Saturday, 30 November 2013

Tips Bisnes Online (Tips 2)


Saya ingin bersambung tips 2 tentang bisnes online.

1)  Apabila anda bekerja di rumah, anda memerlukan pejabat.  Ia tidak semestinya perlu menjadi pejabat yang besar, tetapi ia perlu selesa dan teratur.

Memulakan bisnes internet boleh menyeronokkan tetapi perlu kerja keras.  Anda perlu mencari niche yang sesuai dengan bisnes yang anda akan lakukan.  Lakukan banyak penyelidikan sebelum anda memutuskan apa jenis perniagaan yang anda ingin mulakan.  Jika boleh cuba bertanya dengan beberapa IM (internet marketer) yang telah berjaya atau lain-lain usahawan yang telah mempunyai bisnes online.

2)  Jangan berhenti kerja apabila anda hendak memulakan bisnes dari rumah.  Lebih bagus mempunyai sumber pendapatan yang lain sementara menunggu masa untuk  bisnes baru anda membesar dan berkembang.


Untuk bergelar WAHM bukan satu perkara yang mudah. Ramai yang mahu mengambil keputusan nekad berhenti bekerja tanpa merancang dengan betul.  Sebelum berhenti, rancanglah kewangan untuk 3 tahun pertama sebagai persediaan, juga 3 tahun persediaan kewangan selepas berhenti (3t 3s).

Berapa sasaran yang kita mahu pada 3 tahun persediaan awal. Contohnya jika mahu RM3k bersih pendapatan, kita perlu usahakannya dalam 3 tahun percubaan sebelum berhenti kerja. Inilah yang perlu kita lakukan secara sambilan dahulu. Jika tidak pasti akan mengalami masalah tekanan 3 kali ganda mental dan fizikal.

Dan juga 3 tahun persediaan kewangan selepas berhenti, kerana 3 tahun pertama inilah yang betul-betul kritikal. Jika kita tiada persediaan pasti mudah patah semangat. 

Banyak lagi tips boleh didapati di dalam ebook 101 Idea Home Based Bisnes.  Bagaimana mahu merancang dan sasar matlamat, persediaan yang perlu dilakukan sebelum berhenti dan selepas berhenti.  Jangan main terjah saja tanpa persediaan.




3)  Mulakan dahulu dengan blog.  Setiap bisnes kecil-kecilan perlu ada blog untuk bermula.  Mulakan dengan percuma baru beralih kepada berbayar.

Untuk lebih faham tentang blog, boleh dapatkan ebook asas blog.  Jika ingin mempunyai blog sendiri, boleh sertai kami dengan mendaftar kelas asas blog dan penulisan atau kelas asas blog dan fanpage mula bisnes.








4)  Jual produk orang lain dahulu.  Kemudian baru beralih kepada produk sendiri atau borong. 

Untuk lebih jimat, boleh mengambil pakej 3 dan akan dapat 4 bonus ebook yang sesuai untuk suri rumah atau suri berkerjaya mendapatkan momentum sebelum terjun ke dunia WAHM.
 



Hubungi saya untuk pendaftaran kelas :

SMS/Whatsapp : 019-7461502
jadi rakan saya di facebook : https://www.facebook.com/norazizah.sudin

Untuk beli ebook/buku/CD Quran :

Mencari tepung kek segera untuk memudahkan suri rumah membuat aneka jenis kek :

Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory :




 




 

Friday, 29 November 2013

Pat Pat Pat, Siapa Cepat Dia Dapat


Assalamualaikum dan selamat pagi.  Salam Jumaat.  Jumaat yang penuh barakah hari ini.  Saya suka, seronok dan sentiasa hargai setiap perkara yang berlaku dan diberikan kepada saya olehNya.  Terima kasih Ya Allah.



Pagi ini saya hendak buat promosi.  Kelas asas blog dan bisnes, kelas asas blog dan penulisan masih berlangsung setiap hari.  Kelas baru, iaitu kelas penulisan kreatif juga masih berlangsung.   Untuk yang mendaftar kelas asas blog bisnes dan kelas asas blog penulisan ada BONUS ebook 101 Home Based Bisnes.  Banyak tips dan panduan untuk suri rumah dan suri berkerjaya yang masih tercari-cari dan terfikir-fikir hendak buat bisnes apa.






Bab-bab yang terdapat di dalam ebook ini :
 
Bab 1 : 101 Idea Home-Based Bisnes
Bab 2 : Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3 : Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4 : Strategi Pemasaran Online
Bab 5 : Strategi Pemasaran Offline
Bab 6 : Operasi Dari Rumah
Bab 7 : Khidmat pelanggan Online
Bab 8 : Produk Digital vs Produk Fizikal
Bab 9 : Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10 : Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11 : Pengalaman Usahawan Sukses

Selepas November, ebook ini dinaikkan ke RM50, harga asal.  Promosi sehingga 30hb ini, iaitu esok cuma RM30 sahaja.

Untuk pakej yuran ebook ini pula, boleh daftar untuk Pakej 3.  Banyak ebook yang anda akan dapat.  Lagi jimat sebab ada ebook butik, Super WAHM dan Super MOM serta belajar asas blog tu memang ada untuk semua pakej.  Ebook asas blog ini perlu dikhatamkan sebelum mula kelas.  Bukan untuk pelajar sahaja, guru online seperti saya pun mesti khatam.

Nak mengajar perlulah ada ilmu.  Kena tahu asas, jika tidak bagaimana hendak ajar pelajar, betul tidak?  Nanti kalau pelajar tanya macam-macam, bagaimana hendak jawab. 




Hubungi saya untuk pendaftaran kelas :
SMS/Whatsapp : 019-7461502
jadi rakan saya di facebook : https://www.facebook.com/norazizah.sudin




Thursday, 28 November 2013

Wow! Cantik dan Menarik


Bismillah.  Alhamdulilah, akhirnya logo rasmi akademi telah dihasilkan oleh salah seorang rakan kami di akademi.  Secara rasminya, ia telah dilancarkan semalam.

Secara rasminya juga saya telah bergelar seorang WAHM / SAHM selama 7 bulan.  Dalam tempoh ini, banyak yang saya pelajari bersama rakan-rakan akademi dan juga dari rakan FB.  Ada yang suka, ada yang mencemuh, ada yang senyum sinis, ada yang sama-sama berkongsi kegembiraan dan lain-lain emosi.  Bagi saya, saya suka, saya seronok, saya teruja, saya sentiasa menunggu hari esok dan pelbagai perasaan bercampur baur.  Untuk yang mencemuh, senyum sinis disebabkan tidak yakin dengan keputusan yang dibuat dan tidak menyokong keputusan saya untuk berhenti kerja dan duduk di rumah.  Duduk di rumah sambil menjaga anak, tiada kehidupan luar kata orang.  Biarlah orang hendak kata apa.  Yang penting saya suka dan saya bersyukur dengan keputusan yang saya buat.  Yang lebih penting saya mendapat restu suami.

Alhamdulillah, sedikit demi sedikit rezeki yang telah ALLAH berikan.  Sedikit atau banyak saya wajib bersyukur.  Sedikit lama-lama jadi bukit.  Yang penting berkat.

Nampak menarik dan professional logo kami.  Cantik bukan?





Alhamdulillah, saya telah ditemukan dengan akademi ini, oleh rakan FB saya Anys Idayu.  Banyak yang saya belajar dan berkongsi ilmu dengan rakan-rakan akademi.  Suri rumah sekarang bukan seperti suri rumah semasa zaman ibu kita dahulu.  Hanya duduk di rumah menjaga anak.  Suri rumah zaman sekarang semuanya suri rumah celik IT dan profesional.

Saya pasti ramai suri rumah di luar yang masih mencari idea dan ingin duduk dirumah menjaga anak, tetapi takut atau belum yakin disebabkan masalah ekonomi di samping untuk membantu keluarga.  Harga barang semakin naik dan banyak benda yang perlu dibayar.  Tidak semua suri rumah yang menjadi suri rumah disebabkan berkahwin dengan orang kaya sebagaimana menurut kata salah seorang menteri di dalam surat khabar 2 minggu lepas.

Untuk yang ingin menjadi WAHM, cari ilmu, belajar ilmu bisnes internet dan buat secara sambilan dahulu.  Jangan tergesa-gesa membuat keputusan.  Minta petunjuk dari Allah dan juga mendapat redha suami.

Saya memandang tinggi kepada yang masih berkerjaya dan masih boleh membahagikan masa dengan kerja, bersama anak dan keluarga.  Anda memang hebat. 

Berbalik kepada cerita saya semasa mula-mula daftar kelas blog yang diasaskan oleh Pn. Masayu Ahmad, peserta tidak ramai.  Cuma ada 10 orang sahaja.  Tidak semua yang menghabiskan tugasan yang diberikan.  Mungkin masing-masing ada masalah samada tuntutan kerja atau tanggungjawab keluarga.  Saya sendiri menghabiskan masa dengan tugasan yang diberikan selama lebih kurang 2 bulan.  Tetapi setelah melihat ramai rakan-rakan akademi telah berjaya dengan tugasan mereka dan ada yang dinaikkan pangkat menjadi guru online, saya terus nekad untuk menghabiskan apa yang telah saya mulakan.  Berjaya juga akhirnya.  Banyak yang saya belajar seperti gaya penulisan, tatabahasa, ilmu bisnes, ilmu penulisan dan lain-lain perkongsian dari rakan akademi lain. 

Tidak bermakna saya duduk di rumah, saya boleh mengambil jalan mudah, iaitu sambil lewa.  Bagi saya, tugasan tetap sama.  Bangun pagi, buat kerja rumah, memasak, membasuh baju, mengemas rumah dan lain-lain.  Cuma tambahannya adalah menyambung tugas di meja SOHO saya dan banyak kerja menanti seperti pesanan pelanggan, mengemaskini blog, menjawab PM pelanggan, mengemaskini fanpage, menyemak tugasan pelajar, mempromosi bisnes dan lain-lain.  Hendak bisnes dari rumah jadi perlulah berkorban masa dan tenaga.  Kerja pula bukan dari 8 pagi hingga 5 petang, tetapi sehingga lewat malam atau lewat pagi. 

Untuk yang bercita-cita ingin menjadi seperti saya, semoga anda berjaya dan dipermudahkanNya. 

Ramai juga yang PM bertanyakan bagaimana nak sertai Akademi Bekerja Di Rumah.

Untuk sertai akademi, perlu mendaftar di salah satu kelas yang ditawarkan oleh akademi, iaitu : 

1)  Kelas online asas bina blog penulisan - untuk membina blog berpengaruh, blog yang disukai pembaca, belajar menulis blog dengan betul yang dapat menarik traffik ke blog.

2)  Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online. Tidak tahu cara untuk mula bisnes.  Belajar urusniaga mudah dengan menggunakan medium percuma blog, facebook dan juga fanpage.  Belajar menjana pendapatan bermula RM5, RM10, RM50 dan seterusnya (tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta).  Bagi yang tidak ada produk kami sediakan produk untuk dropship.

3)  Kelas beriklan di Mudah.my - Mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma.   Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4)  Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen.  Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel.  Bila sudah pandai menulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

Untuk yang mendaftar akan diberikan ebook seperti berikut:










Hubungi saya untuk pendaftaran kelas :

SMS/Whatsapp : 019-7461502
jadi rakan saya di facebook : https://www.facebook.com/norazizah.sudin

Untuk beli ebook/buku/CD Quran :

Mencari tepung kek segera untuk memudahkan suri rumah membuat aneka jenis kek :

Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory :


Wednesday, 27 November 2013

Penulisan Kreatif


Bermula Disember, akademi melangkah setapak lagi dengan mengadakan kelas baru, iaitu Kelas Penulisan Kreatif.  Kelas ini akan dibimbing oleh 2 orang pakar dalam penulisan cerpen dan novel.  Amat beruntung untuk anda yang mendaftar kelas ini.  Yurannya pun amat berpatutan.

Secara kebetulan saya juga akan mengikuti kelas ini di bawah anjuran HEARTS.  Saya pernah menulis tentang ini di artikel terdahulu.  Boleh baca di sini.

Pada mulanya saya telah memilih kursus terjemahan.  Tetapi memandangkan kursus tersebut selama 10 hari dan agak lama untuk saya meninggalkan anak saya di bawah jagaaan orang lain, jadi saya telah meminta kebenaran dengan HRDF untuk menukar kursus.  Alhamdulillah, permohonan saya diterima dan sedang menanti panggilan daripada pihak HRDF.  Saya telah menukar ke kursus Penulisan Kreatif sebab agak menarik silibusnya.  Mana tahu, saya juga ada bakat untuk menulis cerpen. 

Untuk yang berminat mengambil kelas ini, ambillah peluang dan mana tahu, anda juga ada bakat terpendam.

Mari kita tengok apa yang diajar dalam modul kelas Penulisan Kreatif ini. 
1)  Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?

Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran.  Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif.
Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung.  Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.
Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat dan perkataan.
Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.

2)  Saya mahu tulis novel bukan cerpen.  Adakah kelas ini sesuai untuk saya?

Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih.  Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit.  Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama.  Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.

3)  Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?

Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali.  Terpulang kepada pelajar.  Tiada waktu yang spesifik.  Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB.  Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen).  Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.
4)  Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?

Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.
5)  Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?
Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab), boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. 
Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas.  Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan.
Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online.
Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel dan 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Takdir sebagai bonus.  
 
 
 
E-book 101 Tip Penulisan Novel ditulis oleh Mazlia Murat dan Kompilasi Cerpen Rautan ditulis oleh Monalita Mansor. Cerpen 'Rautan Takdir' itu sendiri dah tersiar di majalah Seri Dewi dan Keluarga bulan Oktober.
 


Bagi yang mahu belajar menulis cerpen dengan teknik yang betul, boleh sertai kami di kelas penulisan kreatif.  Mahu turut serta kelas ini dengan promosi November yang sedang berlangsung, boleh hubungi saya :
Email : norazizahsudin@gmail.com
Juga masih berlangsung pengambilan protege untuk kelas asas blog penulisan dan kelas asas blog fanpage mula bisnes.  Daftar kelas ini dengan promosi November. Hubungi saya untuk pendaftaran.