Monday, 6 January 2014

Catatan Harian


Sejak hari Sabtu, kesihatan tidak mengizinkan saya untuk berkongsi artikel di blog.  InsyaAllah, semoga kesihatan saya akan baik seperti biasa.  Sudah dua hari saya tidak menulis.  

Hari ini tidak kemana-mana.  Masa banyak dihabiskan di rumah dan cuba menyiapkan tugasan yang tidak sempat disiapkan sejak minggu lepas.  

Cuaca di Pasir Gudang sejak dua hari ini tidak menentu.  Pagi hujan dan petang mendung.  Kadang-kadang, pagi panas dan tengahari hujan.  Apa-apa pun bersyukur kepada Allah di atas rahmat menurunkan hujan.

Tidak larat hendak memasak hari ini.  Nampak gayanya menu kedai sahajalah malam ini.  

Ok lah.  InsyaAllah, saya akan cuba sambung lagi ya.  

Kelas online blog masih seperti biasa.  Boleh hubungi saya untuk mendaftar.  

Untuk yang ingin belajar offline, boleh hubungi saya untuk menetapkan tarikh dan masa.  

Ayuh suri rumah, keluar dari zon selesa.  Buang perasaan malu hendak belajar sebab tidak cuba tidak tahu.  



No comments:

Post a Comment