Wednesday, 1 January 2014

Mulakan Hari Ini


Teks : Norazizah Sudin

Saya meminjam petikan Pn. Masayu Ahmad, pengasas Akademi Bekerja Di Rumah, 5 perkara di bawah.

Kita selalu dimomokkan dengan perkara berikut :
1)  Ada modal baru boleh mula
2)  Ada laman web yang lengkap baru ada orang beli
3)  Ada produk dalam stor baru boleh menjual
4)  Ada komputer yang canggih baru boleh mula
5)  Ada hp, gajet yang canggih baru jualan ok

Bagaimana kalau tidak ada semua ini atau separuh sahaja yang ada?  Tidak boleh mula ke?  Ayuh, jangan bagi 1001 alasan.  Boleh sahaja mula walaupun tidak mencukupi semua di atas.

1) Tiada modal pun boleh bermula.  Mulakan dengan dropship.  Pilih sahaja yang mana berkenan, berbayar atau percuma.  Simpan hasil dari jualan dropship dan sudah boleh mulakan barangan sendiri.  Berdikit-dikit dahulu pun tidak apa.  Yang penting rajin promosi.  

2)  Tidak perlu laman web lengkap pun sudah boleh bermula.  Bina blog percuma.  Di dalam blog itu, letakkan semua tentang produk, borang tempahan yang lengkap, testimoni, pengenalan dan lain-lain berkaitan.  Belum tentu sudah ada laman web lengkap, ada orang yang mahu membeli.  Blog percuma pun masih juga ada yang mahu membeli.  Blog cantik dan lengkap sudah menarik perhatian orang ramai untuk membeli.  

3)  Tiada produk di dalam stor pun masih boleh menjual.  Drosphip lah jawapannya.  Orang lain punya stor, anda hanya tolong mempromosikan sahaja.  Kalau hendak stor juga, buat dropship betul-betul, kumpul duit hasil jualan dropship dan sudah boleh mulakan dari rumah.  Jadikan rumah sebagai stor sementara.

4)  Komputer canggih?  Tidak canggih pun sudah boleh mula.  Ada internet, ada komputer, sudah cukup. Asalkan boleh guna, boleh simpan data, boleh PM, boleh guna huruf-huruf sudah boleh mula.  Tidak perlu hendak yang canggih sangat.  Sudah balik modal, barulah beli komputer yang canggih. Untuk permulaan, mulakan sahaja dengan yang tidak canggih itu.  

5)  Macam-macam gajet dah handphone terbaru di pasaran.  Pilih sahaja.  Itupun kalau ada duit yang cukup.  Tidak perlu tunggu gajet-gajet terbaru ini baru hendak mula.  Samalah juga dengan komputer tadi.  Mulakan sahaja dengan yang ada.  Boleh sms, boleh telefon, boleh terima sms sudah cukup.  

Banyak cara untuk bermula sebenarnya.  Simpan modal walaupun sedikit.  Sudah dapat hasil, simpan dan kumpul semula.  Asingkan akaun simpanan dan akaun bisnes.  Mulakan dengan apa yang ada disekeliling.  Untuk tahu lebih lanjut boleh baca dalam ebook 101 Idea Home Based Bisnes.  Saya pasti ramai suri rumah ada kepakaran tersendiri.  Jadi mulakan sekarang.  Jangan simpan kepakaran itu.  Kongsikan dengan orang ramai.  Mulakan dengan ada blog sendiri.  Tidak minat bisnes?  Nabi Muhammad SAW pun menggalakkan umatnya berbisnes.  

Untuk yang tiada produk, boleh jadi dropship kami.  Jadi rakan niaga kami.  Promosikan produk akademi.  Ada produk fizikal dan produk digital.  

Kelas lain secara online masih lagi bersiaran.
1)  Kelas asas blog dan penulisan
2)  Kelas asas blog dan fanpage mula bisnes
3)  Kelas belajar iklan di mudah.my
4)  Kelas penulisan kreatif
5)  Kelas asas urus akaun bisnes WAHM / SOHO

Keterangan lanjut ada di sini, http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

Kelas asas blog dan fanpage offline untuk warga Pasir Gudang pun sudah bermula.  Boleh hubungi saya untuk tetapkan tarikh dan masa.

Hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com untuk info selanjutnya bagaimana hendak bermula.





No comments:

Post a Comment