu daripada keluarga.  Keluarga juga boleh memberi idea tentang bisnes yang ingin dimulakan.  Tidak kira apa jenis bisnes yang ingin dimulakan, anda perlu keluarga dan rakan-rakan terdekat untuk menyokong anda.  Jangan juga takut untuk mendekati orang-orang yang lebih berpengalaman untuk mendapatkan sokongan dan idea.

2)  Kesediaan untuk berkorban
Mempunyai bisnes sendiri perlukan pengorbanan, samada bisnes online mahupun offline.  Menjadi seorang WAHM dan dalam masa yang sama, perlu menjaga keperluan keluarga seperti menjaga anak, menyiapkan kerja rumah seperti memasak, menyediakan sarapan dan lain-lain.  Saya sendiri pada permulaan menjadi WAHM sering bergelut dengan masa.  Saya memulakan kerja kadang kala waktu tengahari atau awal pagi.  Memang sukar pada mulanya, tetapi saya kena pandai mencari masa tambahan untuk menyiapkan kerja seperti apabila anak tidur, kadang kala saya bermula pada lewat malam dan berakhir lewat pagi.  Tetapi itulah pengorbanan yang saya ambil untuk menjadi seorang WAHM yang berjaya.

Saya tidak mengatakan anda perlu berjaga sehingga lewat malam atau lewat pagi setiap hari.  Untuk permulaan, inilah pengorbanan yang perlu diambil tetapi jika bisnes sudah berjaya, momentum kita untuk berjaya pun akan lebih bertenaga.

3)  Fokus
Jika ingin berjaya, kita perlu fokus tidak kira dalam apa juga perkara yang kita lakukan.  Barulah nampak hasilnya.  Saya pun kadang kala tidak dapat memberi fokus yang sepenuhnya kepada kerja saya kerana banyak gangguan.  Memilih matlamat yang jelas dapat memberikan anda fokus terhadap kerja anda dan apa yang anda inginkan dalam hidup.  Saya ada matlamat dalam bisnes online.  Jadi jika anda juga seperti saya, kenalah fokus dan belajar bagaimana untuk fokus. 
 
4)  Percaya kepada diri sendiri
Keyakinan diri amat penting jika ingin berjaya.  Mempunyai keyakinan yang kuat dengan kebolehan sendiri akan membuatkan anda boleh pergi jauh di dalam apa juga perkara yang anda ceburi.  Jangan perkecilkan kebolehan sendiri.  Tunjukkan kebolehan dan skil yang anda ada.  Ini akan memberi inspirasi kepada diri anda sendiri.

Keyakinan diri bukan sesuatu yang anda boleh dapat daripada orang lain.  Apabila anda memberi tumpuan kepada matlamat anda, dari semasa ke semasa keyakinan anda akan membantu untuk mencapai apa yang anda mahu.  

Saya ingin kongsikan apa yang saya baca dari buku Motivasi Memburu Kejayaan hasil karya Datuk Maznah Hamid.  Matlamat adalah kompas kehidupan.  Hidup tanpa matlamat umpama kapal tanpa nakhoda hanyut di tengah lautan, terumbang-ambing dipukul arus dan gelombang kehidupan.  

Tanpa keyakinan diri, adalah mustahil bagi kita untuk mendapat apa yang kita cita-citakan.  Tanpa keyakinan juga kita tidak dapat mengenal pasti dan menggunakan segala bakat dan potensi yang ada dalam diri kita.  Oleh itu, walaupun anda hanya seorang surirumah, tidak bererti anda tidak boleh berjaya.  Tunjukkan kebolehan anda.

Jika anda seorang surirumah dan mempunyai matlamat dan keinginan untuk berjaya, apa kata anda kongsikan bersama saya di Akademi Bekerja Dari Rumah.  Kami sedia membantu dan memberi anda jalan untuk berjaya.  InsyaAllah, jika anda komited, fokus, percaya kepada diri sendiri, apa yang anda inginkan akan tercapai.

Anda cuma perlu jawab analisa dan kami akan mengajar berdasarkan analisa anda.   Kami menawarkan dua kelas iaitu :

1) Kelas asas blog penulisan
2) Kelas asas blog fanpage
 


Hubungi saya untuk info selanjutnya :
Email : norazizahsudin@gmail.com
SMS/Whatsapp : 019-7461502













Sunday, 22 September 2013

Impian Seorang Peniaga Internet


Saya suka membaca artikel dari blog seorang jutawan internet, saudara Irfan Khairi.  Membacanya setiap hari membuatkan saya begitu teruja dan sentiasa berimpian untuk menjadi sepertinya.  Walaupun saya baru di dalam bisnes internet, tetapi tidak mustahil jika saya boleh mencapainya.  Setiap orang berhak untuk berimpian samada besar atau kecil.  Yang penting ada keinginan dan keyakinan.  Tahu matlamat kita dan  kita boleh mencapai apa yang kita mahu.  

Menurut Irfan Khairi, untuk berjaya di dalam perniagaan internet salah satu cara untuk berjaya adalah membuat promosi.  Ini adalah perkara paling penting dalam perniagaan online. Bagus mana pun produk anda, secantik dan sehebat mana pun produk tersebut, jika salah cara promosinya, produk anda tidak akan  terjual.  Di online, kita perlu iklankan supaya orang tahu akan kewujudan blog dan facebook yang kita bina tadi.  Lain jika anda mempunyai kedai yang nyata.  Orang yang lalu lalang di kawasan sekitar, dapat melihat kedai anda.  Jika di online, orang tidak akan tahu jika kita tidak membuat promosi.  Untuk membuat pengiklanan, ada cara yang berbayar dan percuma.  Untuk pengiklanan percuma, anda boleh letakkan di lamanweb pengiklanan percuma seperti Mudah.my dan lain-lain.  Untuk pengiklanan berbayar, anda boleh gunakan pengiklanan di facebook, pengiklanan di google dan menyewa slot iklan dimana-mana blog atau forum.

Akademi kami ada menyediakan platform ini untuk anda mengiklankan perniagaan anda.  Boleh klik di sini untuk info lanjut.  

Beliau juga telah berkongsi 10 tips untuk mencapai impian dalam bidang internet dan anda masih belum terlewat untuk mencapai azam tahun ini sekiranya anda betul-betul berminat untuk menceburi bisnes internet :

1)  Menulis impian anda 
Sebaik-baiknya ulangi menulis impian anda dan jika hendak lagi bagus, boleh tulis pada whiteboard supaya anda jadikan sebagai rujukan walaupun anda baru bangun dari tidur.

2)  Jelas dengan impian yang dirancang
Mengetahui faedah-faedah yang akan anda perolehi sekiranya anda berjaya kecapi impian anda.

3)  Perniagaan internet yang ingin dijalankan
Buat permulaan, tetapkan bidang / industri yang ingin diceburi.  Contoh dalam bidang kesihatan.

4)  Research
Mulakan dengan mencari info berkenaan minat dan tumpuan orang ramai dalam industri yang kita pilih.

5)  Produk dan Perkhidmatan
Ambil berat pada dua perkara ini ketika anda membuat kajian mencari informasi.
 
6)  Niche Market
Beri fokus kepada skop yang lebih kecil dalam bidang yang dipilih pada tip no. 3.

7)  Minat dan Pengalaman
Satu kelebihan sekiranya anda berlatarbelakangkan dari industri yang anda pilih.

8)  Pembekal
Hubungi syarikat yang dapat menyedikan produk atau perkhidmatan dalam industri yang anda ingin ceburi.

9)  Media Sosial
Jadikan laman sosial yang wujud sebagai medium untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatan anda.  Kebiasaannya tidak dikenakan cas untuk pendaftaran.

10)  Pengiklanan
Kenalkan prospek dengan mulakan pemasaran pada pengunjung internet dengan memasarkan produk atau perkhidmatan dengan cara pengiklanan.

Tip-tip yang dikongsi adalah asas perniagaan di internet dan boleh dijadikan sebagai titik permulaan untuk anda capai impian dalam bidang internet.  Mulakan hari ini juga dan jangan bertangguh.  Terus melakukan dan kekalkan momentum untuk mencapai impian anda.  

Bercakap mengenai momentum, saya ingin kongsikan dengan pembaca apa yang saya baca dari buku Empayar Perniagaan Internet oleh Ammar Zahar.  Momentum seorang manusia akan semakin menurun apabila ia tidak dilakukan dan akhirnya hilang.  Tindakan segera perlu dibuat untuk mencapai dan mengekalkan momentum tersebut.   

Sebagi contoh jika kita ingin berniaga.  Cepat bertindak dan membuat keputusan.  Jangan mengambil masa yang terlalu lama untuk bertindak kerana akhirnya kita tidak bersemangat dan menjadi malas.  Bak kata orang putih, 'just do it', kerana ketika itu momentum kita sedang berada di paras yang tinggi.

Apa yang paling penting adalah anda perlu berani untuk mencuba.  Jika anda takut untuk bermula, sampai bila pun anda tidak akan memulakan langkah pertama anda.  

Jika anda sudah ada keinginan untuk mempunyai bisnes online tetapi tidak tahu bagaimana untuk bermula, saya ada membuat promosi untuk bulan September ini untuk kelas blog dan fanpage.  

Bagi yang berminat untuk memulakan bisnes secara dropship, kami tawarkan beberapa produk dropship melalui kelas asas blog fanpage.  Bagi yang sudah ada produk, mahu membina kedai maya juga boleh sertai kelas ini. Boleh hubungi saya melalui emel di norazizahsudin@gmail.com atau SMS/Whatsapp 019-7461502.

Bagi yang mahu mengiklankan produk / servis di internet, boleh iklankan di SOHO directori.  Tapak pengiklanan secara online yang memasarkan produk terus menerusi lebih 100 blog yang aktif, dan akan sentiasa ada penambahan setiap masa.  

Di samping itu juga anda boleh juga mendapatkan pakej ini untuk pembacaan awal tentang blog dan bisnes online.

 

Saturday, 21 September 2013

Cepatnya Hari Sabtu


Seronoknya pagi ni. Buka tingkap, buka pintu, dengar bunyi burung berkicau, siram pokok dan menyapu laman. Ayam berkokok sahaja yang tak ada.  Waktu begini rindu pula suasana kampung.

Baju masih dibasuh oleh mesin basuh. Pinggan mangkuk dibasuh guna tangan sebab tiada mesin basuh pinggan.  Selepas ini buat sarapan.  En. suami jam 6.00 pagi sudah pergi kerja.  Dia tidak bersarapan pagi ini sebab pagi-pagi sudah sakit perut.  Semalam masak tomyam.  Mungkin sebab salah tomyam tetapi katanya dari pejabat lagi perutnya rasa lain macam.  Jadi tomyam tidak bersalah.  Sementara anak masih tidur, saya nak buat kue teow goreng.  Bila dia dah bangun, kami akan bersarapan bersama di tepi laman rumah sambil mendengar kicauan burung.  Seronoknya. 

Cepatnya masa berlalu.  Sudah hari Sabtu.   Esok Ahad petang ada majlis Yaasin di rumah jiran. 

Selamat pagi semua dan selamat bekerja untuk semua yang bekerja di ofis atau di rumah samada WAHM, SOHO atau SAHM.

Bantu Saya Cari Idea Bagaimana Nak Bekerja Dari Rumah


Terdapat ramai suri rumah yang bercita-cita ingin bekerja dari rumah.  Pelbagai sebab yang menyebabkan mereka ingin berbuat demikian, seperti masalah anak, masalah pembantu rumah, masalah kerja dan lain-lain.  Saya ialah salah seorang darinya.  Mempunyai impian untuk bekerja dari rumah dan juga ada bisnes sendiri. 

Mari kita baca ulasan mengenai wanita bekerja mengikut pandangan Islam oleh Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman.  

Kerja Sebagai Syarat
  •  Seorang isteri dibenarkan untuk meletakkan syarat pada akad perkahwinannya bahawa ia hendaklah dibenarkan bekerja, apabila suami redha dengan syarat itu, ia menjadi kemestian baginya untuk membenarkan (setelah kahwin). Syarat itu hendaklah dinyatakan secara jelas ketika akad.
     
  •  Suami pula harus meminta isteri meninggalkan kerjayanya walaupun sebelum ini ia membenarkannya, iaitu sekiranya meninggalkan pekerjaan itu dibuat atas tujuan kepentingan keluarga dan anak-anak.
     
  •  Tidak harus, pada pandangan syara' bagi seorang suami untuk menjadikan keizinannya kepada isteri untuk bekerja dengan syarat isteri hendaklah membantu perbelanjaan keluarga yang diwajibkan ke atas suami; tidak harus juga suami mensyaratkan isteri memberi sebahagian daripada pendapatannya kepada suami.
     
  •  Suami tidak boleh memaksa isteri untuk keluar bekerja.

Pandangan penuh boleh dibaca di sini.  

Untuk bermula, kita kena yakin dan tahu apa yang kita mahu.  Untuk bermula, cari maklumat dan mula bertindak dari sekarang.  Banyak kerja yang boleh dibuat jika kita betul-betul mempunyai impian ingin bekerja dari rumah.  Sebagai contoh, memasak, menjahit, menulis, membuat kraftangan dan lain-lain boleh dijadikan permulaan untuk anda bermula bekerja dari rumah.  

Jika anda masih buntu untuk bermula, cuba baca blog ini dan sini  sebagai panduan dan untuk mendapatkan idea.  

Akhir sekali, jika anda telah membuat keputusan untuk memulakan langkah ini, saya boleh berkongsi idea. Akademi Bekerja Dari Rumah ada membuat kelas untuk anda yang baru hendak bermula. 
 
Kami menawarkan dua kelas asas blog iaitu :

1)  Kelas asas blog penulisan
2)  Kelas asas blog fanpage

Hubungi saya untuk info selanjutnya : 
Email : norazizahsudin@gmail.com  
SMS/Whatsapp : 019-7461502

Terdapat juga ebook yang boleh dibaca untuk anda mendapatkan idea sebenar mengenai kerja dari rumah.

Friday, 20 September 2013

Tukarkan Hobi Kepada Bisnes


Tukarkan hobi kepada bisnes.  Menarik bukan?  Banyak cara yang boleh dibuat jika anda benar-benar minat dan ingin menjadikan hobi untuk menjana pendapatan.  

Banyak hobi boleh menjana pendapatan seperti membuat kraftangan, menjahit, memasak, menulis, melukis, membina blog dan sebagainya.  Setiap dari kita mesti mempunyai minat dan kepakaran masing-masing.  Jadi jadikan minat itu sebagai bisnes anda.  Mulakan dengan membina blog dan mengambil pesanan. 

Sebagai contoh, kraftangan.  Perniagaan ini boleh dijalankan secara online dan offline.  Anda boleh membuat blog dan kedai sendiri.  Gunakan media sosial seperti FB sebagai contoh untuk promosi.  Ramai orang telah berjaya dengan hanya menjual barang kemas buatan tangan, barang perhiasan seperti botol kaca, pakaian, aksesori dan barangan rumah.  Terdapat permintaan yang tinggi untuk produk buatan tangan ini.  Jika anda mempunyai kemahiran, mulakan dari sekarang dengan menjana pendapatan aktif. 

Untuk memulakan bisnes online agak mudah.  Anda hanya memerlukan :

1)  sebuah komputer untuk berkomunikasi dengan pelanggan dan memasarkan produk anda.  
2)  sebuah kamera untuk mengambil gambar produk anda.
3)  produk yang akan dipasarkan.  
4)  blog atau laman web untuk menjual barangan anda.  Blog adalah tempat yang sesuai dan padat mengenai barangan yang akan dipasarkan.  Terangkan secara detail tentang produk dan terdapat ruangan pertanyaan dan pembayaran di blog anda.

Jika anda seorang yang mahir tentang sesuatu produk, buat duit dengan hobi anda.  Selidiki pasaran anda.  Bina blog untuk pasarkan produk anda.  Dengan pelaburan yang kecil anda sudah boleh mula menjana pendapatan walaupun dari rumah.

Kami di Akademi Bekerja dari Rumah telah menyediakan platform tersebut.  Anda cuma perlu jawab analisa dan kami akan mengajar berdasarkan analisa anda.  Sempena bulan promosi, kami akan berikan anda :

1) dua ebook percuma - ebook Mula Bisnes Butik Online / Offline dan ebook Super WAHM Super Mom (pengalaman sebenar bekerja di rumah).
2) Pakej penjimatan sebanyak RM75 dan
3) layak menikmati ruang tapak iklan bernilai RM100.

Kami juga menawarkan dua kelas asas blog iaitu :

1) Kelas asas blog penulisan - untuk belajar menulis, berkongsi pengalaman hidup, kepakaran dan kemahiran. Sesuai juga untuk yang sudah ada blog sendiri.  Membina penjenamaan diri dan blog berpengaruh yang suka dibaca pelawat.  Malah ada juga yang hanya berkongsi hobi dan minat.  Dari situ juga lama-kelamaan boleh menjana pendapatan.  Jadikan blog sebagai travelog kisah perjalanan hidup, untuk tatapan anak-anak.

2) Kelas asas blog fanpage - sesuai untuk yang mahu bisnes dan baru hendak memulakan bisnes.  Kalau tiada produk, kami sediakan produk untuk dropship.  Jika ada boleh promosi produk sendiri.


Hubungi saya untuk info selanjutnya :
Email : norazizahsudin@gmail.com
SMS/Whatsapp : 019-7461502






Thursday, 19 September 2013

Tips Mudah Bisnes Online


Ramai yang berkata bahawa bisnes online ini mudah dan tidak terikat dengan sesiapa, cuma diri sendiri.  Betulkah?  

Nampak mudah, tetapi bagi yang mempunyai bisnes online, hanya empunya diri sahaja yang tahu.  Pada pendapat saya, jika kita kata susah, maka susahlah ia.  Kita kena berfikiran positif dan komited dengan apa yang kita buat, tidak kira samada bisnes online mahu pun offline.  Setiap bisnes mempunyai risiko masing-masing.  Bisnes besar atau kecil.  

Banyak tips yang boleh kita rujuk apabila menjalankan bisnes online.  Di antaranya ialah :

1)  Libatkan diri dengan grup atau komuniti bisnes online.  Terdapat banyak tips, rujukan dan sokongan yang kita boleh dapat daripada grup ini.  Kita boleh juga rujuk kepada laman web tentang bisnes online yang dapat memberikan maklumat berguna dan berinformasi.  Blog juga adalah satu lagi sumber yang boleh mendidik kita tentang bisnes online.  Banyakkan membaca, membuat rujukan dan menghadiri seminar mengenai bisnes online jika kita mahu bisnes kita berkembang maju dan berdaya saing.

2)  Prmosikan bisnes anda.  Sebagai pemilik perniagaan, anda perlu menjual bisnes anda kepada orang ramai supaya mereka tahu yang anda mempunyai bisnes untuk dijual.  Promosi ini boleh dibuat secara online atau offline.  Banyak media sosial dan media elektronik yang boleh digunakan.  Sekarang zaman facebook.  Jadi gunakan kaedah ini untuk bisnes anda.  Blog juga boleh dijadikan salah satu cara untuk mempromosi bisnes anda.  

Buat matlamat untuk mencapai apa yang kita hendak setiap hari.  Sebagai contoh buat 'things to do list' setiap hari atau minggu.  Walaupun kerja anda tidak mungkin mencapai 100%, menetapkan matlamat anda untuk pergi jauh dalam bisnes online akan memastikan bahawa anda akan mencapai sesuatu.

Mulakan dari sekarang.  Jadikan matlamat anda sebagai satu motivasi untuk anda bekerja setiap hari dengan penuh dedikasi dan komited.  

Jika anda mempunyai minat untuk berbisnes online, tetapi tidak tahu bagaimana untuk bermula, kami boleh beri tunjuk ajar.  Yang penting anda minat dan ingin belajar.  Kelas yang kami anjurkan ini terbuka untuk semua golongan, samada surirumah, wanita yang bercita-cita untuk memulakan bisnes dari rumah dan juga kaum lelaki. 

Setiap pelajar akan dianalisa sebelum kelas bermula.  Boleh hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com untuk bermula.














Wednesday, 18 September 2013

Buat Duit Di Internet


Nak buat duit di internet?  Mudah ke?  Untuk permulaan boleh buat blog sebagai alat pemasaran. 

Blog boleh dijadikan sebagai alat pemasaran untuk membuat duit di internet seperti Google AdSense, ruang pengiklanan, pemasaran affiliate dan ebook. 

1) Google AdSense - akan dibayar apabila setiap iklan diklik.  
2) Affiliate - apabila seseorang membuat jualan di laman web anda, anda akan mendapat bayaran untuk setiap jualan.
3) Ruang Pengiklanan - ini adalah salah satu cara yang boleh mendatangkan pendapatan lumayan setiap bulan dan mendapat trafik tinggi.   
4) Ebook - ebook adalah salah satu daripada produk informasi dan menjana pendapatan pasif.  

Blog boleh digunakan untuk menjana pendapatan.  Bermula dengan niche yang anda pilih dan blog sebagai alat pemasaran untuk mencari trafik yang anda perlukan.  Gunakan idea-idea kreatif untuk menjadikan blog anda sebagai alat pemasaran yang berkesan dan disukai pembaca. 

Untuk yang berminat dan ingin belajar buat blog, setiap pendaftaran layak :  
1) Mendapat dua ebook percuma - ebook Mula Bisnes Butik Online / Offline dan ebook Super WAHM Super Mom (pengalaman sebenar bekerja di rumah).  
2) Pakej penjimatan sebanyak RM75.  
3) Layak menikmati ruang tapak iklan bernilai RM100.

Kelas asas blog yang sedang berlangsung di Akademi Bekerja di rumah ini ada dua kategori iaitu :

1) Kelas asas blog penulisan - untuk belajar menulis, berkongsi pengalaman hidup, kepakaran dan kemahiran. Sesuai juga untuk yang sudah ada blog sendiri.  Membina penjenamaan diri dan blog berpengaruh yang suka dibaca pelawat.  Malah ada juga yang hanya berkongsi hobi dan minat.  Dari situ juga lama-kelamaan boleh menjana pendapatan.  Jadikan blog sebagai travelog kisah perjalanan hidup, untuk tatapan anak-anak.

2) Kelas asas blog fanpage - sesuai untuk yang mahu bisnes dan baru hendak memulakan bisnes.  Kalau tiada produk, kami sediakan produk untuk dropship.  Jika ada boleh promosi produk sendiri.

Hubungi saya untuk analisa sebelum masuk kelas.

Email : norazizahsudin@gmail.com
SMS/Whatsapp : 019-7461502