Thursday, 31 October 2013

Akademi Bekerja Dari Rumah


Assalamualaikum dan selamat pagi.  Alhamdulilah, artikel mengenai Akademi Bekerja Dari Rumah yang ditulis oleh pengasasnya Pn. Masayu Ahmad merangkap sifu kami telah keluar di Majalah Wanita keluaran 01 - 07 November 2013.  Semoga anda cepat mendapatkannya dan jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai akademi kami boleh berhubung dengan saya. 







Saya pasti ramai suri rumah di luar sana yang ingin bekerja dari rumah di samping menjana pendapatan.  Begitu juga dengan suri berkerjaya.  Untuk menjadi pandai kita perlu belajar.  Cari mentor yang betul.  Jangan malu untuk bermula jika anda tidak tahu.  Sebab itulah kami tubuhkan kelas online ini.  Kami khususkan untuk suri rumah yang zero dan tiada pengalaman.  Yang penting anda perlu komited dan fokus.  Untuk suri berkerjaya yang sibuk tetapi ingin ada bisnes online pun boleh sertai.  Bukan sahaja kaum wanita, lelaki pun boleh juga sertai kelas kami ini.

Kelas kami ada dua, iaitu :
1)  Kelas Asas Blog dan Penulisan
2)  Kelas Asas Blog dan Fanpage (mula bisnes)

Saya akan terangkan apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fanpage (mula bisnes) :
a)  Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b)  Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c)  Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan.  Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d)  Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e)  Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, suri rumah sepenuh masa, suri berkerjaya yang mahu buat secara sambilan.  Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f)  Apabaila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain.   Juga bina jaringan bisnes secara online.
g)  Apa yang kita belajar di dalam kelas ini.  Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman.  Belajar buat blog kedai online, belajar menulis secara konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat fanpage, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
h)  Untuk mula, kita akan buat analisa dahulu.

Sekarang anda pasti hendak tahu bagaimana dan dimana kelas ini kan?  Baca seterusnya.

1) Kelas ini di mana?
Uniknya kelas kami secara online sahaja.  Boleh bermula pada bila-bila masa.

2)  Saya bekerja tidak ada masa?
Disebabkan anda tidak ada masa, sebab itulah kelas ini fleksibel, iaitu 10 langkah mudah untuk kelas penulisan dan 16 langkah untuk kelas bisnes.

3)  Saya tidak ada produk.
Produk kami sediakan.  Jika sudah ada produk lagi bagus.

4)  Berapa lama boleh pandai?
Bukan berapa lama boleh pandai, tetapi berapa cepat anda boleh siapkan tugasan.  Ada pelajar laju ambil masa 10 hari sahaja, ada 3 minggu, ada sebulan dan ada lebih daripada itu.

5)  Apa lagi yang kami akan dapat?
Jaringan dan perhubungan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan suri rumah, suri berkerjaya.  Boleh berkenalan dan bertukar pandangan.  Inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk wanita yang bekerja di rumah, untuk mendapatkan semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya.




Anda boleh link di Akademi Bekerja Di Rumah untuk membaca ulasan pelajar akademi dan tips menarik dari mereka. 

Jika ada produk dan tidak tahu dimana untuk iklan, boleh lihat ruang periklanan dan baca terma  iklan di sini.
Untuk yang berminat boleh hubungi saya :

Email : norazizahsudin@gmail.com
Whatsapp / SMS : 0197461502

Wednesday, 30 October 2013

Bisnes Kain Cotton


Banyak kenangan ketika jalan-jalan ke Vietnam pada bulan Mac tahun ini. Kali ini saya pergi bersama rakan karib semasa belajar di kolej dahulu.  Kali pertama saya ke sana pada bulan April tahun lepas.  Kali pertama saya ke sana mengikut pakej.  Kali ke dua kami pergi sendiri. 

Tujuan utama ke sana adalah untuk memborong kain cotton untuk bisnes.  Banyak corak menarik dan design terkini yang sedang hangat di pasaran.  Memang betul kata orang, Vietnam adalah syurga membeli belah bagi rakyat Malaysia.  Bukan sahaja kain cotton tetapi pelbagai jenis kain boleh didapati di sini.  Benh Thanh Market adalah sasaran utama ramai pengunjung Malaysia jika berkunjung ke sini.  Bermacam-macam barangan ada dijual di sini seperti makanan, minuman, kain, baju, beg, pinggan mangkuk dan lain-lain.  Banyak hotel berdekatan dengan Pasar Benh Thanh jika berkunjung ke sini.  Kali pertama saya ke sini, saya telah menginap di Hotel Saigon Pink 2.  Hotelnya selesa dan harga pun berpatutan. 



Jangan risau tentang makanan jika anda berkunjung di sini kerana terdapat banyak restoran halal di Vietnam.  Menu yang paling saya suka adalah Mee Vietnamese.  Rasanya sangat enak ditambah dengan lada Vietnam. Pilihan air pula saya pilih air Karot Tomato.  Ini semua boleh didapati di Restoran Hj. Halim.  Yang menariknya, semua kedai di Vietnam mempunyai kedai makan di tingkat atas dan kedai menjual pakaian di bawah.  Harga di restoran ini juga berpatutan. 





Pada setiap malam, di depan Pasar Benh Thanh akan diadakan pasar malam.  Pelbagai barangan yang dijual di sini dengan harga yang lebih murah jika anda pandai tawar menawar.  Sebut sahaja, semua barangan ada dijual. 




Kain cotton menjadi kegilaan ramai rakyat Malaysia sekarang ini kerana kualiti kainnya dengan corak yang menarik dan design terkini.




Salah satu bisnes yang menjadi trend dan hangat di pasaran sekarang adalah bisnes pakaian.  Bisnes cotton juga boleh dijadikan bisnes online untuk suri rumah dan suri berkerjaya yang ingin mencari pendapatan tambahan.  Saya juga membuka peluang untuk mereka yang  berminat untuk menjadikan bisnes ini sebagai pendapatan sampingan.  Peluang ini akan saya buka untuk tahun 2014.  Setakat ini, ramai ejen yang telah saya lantik dan masing-masing tidak sabar untuk meneroka bisnes ini.  Jalan sudah ada, cuma pilihan di tangan anda.  Jika anda minat dan ingin menjadi ejen saya, boleh berhubung dengan saya secepat mungkin.

Jika anda minat untuk ada kedai sendiri, saya boleh membantu.  Kami ada kelas untuk yang minat bisnes seperti anda, iaitu kelas asas blog dan bisnes.  Kami akan ajar anda membina blog sendiri dan juga fanpage.   Anda akan diajar membuat borang tempahan, info produk dan lain-lain. 

Di samping itu juga kami ada Kelas Asas Blog dan Penulisan.  Jika anda minat menulis dan ingin jadikan catatan sebagai travelog kehidupan, anda boleh daftar kelas ini.  

Sempena bulan Oktober, kami ada promosi dan akan mendapat ebook percuma.  Ebook 101 Idea Home Bisnes akan dapat membantu anda untuk membuat pilihan tentang bisnes yang anda minat dan berkemungkinan anda telah ada kepakaran tetapi cuma bagaimana hendak melebarkan sayapnya sahaja.  Jadi dengan mendaftar di kelas ini, anda akan diajar dari A hingga Z tentang pembinaan blog dan kedai alam maya anda. 




Produk anda boleh pilih.  Jika anda minat untuk membuat bisnes tanpa modal, kami telah ada produk.  Jika anda mempunyai produk sendiri pun lebih bagus untuk anda ketengahkan. 

Beli ebook/buku/CD Quran :
http://ulatbukusaya.blogspot.com/

Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory,
boleh baca ruang periklanan dan terma  iklan di sini.
 

Untuk sebarang pertanyaan lanjut :
Email : norazizahsudin@gmail.com
Whatsapp / SMS : 0197461502

Tuesday, 29 October 2013

Kelas Offline


Di samping mengajar online, saya juga boleh mengajar offline untuk 2 kelas dari akademi :

1)  Kelas Asas Blog dan Penulisan
2)  Kelas Asas Blog dan Bisnes (fanpage)

Tawaran ini saya hanya buat di kawasan Pasir Gudang sahaja dan di kawasan yang berdekatan dengan tempat tinggal saya.  Yuran masih sama dan semuanya secara santai dan tiada tekanan.  Modul akan diberi mengikut kelas yang akan diambil oleh peserta.  Masa boleh mengikut kesesuaian peserta. 

Untuk menjadi pandai, kita perlu belajar dari mentor yang betul.  Setiap tugasan perlu dibuat mengikut modul dan jika ikut secara tetap, semua tugasan akan siap dalam masa 2 minggu sahaja.  Entri 44 hari perlu disiapkan.  Tuliskan catatan pengalaman anda untuk dikongsikan.  Kami akan ajar tatabahasa yang betul mengikut ebook asas blog.  Ebook ini akan diberi kepada semua pelajar dan perlu khatam sebelum kelas bermula.  Sebelum itu juga setiap pelajar akan dianalisa untuk mengenalpasti minat dan kepakaran tersendiri.

Jika anda berminat untuk bisnes, kami sediakan produk dropship seperti buku, makanan sunnah, ruang periklanan dan produk digital.  Jika anda ada produk kami akan bantu anda untuk bina blog kedai dan fanpage di kelas ini.  Tapak iklan sudah tersedia untuk anda mengiklankan produk atau perkhidmatan anda.  Lebih dari 200 blog yang akan membantu mempromosikan bisnes anda. 


 

Untuk yang berminat boleh hubungi saya :

Email : norazizahsudin@gmail.com
Whatsapp / SMS : 0197461502







Monday, 28 October 2013

Kenali Minat Anda


Selamat hari Isnin.  Buangkan rasa moody di awal pagi.  Senyum dan ceria selalu.

Pagi ini saya membuat sarapan Roti Gulung Telur sambil menunggu anak bangun tidur.  Rutin harian saya sebagai suri rumah berjalan seperti biasa.  Mengemas rumah, membasuh pinggan, membasuh baju, menyapu laman dan lain-lain.  Walaupun sibuk dengan tugasan harian, tetapi saya seronok dengan bisnes online dan dalam masa yang sama menjadi guru online di Akademi Bekerja Di Rumah.  Banyak ilmu baru dan berkongsi kepakaran dengan peserta lain.  Hanya melalui online sahaja.

Tips saya pada hari ini adalah untuk memulakan blog, kita perlu bina blog menggunakan nama kita sendiri sebagai penjenamaan diri.  Penjenamaan diri ini nanti boleh digunakan untuk semua urusan bisnes dan juga urusan profesional kita yang lain.  Tajuk blog?  Tajuk blog kita boleh letakkan mengikut minat kita.  Niche yang kita minat.  Jika kita minat memasak, niche kita adalah mengenai resipi dan segala yang berkaitan dengan masakan.  Tulis dengan ikhlas dan penuh keseronokkan.  Kita bayangkan seolah-olah ada orang di hadapan kita dan kita sedang bercerita dengannya.  Jadi setiap hari kita akan teruja untuk menulis di blog.  Kongsikan minat dan kepakaran anda dengan pembaca.  Pembaca seronok dan anda juga akan lebih lagi merasa keseronokkannya sebab anda sudah ada peminat tersendiri yang sentiasa mengikuti blog anda.  Selain dari facebook, blog juga menjadi tarikan utama pembaca untuk mencari maklumat.

Untuk menulis blog tidaklah sesukar mana jika tahu caranya.  Untuk menarik pembaca membaca blog dan menjadikan blog kita berpengaruh, ada 10 ciri yang boleh diikuti :

1)  Boleh mesra pembaca, tidak ada gajet atau bling-bling yang over
2)  Sentiasa ada entri baru dan segar
3)  Entri penyelesai masalah
4) Penulisan santai dan bersahaja namun punya banyak kisah pengajaran
5) Blog yang menjadikan pembaca ketagih datang dan datang lagi
6)  Blog yang menjadi rujukan khusus
7)  Blog yang berinformasi, bebas memberi pandangan penuh etika
8)  Blog yang menjaga tatabahasa asas, penulisan Bahasa Melayu formal, walaupun santai asas ini dijaga
9)  Blog yang boleh dipindahkan menjadi wang
10) Blog yang berjaya menukar pelanggan daripada pembaca kepada pelanggan
 
Kami menawarkan dua kelas online :
1)  Kelas Asas Blog dan Penulisan
2)  Kelas Asas Blog dan Bisnes (Fanpage)

Apa yang menariknya, akademi turut menyediakan produk dropship untuk mereka yang mahu memulakan bisnes, dengan mengikuti kelas online asas membina blog bisnes.  Antara produk dropship yang ada ialah produk sunnah, produk digital ebook, buku-buku ilmiah, pakej periklanan dan pertambahan produk dari masa ke semasa.  Jadi bagi mereka yang mahu memulakan bisnes tidak perlu risau jika tiada produk untuk diniagakan.  Bisnes ini sesuai untuk yang baru bermula dan tiada modal. 

Kelas ini dijalankan secara online sepenuhnya kerana masa belajar setiap protege adalah tidak sama. Masing-masing yang ikut serta kelas ini merupakan mereka yang sibuk dengan kerjaya bagi yang bekerja dan sibuk dengan tugasan di rumah serta anak-anak bagi suri rumah. Walau bagaimanapun, peluang tetap ada untuk mereka bermula.  Jadi ini adalah platform terbaik dengan hanya belajar melalui online tanpa perlu mengganggu aktiviti dan tugasan harian yang lain.  Mereka juga boleh bermula pada bila-bila masa sahaja kerana ianya fleksibel serta tanpa ada tekanan.  

Promosi Oktober tinggal 3 hari lagi sebelum November tiba.  Pendaftaran seperti biasa untuk yang mahu mula bekerja di rumah dan bisnes online sebagai pendapatan sampingan dan sepenuh masa.   





Sunday, 27 October 2013

Produk Ada Tetapi Tidak Tahu Bagaimana Nak Promosi


Produk ada, tetapi tidak tahu bagaimana nak promosi?  Produk bagus tetapi pasaran kurang.  Jualan pun banyak tetapi hanya secara offline sahaja.  Hendak juga cuba pasarkan secara online.  Tidak tahu?  Jom baca selanjutnya.

Ramai yang ada produk hebat, produk canggih, produk terhangat di pasaran dan macam-macam lagi kebaikannya.  Sekarang zaman IT.  Belajar cara penggunaanya.  Jangan malu untuk belajar.  Facebook, blog, twitter dan pelbagai lagi media sosial yang boleh digunakan.  Hanya tahu atau tidak sahaja.  Semuanya percuma. 

Ramai yang sudah ada blog sendiri.  Namun ada juga yang tidak tahu bina blog bisnes dan fanpage.  Masih ada yang terkial-kial dan masih belajar.  Alhamdulillah, sudah nampak jalan cuma hendak menemui penghujungnya sahaja.  Di akademi semua ini boleh dipelajari.  Semuanya secara online dan tidak membebankan peserta.  Tanpa meninggalkan anak, suri rumah boleh melakukannya.  Jika ingin serius berblogging, boleh jana pendapatan pasif dan aktif.  Ramai suri rumah yang bermula dengan zero tetapi kini sudah pandai mengendalikan blog dan sudah mendapat hasil dari blog kedai mereka.

Kelas kami ada dua :
1)  Kelas Asas Blog dan Penulisan
2)  Kelas Asas Blog dan Fanpage (bisnes)

Kelas yang kami tawarkan untuk suri rumah yang ingin memulakan bisnes adalah kelas asas blog dan fanpage (mula bisnes).  Apa yang kita belajar dari kelas ini adalah :

1)  Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
 

2)  Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
 

3)  Mahu mula tetapi tidak ada produk.  Kami menyediakan beberapa produk pilihan seperti produk sunnah, buku, pakej ebook dan ruang periklanan.  Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
 

4)  Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta).
 

5)  Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, suri rumah sepenuh masa, suri berkerjaya yang mahu buat secara sambilan.  Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
 

6) Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain.  Juga membina jaringan bisnes secara online.
 

7)  Apa yang kita belajar di dalam kelas ini adalah analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai berdasarkan kepada minat dan pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat fanpage, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
 

8) Untuk mula, kita analisa dahulu.  Pendaftaran adalah setiap hari.

Jika tiada produk kami sediakan seperti :
1)  Produk fizikal, produk sunnah dan buku
2)  Produk digital - ebook
3)  Agen periklanan
4) Produk runcit dan borong - makanan sunnah, telekung dan lain-lain



Ebook 101 Home-Based Bisnes ini sangat menarik isi kandungannya :
Bab 1 : 101 Idea Home Based Bisnes
Bab 2 : Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3 : Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4 : Strategi Pemasaran Online
Bab 5 : Strategi pemasaran Offline
Bab 6 : Operasi Dari Rumah
Bab 7 : Khidmat Pelanggan Online
Bab 8 : Produk digital vs produk fizikal
Bab 9 : Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10 : Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11 : Pengalaman Usahawan Sukses
Hendak belajar bina blog, boleh daftar di Akademi Bekerja Di Rumah. Banyak ilmu baru yang boleh dipelajari dan belajar dari mentor yang betul. 

Untuk ruang periklanan boleh baca terma  iklan di sini.

Untuk yang berminat boleh hubungi saya :

Email : norazizahsudin@gmail.com
Whatsapp / SMS : 0197461502
 

Saturday, 26 October 2013

Tidak Susah Mana Pun


Saya seronok sebab akhirnya jiran sebelah rumah berpindah ke rumahnya.  Sebelum ini jiran saya ini hanya datang sekali sekala sahaja sebab tinggal berhampiran dengan kawasan kampusnya untuk menghabiskan tempoh pembelajarannya.  Katanya lebih dekat.

Anak pun seronok sebab dapat bermain dengan anak-anaknya.  Jika tidak setiap petang saya akan membawanya bermain-main di rumah rakan atau rumah saudara.  Di sana lebih ramai rakan sebayanya.  Minat dia bermain bola.  Jadi setiap hari saya melayan bermain bola dengannya.  Jika tidak bermain bola, bermain kejar-kejar atau lompat-lompat.  Biasalah anak lelaki.  Boleh tahan lasaknya.  Abahnya setiap hari balik lewat malam.  Alhamdulillah, nikmatnya saya dapat seharian bersama anak di rumah.

Walaupun sibuk dengan anak, masa saya bersama pelajar online saya tetap berjalan seperti biasa.  Ramai yang PM saya untuk sertai kelas ini.  Bagi yang berminat dan masih belum mendaftar, pendaftaran dibuka setiap hari.  Jika ada yang masih ragu-ragu, kita buat analisa dahulu.  Dari situ, kita boleh lihat potensi dan minat anda.

Ada yang bertanya susah ke?  Semua benda jika kita kata susah, maka susahlah ia.  Kalau kita kata senang, maka minda akan berkata senang.  Jadi sebenarnya tidak susah mana pun.  Hanya tulis catatan 44 hari dan siapkan tugasan seterusnya.  Semua ini akan dibimbing oleh saya, selaku guru online anda.  Belum cuba belum tahu.  Mana tahu ada bakat terpendam.



Untuk yang berminat boleh hubungi saya :

Email : norazizahsudin@gmail.com
Whatsapp / SMS : 0197461502

Friday, 25 October 2013

Kelas Online Blog Bisnes


Alhamdulillah hari Jumaat.  Esok Sabtu ada jemputan kenduri kahwin di rumah rakan.  

Walaupun begitu, kelas online saya masih berjalan seperti biasa.  Tiada istilah cuti dan yuran adalah berpatutan.  

Kelas yang kami kendalikan :
1)  100% secara online.
2)  Masa adalah fleksibel (mengikut kesesuaian peserta).
3) Peserta akan dimasukkan ke dalam grup khas untuk berkomunikasi dengan guru online.
4) Peserta akan dibimbing sepenuhnya oleh guru online sehingga berjaya mempunyai blog atau fanpage sendiri.

Kenapa kena sertai kelas online ini :
1) Kelas fleksibel - peserta kebanyakkan terdiri daripada mereka yang sibuk bekerja dan suri rumah. Usar gusar kerana kelas semuanya 100% online.  Fleksibel dan boleh bermula pada bila-bila masa.  Ada 10 langkah mudah untuk kelas online penulisan dan 16 langkah mudah untuk bina kedai online.
 
2)  Kumpulan sokongan - setelah selesai semua tugasan yang diberikan, akan diserap masuk ke group akademi bekerja di rumah.  Di grup akademi ini, boleh membina jaringan, boleh cari peluang baru dan membina persahabatan.
 
3)  Sangat sesuai untuk mereka yang baru hendak bermula. Tidak tahu urusniaga asas, tidak tahu membuat borang tempahan, tidak tahu hendak bermula dari mana dan tidak ada produk.
 
4) Belajar membina kelompok sasaran untuk produk dan perkhidmatan yang bakal ditawarkan.  Blog dan fanpage adalah langkah paling asas dan mudah untuk belajar jualan online.  Sangat sesuai bagi yang sibuk dan pemalu.
 
5)  Trek pemula bagi yang mahu memulakan bisnes secara sambilan atau sepenuh masa.  Khusus persediaan bagi mereka yang tidak ada apa-apa asas. Zero.

Di samping sebab-sebab di atas, membina blog juga dapat menjana pendapatan pasif dan aktif.  Hanya bekerja dari rumah dan tanpa meninggalkan anak atau mengambil cuti untuk suri berkerjaya.  Kelas saya ini terbuka untuk semua golongan, tanpa mengira usia, lelaki atau perempuan dan yang masih bekerja atau suri rumah. 

Modal?  Yuran berpatutan.  Produk?  Jika tiada produk kami sediakan.  Jika tidak minat bisnes?  Boleh sertai kelas asas blog dan penulisan.  Kelas ini akan diajar cara penulisan dan tatabahasa yang betul.  Blog bisnes juga akan diajar silibus yang sama.  

Jadi tunggu apa lagi?  Tahun 2014 berbaki hanya 2 bulan lagi.  Jika anda ingin mempunyai bisnes sendiri atau blog sendiri, boleh hubungi saya untuk info selanjutnya.  Jika anda ingin duduk di rumah sambil menjana pendapatan tanpa keluar rumah, lagi bagus. 

 




Hendak belajar bina blog, boleh daftar di Akademi Bekerja Di Rumah. Banyak ilmu baru yang boleh dipelajari dan belajar dari mentor yang betul. 

Untuk ruang periklanan boleh baca terma  iklan di sini.

Untuk yang berminat boleh hubungi saya :

Email : norazizahsudin@gmail.com
Whatsapp / SMS : 0197461502

Thursday, 24 October 2013

Buat Duit Di Internet


Banyak cara boleh buat duit di internet.  Untuk yang baru bermula atau newbies, boleh cuba cara di bawah ini dan agak mudah untuk memulakan. 

1)  Ejen Affiliate
Affiliate adalah program jana wang tanpa modal.  Affiliate adalah satu sistem yang disediakan oleh pengendali / owner sesuatu web bagi tujuan promosi.  Untuk menggunakan rangkaian affiliate, anda hanya perlu mendaftar.  Setelah mendaftar dan diterima masuk, anda boleh menggunakan ciri-ciri carian rangkaian untuk mencari tawaran affiliate yang sesuai untuk laman web anda.  Sesetengah syarikat akan meluluskan permohonan anda dengan segera, manakala yang lain perlu mengkaji semula blog anda terlebih dahulu. Walaubagimanapun, secara keseluruhan prosesnya adalah sangat mudah.

Setelah diluluskan untuk program affiliate, anda boleh mendapatkan kod link khas yang anda akan gunakan untuk menghubungkan kepada produk affiliate atau program. Dalam kebanyakan kes, kod pautan untuk kedua-dua banner dan link teks boleh didapati.  Kod link khas ini perlu digunakan supaya anda mendapat bayaran untuk pembelian jika ia dibuat.

Anda akan dibekalkan dengan banner-banner promosi, ayat-ayat promosi dan juga link affiliate iaitu link yang akan anda gunakan semasa promosi nanti. Biasanya komisyen yang diberikan adalah 30 - 50 % dari jualan yang berjaya anda lakukan.  Ada jualan adalah komisyennya. 

2)  Blog 
Apakah minat anda?  Jika anda kerap dan suka menulis, lebih baik tulis topik yang anda suka dan pakar mengenainya.  Sebagai contoh, jika anda pakar dalam bidang fotografi, tulis tentang semua yang berkaitan tentang fotografi.  Tidak guna memilih topik yang anda tidak suka dan perlu menghabiskan 1-3 jam sehari menulis artikel berkaitan topik tersebut.  Bukan sahaja anda akan membencinya, malah begitu juga dengan pembaca anda. Mereka akan mengambil kesimpulan bahawa anda tidak tahu dan hanya sekadar menulis untuk memenuhkan blog. 

3)  Ebook  
Dengan ebook juga seseorang boleh menjana pendapatan sehingga RM10,00 sebulan.  Apabila ada blog, anda menyediakan pembaca dengan maklumat secara percuma. Salah satu cara untuk mengembangkan maklumat yang anda berikan dan menjana duit adalah dengan menulis e-book dan menjualnya di blog anda.

Sebaik-baiknya, ebook anda berhubung kait dengan kandungan di blog dan kembangkan ia dalam beberapa cara. Sebagai contoh, jika anda mempunyai blog mengenai masakan, ebook anda boleh menjadi buku masakan yang ringkas mengenai resipi.
 
Anda hanya mendapat wang apabila orang membeli sesuatu dari laman web dan jumlah yang anda dapat berbeza berdasarkan berapa ramai orang membeli melalui link yang telah tersedia.


4)  Clickbank
Di Clickbank, pendaftaran Affiliate adalah percuma dan sangat mudah untuk bermula.  Komisen yang ditawarkan adalah tinggi sehingga boleh mencecah 75% bagi setiap jualan.  Clickbank membayar anda dalam matawang US Dollar.  

Saya telah buat 1, 2 dan 3.  Anda bagaimana?  

Kami ada :
1)  Kelas Asas Blog dan Penulisan
2)  Kelas Asas Blog dan Bisnes (fanpage)

Untuk yang minat menulis, boleh jadikan blog sebagai travelog kehidupan di samping menjana pendapatan.  Untuk yang minat bisnes, boleh sertai kelas asas blog dan bisnes. Ramai yang bermula dengan zero tetapi berakhir dengan berakhir dengan pendapatan lumayan hanya dengan blog. 

Hendak belajar bina blog, boleh daftar di Akademi Bekerja Di Rumah. Banyak ilmu baru yang boleh dipelajari dan belajar dari mentor yang betul. 

Untuk ruang periklanan boleh baca terma  iklan di sini.

Untuk yang berminat boleh hubungi saya :

Email : norazizahsudin@gmail.com
Whatsapp / SMS : 0197461502







Wednesday, 23 October 2013

Saya Suka Bisnes Saya


Kita perlu suka dengan apa yang kita buat.  Kalau tidak suka, bagaimana kita hendak berjaya?  Bagaimana kita hendak capai apa yang kita mahu, betul tidak?  Cuma lambat atau cepat.  Hendak cepat perlulah berusaha lebih sedikit dan buat dengan serius.  Perlu kayuh dengan laju.  Fokus, konsisten dan istiqamah.

Saya suka dengan apa yang saya buat sekarang.  Saya suka berbisnes.  Sejak dahulu saya memang telah mula berbisnes secara sambilan sebab masih bekerja.  Saya pernah menjual kain ela, tudung, kerepek dan kuih raya.  Saya juga melibatkan diri dalam MLM seperti Zhulian, Avon, Amway dan yang terbaru Shaklee.  Alhamdulillah, Shaklee masih bertahan.  Saya rajin pergi seminar, konvensyen dan selalu balik lewat malam kerana berjumpa pelanggan.  Ketika itu saya masih bujang dan tidak menjadi masalah.  MLM terbaru yang saya ceburi adalah Shaklee dan semuanya secara online.  Ada grup khas di FB dan untuk pesanan pun sekarang semuanya secara online.  Sekali sekala saya akan menghadiri bengkel yang dianjurkan oleh Shaklee atau upline saya.  Memang mudah dan menyeronokkan.

Saya juga ada membuat affiliate, dropship dan mengajar blog untuk bisnes.  Sejak masuk kelas di Akademi Bekerja Di Rumah, banyak yang saya belajar.  Saya sayang dan suka bisnes saya.  Kalau kita sayang dan suka bisnes kita, maka mudah untuk kita faham, tahu dan mahu capai apa yang kita hendak.  Tulis matlamat kita.  Jangan tulis di minda tetapi realisasikan di kertas.  Kita yang menentukan berapa RM yang kita hendak sebulan, apa yang kita hendak beli, apa yang kita hendak makan, siapa yang hendak kita beri  dan lain-lain kemahuan dan kehendak kita.  Orang lain tidak boleh paksa kita.  Orang lain tidak boleh mengubah nasib kita melainkan diri kita sendiri.  Jika kita hendak 3K sebulan walaupun hanya sekadar duduk di rumah, maka buatlah yang sepatutnya dengan bisnes kita.  Jika tidak tahu, boleh belajar dari yang pakar.  Jangan malu.  Bagaimana hendak berjaya kalau ada perasaan malu? 

Sekarang ini FB telah menjadi mesin ATM kepada semua orang.  Masing-masing berlumba untuk 'mencetak' duit di FB.  Jadi, cari maklumat dan belajar.  Banyak bengkel atau seminar tentang pemasaran internet.  Jangan malu atau malas untuk belajar.  Untuk berjaya di dalam bisnes internet, tidaklah semudah yang disangka.  Untuk mencapai tahap jutawan internet, perlu kuat semangat dan cekal.  Tiada istilah mudah untuk berjaya.

Berbalik kepada saya, saya masih juga dalam proses belajar tentang pemasaran internet.  Banyak yang perlu saya pelajari untuk menjadi usahawan internet yang berjaya.  Saya ada perancangan tersendiri menjelang tahun 2014.  Semoga dipermudahkanNya.  Sudah ada asas dan cuma hendak memantapkannya sahaja.

Jadi jika anda suri rumah atau suri berkerjaya yang inginkan perubahan dalam hidup, samada untuk diri sendiri atau membantu keluarga, boleh mendaftar bersama saya.  Kelas kami menerima pendaftaran setiap hari. 

Kami ada :
1)  Kelas Asas Blog dan Penulisan - belajar menulis blog yang disukai pembaca dan berpengaruh.
2)  Kelas Asas Blog dan Fanpage - khusus untuk suri rumah yang mahu belajar dan tiada pengalaman langsung. 

Jika tiada produk kami sediakan seperti :
1)  Produk fizikal, produk sunnah dan buku
2)  Produk digital - ebook
3)  Agen periklanan
4) Produk runcit dan borong - makanan sunnah, telekung dan lain-lain

Untuk yang berminat boleh hubungi saya :

Email : norazizahsudin@gmail.com
Whatsapp / SMS : 0197461502
 

Tuesday, 22 October 2013

Untuk Bermula Perlu Belajar


Untuk bermula perlu belajar.  Tidak kira memulakan apa sahaja pekerjaan atau sesuatu benda yang baru.  Cari mentor yang betul.  Kita boleh belajar dari internet, buku dan pelbagai media sosial / elektronik.  Banyak sumber yang boleh dijadikan rujukan.  Tiada istilah hendak cepat kaya atau cepat pandai kalau mahu berjaya, melainkan kita memang berasal dari keluarga yang memang sudah kaya.

Untuk belajar bisnes juga begitu.  Cari mentor, rakan, maklumat atau apa sahaja yang berkaitan dengan bisnes yang kita hendak mulakan.  Bagaimana hendak bermula, apa yang hendak dijual, siapa sasaran pasaran kita, di mana hendak kita pasarkan, bagaimana hendak pasarkan dan lain-lain yang berkaitan.  Orang yang sudah lama terlibat di dalam bisnes pun bermula dari sini.  Tidak semua bisnes terus jadi besar.  Tidak semua bisnes untung.  Ada yang bermula dari bawah.

Akademi Bekerja Dari Rumah juga bermula dari bawah.  Dari kecil bilangan pelajar telah berkembang menjadi besar.  Kini telah mempunyai lebih daripada 100 peserta.  Ada yang telah menjadi guru online, berjaya menghasilkan ebook sendiri, menjadi kolumnis jemputan di majalah dan menjadi tetamu di media elektronik.  Ramai juga yang telah mempunyai blog dan berjaya mendapatkan hasil dari blog.  Untuk yang belum berjaya kena gandakan usaha agar lebih fokus dan konsisten.  Untuk berjaya tiada istilah putus asa dan cepat mengalah.

Semua yang kita inginkan telah tersedia, cuma antara sikap rajin dan malas sahaja.  Untuk yang ingin belajar kelas online bersama saya, perlu ada laptop dan ada akses internet.  Ingin ada bisnes sendiri tetapi tiada modal?  Usah gusar sebab saya ada produk.  Boleh buat dropship dahulu sebagai permulaan.  Tidak tahu apa itu dropship?  Boleh rujuk di sini.  

Hendak pasarkan produk secara online perlu ada blog.  Jika secara offline pun boleh juga.   Nak belajar bina blog, saya boleh ajar.  Masuk kelas asas blog dan fanpage.  Untuk yang minat nak kongsi tentang minat, kepakaran atau memang suka bercerita, boleh sertai kelas asas blog dan penulisan.  Seronok berblogging ni.  Kisah kehidupan kita boleh dijadikan sebagai travelog kehidupan dan boleh juga jana pendapatan.  Banyak cara untuk berblogging dan jana pendapatan.  Boleh sertai affiliate, dropship, jual ebook, jual produk fizikal dan bermacam-macam lagi.  Yang penting minat dan niat kita untuk membantu keluarga.  Ada yang telah berjaya dengan bisnes online.  Malah ada yang sudah menjadi jutawan seperti Dr Irfan Khairi, Ammar Zahar, Peng Joon dan ramai lagi.  Nak tahu lebih pasal jutawan internet ini, minta pertolongan En. Google dan bacalah kisah mereka sebagai panduan.

Kami ada promosi bulan Oktober ini.  Apa kata saya bagi anda hadiah PERCUMA?  Saya buat 'contest'.  Mudah sahaja.  Untuk dapatkan ebook percuma ini, anda perlu buat ulasan tentang salah satu dari ebook yang telah anda beli.  Setelah promosi tamat, ebook ini akan dijual dengan harga RM30.00.  Mudah bukan?




Hendak belajar bina blog, boleh daftar di Akademi Bekerja Di Rumah. Banyak ilmu baru yang boleh dipelajari dan belajar dari mentor yang betul. 

Untuk ruang periklanan boleh baca terma  iklan di sini.

Hendak mendapatkan produk kesihatan, boleh tengok blog saya http://cikjijahgojes.blogspot.com/

Untuk yang berminat boleh hubungi saya :

Email : norazizahsudin@gmail.com
Whatsapp / SMS : 0197461502


Monday, 21 October 2013

Promosi Percuma Ebook


Ramai suri berkerjaya menanam hasrat ingin bekerja dari rumah.  Suri rumah pula ingin mempunyai bisnes sendiri di rumah membantu keluarga menambah pendapatan.  Ada yang ingin belajar buat blog dan fanpage.  Ada yang telah ada blog, tetapi tidak dikemaskini sebab kesuntukan masa.  Blog tidak cantik dan pengunjung kurang.  Fanpage pula kurang menarik.  

Kami ada kelas untuk yang berminat hendak belajar :
1) Kelas Asas Blog dan Penulisan
2) Kelas Asas Blog dan Fanpage

Ramai yang telah mahir membuat blog dan fanpage setelah mengikuti kelas ini.  Malah ada yang telah mendapat perhatian dari media sosial dan media elektronik untuk muncul di TV sebagai tetamu jemputan dan penulis tetap setiap bulan.  Tiada yang mustahil jika ingin berjaya dan tahu apa yang kita mahukan.  

Bulan Oktober ini ada promosi dan anda akan dapat ebook PERCUMA.  Ebook yang akan anda dapat ialah :

1)  Belajar Asas Blog : mengandungi panduan bagaimana membina sebuah blog yang berpengaruh dan menarik perhatian orang untuk menjadi pembaca tetap blog kita.  Diajar juga tentang tatabahasa yang betul dan tips-tips berguna untuk membina blog dan fanpage yang menarik.

2)  Panduan Mula Bisnes Butik Online / Offline :  untuk yang ingin mempunyai butik sendiri memang digalakkan mendapatkan ebook ini sebagai panduan.  Banyak informasi dan membantu mereka tentang tips-tips untuk membuka bisnes butik secara online atau offline.

3)  101 Idea Home-Based Bisnes : sangat penting sebagai bacaan awal sebelum mengambil keputusan berhenti kerja.  Memberi idea tentang bisnes apa yang boleh dibuat dan bagaimana hendak bermula.




Antara kandungan ebook ini adalah :

Bab 1  :  101 Idea Home Based Bisnes
Bab 2  :  Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3  :  Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4  :  Strategi Pemasaran Online
Bab 5  :  Strategi Pemasaran Offline
Bab 6  :  Operasi Dari Rumah
Bab 7  :  Khidmat Pelanggan Online
Bab 8  :  Produk digital vs produk fizikal
Bab 9  :  Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10  :  Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11  :  Pengalaman Usahawan Sukses


Ketiga-tiga ebook ini hanya berharga RM100.  Tawaran ini sah sehingga 30hb Oktober ini sahaja.


Di samping belajar buat blog dan fanpage, kami juga ada menyediakan ruang periklanan untuk yang ingin mengiklankan bisnes online / offline mereka dengan bajet yang berpatutan.  Terma  iklan boleh baca di sini.

Untuk lebih memahami dan lebih detail tentang kelas ini, anda boleh lihat Akademi Bekerja Di Rumah.  

Untuk yang berminat mendapatkan ebook dan belajar kelas di atas boleh hubungi saya :

Email : norazizahsudin@gmail.com
Whatsapp / SMS : 0197461502


Sunday, 20 October 2013

Jangan Malu, Serlahkan Potensi Diri


Selesai solat subuh, saya terus menyiapkan urusan rumahtangga.  Hari minggu adalah hari keluarga untuk saya.  Setiap hari minggu, suami perlu bekerja.  Jadi, hanya saya dan anak akan menghabiskan masa bersama minggu ini.  Kami akan ke Tasik Layang-Layang sambil melayan dia bermain bola.  Setelah seharian di sana, kami akan singgah untuk bersarapan bersama.  Seronok kerana setiap hari dan saat masa kami dihabiskan bersama.

Saya berjumpa ramai kawan baru di sana.  Sambil melayan anak, saya berborak-borak dengan ibu-ibu samada surirumah atau suri bekerjaya.  Hari minggu adalah hari keluarga juga untuk mereka.  Semua meluahkan rasa yang sama, jika boleh ingin bekerja dari rumah dan tidak payah bersesak setiap pagi mengharungi trafik jam dan menghantar anak ke taska.  Tetapi itulah kenyataan hidup.  Mereka perlu bekerja untuk membantu pendapatan keluarga.  Saya pernah mengalami semua ini.  Alhamdulillah, saya sekarang seronok dan teruja untuk menanti hari esok bersama anak.  Setiap hari ada sahaja benda baru yang kami buat bersama.  

Saya memberi mereka pandangan dan penyelesaian, membantu sekadar yang mampu.  Ramai surirumah yang mempunyai kemahiran seperti mengurut, menjahit, membuat kuih, memasak, menjahit manik dan mengambil upah menaip dan terjemahan.  Surirumah yang saya temui ini semuanya mempunyai kemahiran yang tersendiri dan profesional.  Tidak lagi seperti surirumah zaman ibu kita dahulu.  Masing-masing mempunyai 'kerjaya' sendiri di rumah, cuma ada yang tidak pandai menggunakan internet apatah lagi mempunyai fanpage dan blog. 

Saya percaya ramai surirumah di luar sana yang ingin mempunyai bisnes dan kedai sendiri.  Jenama sendiri, citarasa sendiri dan blog untuk mempromosikan produk mereka.  Untuk yang minat menulis, boleh menulis tentang kehidupan bersama keluarga, catatan harian dan jadikan sebagai travelog kehidupan mereka.  Serlahkan potensi yang ada di dalam diri masing-masing.  Jika tidak pandai, boleh belajar dari kami.  Kami ajar asas blog yang masing-masing zero di dalam pembinaan blog seperti saya dahulu.  Alah bisa tegal biasa.  Tidak cuba tidak tahu.  Malu bertanya sesat jalan.  

Bulan Oktober ini kami ada promosi.  Kelas kami ada dua, iaitu :
1)  Kelas asas blog dan penulisan
2)  Kelas asas blog dan bisnes (fanpage)




Untuk dapatkan EBOOK PERCUMA ini,  anda hanya perlu daftar kelas online asas membina blog fanpage bisnesTahun 2014 bakal tiba dua bulan lagi.  Untuk yang masih tercari-cari hendak bisnes apa, boleh ambil idea dari ebook 101 Idea Home-Based Bisnes. 

Kandungan ebook ini seperti berikut :

Bab 1  :  101 Idea Home Based Bisnes
Bab 2  :  Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3  :  Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4  :  Strategi Pemasaran Online
Bab 5  :  Strategi Pemasaran Offline
Bab 6  :  Operasi Dari Rumah
Bab 7  :  Khidmat Pelanggan Online
Bab 8  :  Produk digital vs produk fizikal
Bab 9  :  Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10  :  Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11  :  Pengalaman Usahawan Sukses