Wednesday, 31 December 2014

Bantuan Banjir Pantai Timur

Teks : Norazizah Sudin

Alhamdulillah, tahun 2014 bakal meninggalkan kita.  Tahun 2015 akan menjelma tepat jam 12 tengah malam ini.

Cuaca di Pasir Gudang, Johor cerah.  Hanya hujan sekejap-kejap di awal pagi dan lewat petang.  Malaysia diuji lagi sekali dengan tragedi Air Asia QZ8501 pula.  Telah disahkan terhempas di Selat Karimata.  Malaysia juga diuji dengan bencana banjir.  Yang paling terkesan adalah di Kelantan.  

Semoga yang ditimpa musibah ini harap bersabar dan diberi ketenangan dalam menghadapi ujian ini.



Sebagai usaha membantu mangsa banjir ini, kami di Akademi Bekerja di Rumah akan membuat kutipan derma bagi meringankan beban mangsa-mangsa ini.


Mohon jasa baik rakan-rakan semua untuk sama-sama menyumbang bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur.



Kutipan sedang dijalankan bagi  menyediakan kelengkapan berikut :

Tikar, selimut, telekung solat, tuala.

Bagi yang mahu menderma, boleh hubungi rakan ABDR untuk keterangan lanjut atau wassap ke 013-3837768.  Untuk yang ingin bank in boleh terus ke Maybank 562478147639, emel noraisah.hussein@gmail.com


Terima kasih di atas jasa baik semua.




Tuesday, 16 December 2014

Contoh Menulis Pengenalan Diri Di Blog

Blog pilihan hari ini, contoh entri pengenalan yang sangat baik.
TENTANG PENULIS

Teks: Faridah Yusof
Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Assalamu'alaikum wbt..

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT. Izinkan saya memperkenalkan diri. Nama saya Faridah Binti Yusof. Anak sulung dari 8 adik beradik (7 perempuan dan seorang lelaki). Berumur 35 tahun dan saat ini sudah mempunyai 2 orang cahaya mata serta sedang sarat dengan kandungan yang ke-4. Saya mula memegang jawatan pengurus rumah sepenuh masa dan bekerja dari rumah sejak April 2011 setelah saya meletakkan jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru Bahasa Inggeris).

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kepadaNya di atas peluang belajar dari saya kecil hingga dewasa. Bermula dari pendidikan awal dari rumah oleh ibu dan abah. Ketika berumur 6 tahun mula bersekolah di Kindergarten Treacher Methodist, Taiping. Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Convent Klian Pau, Taiping sehingga darjah 3, seterusnya Sekolah Kebangsaan Chenderah, Jasin, Melaka. Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah Melaka dari tingkatan 1-5 dan kemudian menyambung Foundation New Zealand (Accounting) di Emile Wolf College, Kelana Jaya. Seterusnya menyambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dan Pengurusan (Perakaunan) Lincoln University di UNITEN di bawah program tajaan MARA.

Setelah tamat belajar, saya sempat bekerja di bahagian akaun dan cukai di sebuah syarikat swasta. Tidak bertahan lama, saya akhirnya bertukar kepada bidang pendidikan. Bermula menjadi guru ganti di beberapa buah sekolah kebangsaan , menjadi guru tuisyen di sebuah pusat tuisyen, kemudian guru kontrak di Institut Kemahiran Mara dan akhirnya mendapatkan ilmu dan Diploma Pendidikan di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka.

Bermula dengan bertugas secara rasmi sebagai seorang guru dan pendidik memberi saya pengalaman yang sangat berharga. Tugas mengajar dan mendidik adalah tugas yang sangat mulia. Seperti yang selalu disebut oleh Prof Dr Muhaya , kerjaya guru adalah kerjaya yang memberikan ladang pahala.Saya sangat meminati bidang ini. Patutlah emak saya beriya-iya mahu saya menjadi seorang guru. Namun setelah berumah tangga dan mempunyai cahayamata, rasa tanggungjawab dan keinginan mendidik anak di rumah menjadi begitu menebal. Saya rela meletakkan jawatan demi memberi tumpuan pada tempoh kritikal pembesaran anak-anak dari umur 0-7 tahun. Setelah beristikharah, memohon petunjuk Ilahi, berbincang dengan suami dan berfikir selama 2 tahun, akhirnya saya tekad meletakkan jawatan Gred 41 ini tanpa menoleh ke belakang lagi. Pelbagai respon dari sahabat, saudara mara dan orang sekeliling tentang hal perletakan jawatan ini. Ramai yang menyokong niat suci ini dan menyatakan rasa cemburu kerana mereka juga ingin berbuat hal yang sama. Tidak kurang juga yang kurang bersetuju. Walau apa pun , saya terima segala respon dengan berlapang dada. Saya yakin, itu tandanya orang-orang di sekeliling mengambil berat tentang diri saya..Alhamdulillah.

Alhamdulillah..Allah izinkan saya menjaga dan mendidik anak sendiri. InsyaAllah saya akan menggunakan masa dan peluang yang diberikan dengan sebaik-baiknya dan dengan segala upaya.

InsyaAllah, dengan izinNya jua melalui penulisan ini saya akan kongsikan kepada para pembaca tentang pendidikan awal anak-anak. Saya bukanlah orang yang pakar dan berpengalaman luas di dalam bidang pendidikan awal anak-anak. Namun, saya akan kongsikan dapatan dari hasil bacaan dan carian dari pelbagai sumber bacaan. Sebarang komen dan makluman dari para pembaca amat saya alu-alukan agar sama-sama kita mendapat manfaatnya. Doakan agar penulisan ini mendatangkan manfaat seterusnya dapat menjadi pencen kubur saya di sana kelak. Aamiin.
Berkenalan dengan penulis : Faridah Yusof 

Kami buka pendaftaran ke kelas online blog ABDR setiap hari.
Mula daftar bagi yang sudah sedia.
Belajar memperkenalkan diri melalui penulisan dan penjenamaan diri, berdasarkan analisa soalan dalam kelas online blog ABDR. Untuk pendaftaran boleh hubungi saya Norazizah Sudin


Thursday, 4 December 2014

Kelas Akaun Bulan Disember

Pendaftaran untuk kelas / bengkel urus akaun bisnes, dibuka untuk 2 lokasi.  Usahawan yang berminat untuk turut serta, boleh pilih mana-mana tarikh untuk 2 lokasi ini ya.


1. [Kelas asas Akaun Offline]
Pendaftaran bagi bulan Disember sudah dibuka.
Belajar urus akaun bisnes kecil atau akaun sendiri.

Grup Coaching.
Tarikh : 16 Dis 2014, Selasa dan 20 Dis 2014, Sabtu
Masa : 9.30 pagi - 2.00 tengahari
Yuran : RM 250.00
Sijil dan Refreshment Disediakan
Kelas dalam kumpulan kecil (max 4-6 pax)
Lokasi : Bandar Tun Hussein, Cheras
(Boleh datang melalui Mines, Serdang atau Lebuhraya Cheras-Kajang)

Kelas asas Akaun Offline - Grup Coaching.
Topik :
1. Asas Bisnes
2. Asas Dokumen Bisnes
3. Asas Merekod Akaun

Bonus 1 :
Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes
Ebook Super Wahm Super Mom
Ebook Mula Butik Online /Offline

Bonus 2 :
3 tahun periklanan di soho directory

Bonus 3 :
Diskaun RM50 untuk kelas blog dan penulisan

**************************************************************************
[Kelas Asas Akaun Offline]
Bengkel Offline Asas Akaun
Lokasi Shah Alam - 11 Dis 2014
Yuran : RM 250.00
Masa : 9am - 4pm
Kelas dalam kumpulan kecil (6-10 pax)

Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.


Bonus 1 :
Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes

Bonus 2 :
2 tahun periklanan di soho directory

Bonus 3 :
Jaminan pulangan wang




Untuk pendaftaran boleh terus hubungi saya
SMS /whatsapp : 019-7461502 






Tuesday, 25 November 2014

Produk Informasi Pakej Mula Bisnes Online

Dari Meja Pengasas Akademi Bekerja di Rumah, Pn. Masayu Ahmad.
 
Apa sebenarnya produk yang ditawarkan akademi bekerja di rumah?
Produk informasi iaitu pakej mula bisnes mengikut bidang/bisnes. Kita ada pakej mula bisnes makanan, pakej mula bisnes butik online/offline, pakej mula bisnes di rumah. Salah satu ebook yang ada setiap pakej ialah ebook asas blog dan penulisan. Saya berkongsi cara paling asas puan-puan boleh mulakan, iaitu mula dengan apa yang ada, Yuran dikenakan untuk kalian belajar buat blog, asas penulisan dan mula bisnes online. Ia sangat asas untuk belajar buat borang tempahan. Kita juga belajar bina asas trafik, tanpa perlu mengeluarkan modal. Iaitu salah satunya menulis secara konsisten, itu sebab saya tekankan menulis selama 44 hari secara konsiste. Ia syarat wajib untuk memberi kebiasaan kepada kita untuk kekal fokus dan mahir menulis.

Kepakaran dan keunikan
Selepas mendaftar juga, setipa pelajar akan dianalisa melalui 8 soalan. Kerana keperluan, keunikan setiap orang adalah tidak sama. Itu sebab kita dapat lahirkan banyak blog informasi dan jelas arah tuju penulisannya. Setiap blog ada fokus penulisannya, jadi selepas fokus menulis, sudah tentu blog yang sentiasa ada entri baru sudak disinggah pembaca.

Berapa lama mengambil masa
Ia tertakluk kepada kalian, tidak ada paksaan. Paling laju menyiapkan tugasan adalah dalam masa 10 hari sahaja. Maksudnya memang boleh siapkan cepat.

Bagaimana pula blog boleh menghasilkan pendapatan
Kita sudah ada banyak produk inforimasi pakej mula bisnes, sama ada dijual pakej atau pun dijual secara berasingan. Juga kita sedang pelbagaikan tawaran kelas secara online.

Semua ini akan dipamerkan dan dipromosikan di blog kalian, hanya copy paste, semua bahan sudah disedikan. Dan pakej ini akan bertambah dari masa ke semasa. Sebab itu saya perkenalkan rakan niaga/pengurus online.

Boleh mendaftar dengan saya melalui :
 
SMS / Whatsapp : 019-7461502
Jadi rakan saya di FB : https://www.facebook.com/norazizah.sudin 





Belajar Buat Blog Bisnes

Alhamdulillah.  Hari semakin cepat dan masa berlalu dengan pantas.  ABDR juga semakin hari semakin dikenali dan mendapat sambutan.  Terima kasih kepada pengasas, Pn. Masayu Ahmad dan semua tenaga pengajar ABDR.  Juga tidak lupa kepada semua mentee yang telah dikenali dan blog mereka juga telah mendapat sambutan.  Tahniah kepada semua.

Alhamdulillah. ABDR bergerak pantas dan pendaftaran diterima setiap hari.
Bergabung bersama kami 860 blog. 
1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline

2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
- produk sendiri
- makanan sunnah
- telekung solat borong dan runcit http://gedungtelekungsolat.blogspot.com/
- produk islamik

3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif

4. Kelas belajar iklan mudah.my

5. Kelas asas urus akaun wahm/soho

Grup Coaching - 
27 Nov 2014, Khamis di Bandar Tun Hussein Onn
Kelas Online - 1/12/2014, Isnin

6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline

7. Pendaftaran pengurus online - online dan offline
8. Kelas asas wordpress

Servis yang kami ada :
1. Tempahan blog bisnes : 5-7 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami lebih 860 blog

Bila sudah sedia untuk sertai ABDR, boleh hubungi saya, Norazizah Sudin di norazizahsudein@gmail.com atau Pengurus Online, Ahmad Shahrinhttp://ahmadshahrinbinmohamadanuar.blogspot.com/ atau Siti Syazwanie Sulaiman http://sitisyawaniesulaiman.blogspot.com/

Di atas adalah kelas yang kami tawarkan kepada yang beminat dan sudah bersedia.  

Jika berminat, jom kita mula.  Tahun 2015 hanya tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi. Saya ada  misi dan 'push factor' yang perlu saya kejar.  Kalian bagaimana?  Jika ada, jom kita mulakan dengan blog dahulu.














Monday, 24 November 2014

Mula Langkah Berniaga Online


PELUANG DAN RUANG untuk para suri. Surirumah atau suri bekerjaya yang MAHU MULA LANGKAH NIAGA tetapi 


** TIDAK TAHU BAGAIMANA HENDAK MULA



** TIDAK TAHU PRODUK APA YANG UNTUK DIJUAL



** TIDAK ADA MODAL YANG BANYAK

** KEKANGAN MASA UNTUK BELAJAR DI LUAR 

** MAHU MULA TAPI TIDAK MAHU TINGGAL URUSAN KELUARGA

** MAHU MULA TAPI SECARA SAMPINGAN
** PRODUK ADA, TAPI TIDAK TAHU CARA UNTUK PERKENALKAN PADA PEMBELI



Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) menyediakan peluang kepada suri memulakan bisnes dengan kaedah paling mudah dan kos paling minima. Dengan hanya RM200.00 samada secara tunai atau bayaran ansuran (RM100x2 atau RM50x4), kami akan berikan tunjuk ajar bagaimana hendak memulakan, dan suri berpeluang berniaga dengan produk dropship ABDR.


Akademi Bekerja Di Rumah kini hampir mencecah 1000 orang bloggers. Bayangkan jaringan network dan sokongan percuma yang bakal menanti suri sekalian. Setiap blogger akademi dapat dikenali dengan logo wanita comel di atas pada blog masing-masing.



Antara produk-produk laku keras yang ditawarkan ialah :



>> Produk Makanan Sunnah (jus kurma, jus delima, air zam-zam dll)



>> Produk Makanan (nasi arab, keropok, serunding, koko tamar, dll)



>> Telekung solat



>> Produk islamik (e iqra, al quran digital dll)



Jika suri sekalian berminat boleh hubungi saya untuk kita mula secepat mungkin



Email : norazizahsudin@gmail.com 
(sms /wsapp : 019-7461502) 




Guru Online ABDR






Sunday, 23 November 2014

Kelas Jana Wang Dari Rumah

Kelas Jana Wang Dari Rumah, 29/11/2014, Kota Bharu

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah
Bismillah. Alhamdulillah. Dengan izin Allah swt, dengan ini pihak Akademi Bekerja Di Rumah akan bawakan Kelas Jana Wang Dari Rumah khas kepada para surirumah dan suri bekerjaya yang ingin memulakan langkah niaga secara ‘lean’ atau kos paling minima.
Pihak akademi akan bermula di Kota Bharu sebelum meneruskan ke negeri-negeri lain. Lokasi kelas hanya 1 minit ke KB Mall dan beberapa minit dari hotel-hotel berdekatan seperti Tune Hotel, Hotel Al-Quds dan banyak lagi. Anda boleh mengambil peluang untuk bercuti sambil menimba ilmu. Cuti sekolah! 



Antara modul yang akan para SURI pelajari ialah:
1) Start-up Gaya ABDR
2) Penjenamaan Diri Gaya ABDR
3) Hands-on buat blog & fanpage
4) Penggunaan Google Drive
5) Habis kelas terus boleh beroperasi.
*pre-work ringkas akan diberikan kepada peserta sebelum kelas melalui emel untuk melancarkan lagi perjalanan kelas.
 Untuk yang mahu mendaftar, boleh terus melalui saya :
 Emel : norazizahsudin@gmail.com
SMS/Whatsapp : 019-7461502





Saturday, 22 November 2014

Belajar Bisnes Dropship dan Asas Bisnes Online

Perkongsian puan N

Mahu kenal siapa puan N?

Pada permulaan, apa yang saya nampak, hanya sebuah kedai yang menjadi target utama. Kertas kerja untuk membuat pinjaman hampir siap. Tiba-tiba segalanya bagai terhenti seketika, apabila suami menghadiahkan sebuah buku 'Biar Kecil Asalkan Berhasil'. Buku ini banyak memberikan panduan dan semangat untuk mula berniaga tanpa modal dan saya suka pada kata-katanya "...perniagaan yang memerlukan kita berhutang untuk berkembang adalah perniagaan yang kurang bagus." Pokok pangkalnya, kita mulakan dengan apa yang kita ada.

Saya mula mengubah pandangan tentang bisnes, saya mencari sesuatu yang saya minat dan tidak memerlukan modal yang besar. Bisnes yang saya mula-mula terlibat ialah 'mutiara dan kristal'. Saya memang peminat tegar kristal, saya mula mengenali mutiara dan kristal swarovski. Ramai yang cakap bisnes ini memerlukan modal yang besar, sebab harganya yang agak mahal. Tetapi terpulang bagaimana anda bermula. Saya hanya memulakan dengan beberapa design gelang dan rantai, kemudian saya sertakan dengan carta warna kristal. Dengan ini, apabila pelanggan memilih design dan warna, baru saya akan mendapatkannya. Sehingga kini, hasil daripada jualan tersebut saya mampu untuk menambah stok jualan.

Disebabkan suami sering keluar kawasan, dan saya sebagai pembantu peribadi yang setia bersamanya, menyebabkan saya mempunyai beberapa masalah untuk menguruskan penghantaran barang. Saya terfikir untuk mencari satu lagi bisnes, yang tidak memerlukan saya untuk menguruskan barang. "Dropship", itu yang saya cari. Sehingga saya berjumpa dengan ABDR. Saya mula belajar "dropship" untuk telekung solat, dan saya mencari beberapa pembekal lain untuk mempelbagaikan produk. Alhamdulillah, setiap hari kita belajar untuk menimba ilmu baru. Saya mula mencuba sesuatu yang baru, saya belajar untuk mendapatkan produk terus dari Vietnam. Dengan ini, apabila saya keluar kawasan, saya masih boleh menguruskan penghantaran dengan 'dropship' dan saya juga boleh menguruskan stok sendiri.

Mahu belajar dropship dan asas bisnes online?
Pendaftaran dibuka.

Hubungi saya untuk mereka yang serius mahu mula belajar berbisnes online, belajar bagaimana nak mula bisnes secara dropship, tanpa perlu keluar rumah dan menggunakan blog dan fb sebagai medium utama.

Kami terima pendaftaran setiap hari. Untuk yang mahu mendaftar boleh terus hubungi saya :

Email : norazizahsudin@gmail.com
SMS/Whatsapp : 019-7461502





Thursday, 20 November 2014

Kelas Blog Offline

Assalamualaikum

Suri rumah yang baru berjinak-jinak hendak mengenal dunia online terutama blog dan fanpage, saya sedia membantu.

Belajar bersama saya dalam Kelas Asas Blog dan Fanpage. ABDR adalah sebagai trek pemula, sebagai langkah awal bagi mereka yang benar-benar zero tentang bisnes dan urusniaga online.

Bagaimana?  Boleh hubungi saya dan saya hanya hendak yang serius sahaja ya.  Hendak belajar offline pun saya sedia mengajar.

Hendak belajar tidak boleh malu.  Malu sendiri rugilah.  Belajar dari zero dan InsyaAllah, fokus akan cepat dapat.  Dari satu blog sudah boleh buat banyak blog.  Promosi produk kami dan kemudian boleh promosi produk sendiri.

Jom hubungi saya segera.  Pendaftaran dibuka setiap hari.

Wednesday, 5 November 2014

Bisnes Online

Teks : Norazizah Sudin

Bisnes online mudah jika kita tahu caranya.  Belajar buat blog, tidak payah kedai untuk yang baru bermula atau newbie.  Buat blog yang percuma dahulu.  Bila sudah pandai, barulah boleh upgrade ke dot.com dan berbayar.  Dalam blog jangan lupa letak semua informasi berguna seperti cara pembayaran, borang tempahan, akaun kedai dan lain-lain yang berkaitan.

Sekarang ini ramai yang minat hendak buat online.  Dari sekecil-kecil barangan hinggalah ke besar-besar barangan.  Cuba lihat sebagai contoh dalam Mudah.my.  Ubat gigi, maggi pun ada yang jual.  Lihatlah betapa besarnya pengaruh internet dalam kehidupan kita. Saya pernah terbaca seorang budak lelaki yang baru berusia 9 tahun sudah pandai berbisnes.  Pada mulanya beliau hanya menggunakan bow tie untuk kegunaan sendiri.  Setelah mendapat permintaan ramai, beliau menukarkan minatnya sebagai bisnes.  Minat pun sudah bertukar menjadi duit.  

Kita juga boleh menjadikan minat sebagai salah satu sumber untuk mendapatkan duit. Jika minat memasak, cuba dahulu buat secara kecil-kecilan.  Boleh bagi sample percuma kepada rakan-rakan atau jiran-jiran.  Promosi di internet seperti facebook, instagram dan lain-lain media sosial.  Jangan malu untuk mencuba.

Tidak tahu buat blog?  Boleh belajar dengan ABDR.  Lihat link di sini ABDR.  Banyak testimoni dan semua maklumat boleh di dapati di situ.  

Hubungi saya, Norazizah Sudin, guru online ABDR.

Belajar buat blog, fanpage, kelas akaun dan lain-lain.  Baca di link itu ok.  Jangan malas ya.  Hendak pandai kenalah belajar.  InsyaAllah, saya dapat membantu.  Yang penting minat, rajin, dedikasi dan hendak belajar.  

Salam sayang,
Norazizah Sudin
Guru Online ABDR


Wednesday, 29 October 2014

Ulasan Ebook Belajar Asas Blog - Panduan Urus Penulisan Blog Dengan Baik

Inspirasi Ebook 'Asas Belajar Blog'





TEKS: BIBI NORMI

Saya pernah ada blog. Itu pun dulu-dulu. Zaman belajar dan zaman mula-mula bekerja. Pada saya blogging ini satu fenomena yang menjadi ikutan dari tahun ke tahun. Walau pun blogger memang semakin ramai tetapi saya lihat individu yang ada blog sendiri boleh dikatakan agak ‘rare’ dan ‘special’ apabila berada di laman maya. Pernah dengar nama-nama seperti Broframestone, Denaihati, Joegrimjow, Ariffshah, The Other Khairul dan Cik Epal? Hmmmm...inilah beberapa blog yang selalu juga saya singgah satu ketika dahulu.

Berbalik pada blog kepunyaan saya, semuanya tidak menggunakan nama sebenar. Sebaliknya saya selesa mengekspresikan diri menggunakan nama lain. Tapi kali ini di dalam kelas maya di bawah Asas Blog bimbingan Puan Anys Idayu Zakaria kami mesti mempromosikan nama sebenar sebagai alamat blog. Maka Alhamdulillah terciptalah blog yang kini boleh dilayari jika anda menaip bibinormimdnoor.blogspot.com di ruangan alamat URL. Blog saya kali ini bertemakan wanita, cinta dan inspirasi. Tiga serangkai yang begitu dalam maksudnya. Saya sengaja gabungkan tiga perkataan ini kerana saya yakin kesemuanya saling berkait dalam hidup. Hampir empat bulan lamanya, saya mencuba untuk memberi perhatian pada blog ini demi berkongsi apa yang dirasakan dapat menjurus kepada ‘memberi’ dan menginspirasi’ pembaca.

Dan pada petang ini, secara langsung saya cuba menaip semata-mata mahu berkongsi kelebihan ilmu salah satu ebook tulisan Masayu Ahmad bertajuk Asas Belajar Blog. Suka saya katakan ebook ini hampir berjaya memahamkan saya metod sebenar dalam menguruskan blog secara lebih baik dari semalam. Saya tidak lagi ‘lost’ atau ‘blur’ tak tentu fasal walau pada mulanya ada sedikit ‘blank’ dek tidak tahu dari mana mahu bermula. Namun berkat mentor yang ‘gigih’ membantu, Puan Anys dan beberapa informasi perkongsian bersama di Closed Group saya dapat atasi ‘blogger’s block’ tersebut. Syukur kepada Allah Yang Esa yang memberi ilham.

Saya rasa ebook ini tiba tepat pada masanya bagi mereka yang mencari ilmu yang sama seperti yang saya cari. Bagusnya di sini ada peraturan yang memerlukan kita menganalisa dahulu latar belakang diri dari segi pendidikan, minat, kemahiran dan kepakaran diri sebelum memilih tajuk dan tema yang sesuai dijadikan blog. Di sini penggunaan nama sebenar dan emel yang tampak professional (menggunakan nama sebenar) perlu bagi memudahkan carian pembaca dan pelanggan kelak di carian Google. Dalam ebook ini ada juga dikongsikan kisah kejayaan, pengalaman dan tip-tip bermanfaat oleh beberapa wanita yang layak dijadikan inspirasi. Nama-nama seperti Faridah Yusof, Aishah Hussein, Ashikin Hashim dan Nik Fauziah Nik Hussin turut dikongsikan untuk tatapan pembaca. Pada saat kita membelek helaian ebook, kita akan bertemu perkataan ‘hebat’ seperti WAHM, SAHM, dan SOHO. Nak tahu maksudnya secara praktikal? Jom sertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) kerana di sini kita akan sama-sama berkongsi ilmu dalam merealisasikan blog impian, mempromosikan produk, belajar tip blogging efektif, dan belajar menghasilkan pendapatan bermula RM10 hinggalah ke RM100 sehari. In Syaa Allah…kerana Tuhan itu Maha Kaya.

Akhir kata, apa yang pasti adalah 44 entri! Ya, kami WAJIB menulis entri di blog sehingga mencapai angka ditetapkan. Mungkin ini adalah pakej terbaik demi melatih kita para penulis blog agar konsisten dan bijak merancang penulisan entri mengikut label-label yang dicadangkan dari awal. Di sini kita perlu ingat bahawa MATLAMAT KELAS ASAS BLOG & PENULISAN ini adalah untuk memperkenalkan diri kepada dunia online bakal pembaca atau pelanggan di luar sana. Dan kerana itu blog kita begitu signifikan untuk dijadikan platform menarik pembaca yang boleh bertukar menjadi pelanggan. Dan untuk pengetahuan semua di akhir bab ada satu bonus tip iaitu cara menulis ebook pertama. Semoga kita mendapat sesuatu menerusi ebook ini seterusnya memberi berpeluang kepada diri sendiri melakukan kebaikan dalam pembelajaran.

Nota Kaki : Bagi yang belum ada blog dan suka membaca blog orang lain, kini sudah sampai masanya untuk mempunyai blog sendiri.  Anda boleh berkongsi kepakaran, kemahiran, penceritaan tentang sesuatu topik di situ, blog anda sendiri!  Kembangkan bakat anda dengan menulis.  Satu hari satu entri.  Kami akan ajar bagaimana.  Ingin bermula?  

Hubungi saya sekarang di norazizahsudin@gmail.com

(sumber : http://bibinormimdnoor.blogspot.com/2014/09/inspirasi-ebook-asas-belajar-blog.html)





Tuesday, 28 October 2014

Bisnes Biar Berterusan

Teks : Norazizah Sudin

Banyak cabaran jika hendak bisnes online.  Ada yang berjaya dan tidak.  Hati mesti kental dan tahan dugaan.  Kadang-kadang saya sendiri pun ada masanya keluar rasa malas, penat, susah dan lain-lain kata negatif.  Setiap pagi selesai solat Subuh saya selalu cakap kepada diri sendiri, apa yang saya hendak hari ini, berapa RM saya hendak hari ini, hari ini hendak buat apa dan lain-lain lagi.  Positif sentiasa, cakap kepada diri sendiri dan buang semua fikiran negatif.

Bila saya mula duduk di rumah dan hendak ada bisnes sendiri, saya sudah setkan dalam minda saya apa yang saya hendak.  Ada 'push factor' kenapa saya buat itu dan ini.  Sudah mula saya MESTI habiskan.  Ada satu bisnes, InsyaAllah boleh ada dua pulak.  Yang penting rajin, fokus dan konsisten. Memang banyak cabaran bisnes ini, samada bisnes online atau offline.  Ada kedai atau tiada kedai.  Mesti berdisplin tinggi dan jiwa mesti kebal. 

Sekali sekala hendak bercuti boleh.  Hendak jumpa kawan, keluar makan dengan rakan lama, berdating dengan suami dan lain-lain lah.  Dalam seminggu, ambil cuti 2 hari.  Balik ke ofis SOHO mesti fresh dengan banyak idea baru dan macam-macam input menarik untuk bisnes kita.

Banyak lagi nak sambung, tetapi saya hendak rehat sekejap, sebab ada rakan lama hendak datang ke rumah.  

Ok lah, nanti sambung lagi.

Kelas online saya boleh wassap atau PM sahaja ya.  Sertai kelas bisnes dan saya akan ajar buat blog bisnes dan kongsikan apa yang saya tahu.

Salam sayang dari saya dan jumpa lagi.

Sunday, 26 October 2014

Salam Maal Hijrah 1436H

Teks : Norazizah Sudin

Assalamualaikum

Salam Maal Hijrah dari saya.  Semoga kita sama-sama melangkah ke tahun baru Islam dengan azam, pengalaman dan sentiasa bermusahabbah diri untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Kelas online dan offline sentiasa dibuka untuk pendaftaran.  Boleh hubungi saya untuk mendaftar.  Gunakan media sosial percuma untuk memasarkan produk kalian.  Saya ajar anda sekali dan seterusnya kalian yang memulakan langkah seterusnya.  Untuk yang tiada modal, mulakan dengan dropship.  Ada yang percuma dan ada yang berbayar.  Mulakan dengan yang percuma dulu.  


Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
- produk sendiri
- dropship makanan sunnah
- dropship produk makanan
- dropship telekung solat
- dropship produk islamik
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Tempahan blog bisnes / blog penulisan 
8. Kelas penulisan ebook

Kenapa kelas ini diadakan? Inilah sumbangan kami terhadap wanita dan suri rumah baik yang bekerja di luar mahupun di rumah saja. Kami sedia membantu anda untuk menyampaikan ilmu di blog atau berniaga online melalui blog dengan teknik yang betul. Blog adalah medium percuma dan akan menjadi luar biasa hebat apabila bergabung dengan teknik content writing yang tepat.






Saturday, 11 October 2014

Rahsia Khidmat Pelanggan Usahawan Online

Kuasai Khidmat Pelanggan
Teks : Masayu Ahmad
pn.masayu@gmail.com

Setiap pelanggan mempunyai citarasa, kemahuan yang berbeza. Ada yang mudah diurus, ada juga yang cerewet. Sudah tentu melayan pelanggan yang cerewet memerlukan kemahiran perhubungan awam yang baik. Usahawan tidak perlu beremosi apabila dimarah-marah pelanggan. Sudah tentu ada cara melayan pelanggan yang pelbagai cita rasa dan kerenah.

- Meningkatkan kesetiaan pelanggan
Usahawan harus biajak menjadikkan pelanggan terus setia bersama. Bagi mengikat hati pelanggan, sesekali buatlah tawaran potongan harga atau memberi harga istimewa bagi membalas kesetiaan pelanggan. Sentiasalah memberitahu perkembangan terkini syarikat, sama ada tentang produk baru, jualan potongan harga, pertemuaan istimewa bersama pelanggan.

- Menjaga integriti
Menjaga maruah pelanggan adalah salah satu usaha memberi gambaran imej seorang usahawan yang jujur. Contohnya bagi pengusaha kecantikan yang menawarkan perkhidmatan urut badan. Sudah tentu perlu menutup kelemahan pelanggann dengan tidak bercerita kepada pelanggan yang lain. Ini membuatkan pelanggan selesa dan berulang kali menggunakan perkhidmatan yang sama.

- Menjaga hubungan dengan pekerja
Walaupun anda hanya menjalankan bisnes dari rumah, pada satu peringkat bisnes akan berkembang dan anda memerlukan pembantu. Anda perlu menjelaskan kepada pembantu semasa dalam proses temuduga awal. Berkongsi maklumat tentang visi dan misi dalam bisnes dengan jelas. Pembantu juga boleh didedahkan dengan persekitaran kerja dan garis panduan bekerja yang anda mahukan.

Hubungan sebagai majikan, anda perlu memberikan skop tugasan yang jelas kepada pekerja. Bayaran yang bakal mereka terima juga perlu diberitahu awal dalam sesi perbincangan persetujuaan kedua belah pihak. Sebaik-baiknya memberikan skop tugasan secara bertulis untuk memudahkan pembantu merujuk jika menghadapi masalah. Walaupun bisnes dari rumah yang dikendalikan adalah skala kecik tetapi menjaga pekerja sama seperti menjaga kesinambungan bisnes agar terus sukses.

- Memudahkan pelanggan untuk membeli
Berurusan melalui emel dengan pelanggan atas urusan bisnes, maklumat dan perkembangan terkini produk jualan. Anda perlu menyegerakan pesanan dan penghantaran. Dalam kes-kes tertentu usahawan boleh bertanya pelanggan untuk mengetahui status terkini barang sudah sampai dengan selamat atau sebaliknya.

Bagi pelanggan yang baru atau pelanggan setia, anda boleh membuat survey produk apa yang dingini dan pakej bagaimana yang dia suka. Boleh juga memberi kupon harga istimewa atau keratan iklan promosi sepanang tahun dalam bawang yang sudah dipesan untuk pembelian seterusnya.

- Memberi informasi yang jelas
Salah satu perkara yang tidak boleh diambil mudah ialah memberi penerangan yang jelas tentang produk, terma dan syarat tempahan dan bayaran, status berkaitan barang rosak, tidak boleh dipulangkan selepas pembelian, status barang yang dihantar serta khidmat nasihat susulan selepas menggunakan produk




Siri 1 (terbit 25.9.2014)
RM30 (untuk pembeli 50 terawal sahaja)

Harga selepas ini RM50


Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online

Bab 1 : Urusniaga Online

Bab 2 : Mengembirakan Pelanggan

Bab 3 : Membina Keyakinan pelanggan

Bab 4 : Menawan Hati Pelanggan

Bab 5 : Menghargai Pelanggan

Bab 6 : Kuasa Khidmat Pelanggan

Bab 7 : Khidmat Pelanggan Profesional

Bab 8 : Kuasa Suara Dan Gerak Hati

Bab 9 : Tingatkan Bilangan Pelanggan Setia 

Bab 10 : Tingkatkan Keuntungan Dengan Kuasa Pelanggan Gembira


Hubungi saya untuk mendapatkannya.

Semoga bermanfaat.