Thursday, 30 January 2014

Blog Lagi


Teks : Norazizah Sudin

Blog lagi!  Ya.  Saya suka bercerita tentang blog, sebab blog ini menyeronokkan.  Kita boleh tulis apa sahaja yang kita suka, minat dan seronok untuk berkongsi dengan pembaca.  Blogspot percuma.  Jom, belajar buat blog.  Mudah sahaja, jika minat.  Kalau minat semua boleh, tetapi jika tidak minat, lupakan sahaja, sebab nanti sekerat jalan! 

Jika anda seorang ibu, sebagai contoh, anda boleh membuat blog tentang famili anda.  Jika blog anda menarik, ramai pembaca tegar akan menjadi rakan anda.  Bagi yang minat memasak, mencuba resipi baru, boleh buat blog tentang resipi.  Mesti ramai peminat.  Blog boleh jadi rujukan jika bermanfaat. 

Selalunya, apabila kita memulakan blog dan ada perasaan teruja untuk menulis dan berkongsi apa sahaja, kita akan menulis dengan hati yang ikhlas dan penuh perasaan, tetapi perlu ingat, semua ciri-ciri ini perlu dijaga :

1)  jangan tulis dengan bahasa yang tunggang langgang
2)  tulis dengan santai dan guna bahasa yang betul.  Ia akan menjadikan blog kita penuh berinformasi dan suka untuk dibaca berulang kali
3)  tulis setiap hari dan ia adalah sebagai catatan harian.  Lama kelamaan ia menjadi satu kisah perjalanan diri kita dan juga keluarga.  Pengalaman dan kepakaran kita itu, tidak ada pada orang lain.  Itulah uniknya kita dan boleh disampaikan dalam bentuk bersahaja, ia adalah perkongsian pengalaman yang menarik.
4)  jaga bahasa, jaga tatabahasa, tulis ringkas dan santai.  Itu kata kunci untuk blog yang suka dikunjungi pembaca.  

Saya suka blog yang tidak ada 'bling-bling' yang keterlaluan.  Blog yang ringkas dan padat lebih suka dibaca.  Blog berinformasi dan diselitkan dengan tips-tips yang menarik pembaca. 

Blog juga boleh dijadikan enti penyelesai masalah. Antara satu perkara yang menjadi tumpuan blog tertentu adalah berupaya menyelesaikan masalah pembaca.  Contohnya dalam masakan, pembaca setia yang selalu datang, akan mencari jenis resipi yang dimahukan.  Manakala tips-tips mudah didapur menjadikan blog tersebut sebagai pembantu masalah di hujung jari.  Begitu juga blog teknikal, bisnes dan sebagainya, blog tersebut berpotensi menjual kepakaran melalui informasi yang disampaikan. 

Banyak lagi tips tentang blog ini.  Banyak tips berinformasi tentang blog dan pelbagai blog anda boleh dapati dari internet.

Bagi yang ingin ada blog, sama ada blog bisnes atau blog penulisan, boleh hubungi saya ya.  Saya sedia berkongsi dengan anda.  

Bagaimana?  Boleh lihat di pakej online

Mulakan sekarang, jika tidak bila lagi?




No comments:

Post a Comment