Sunday, 26 January 2014

Rebut Peluang


Teks : Norazizah Sudin

Fikirkan boleh, katakan boleh dan anda pasti boleh!

Rebut peluang yang datang kepada anda.  Jika anda minat bidang perniagaan, tidak tahu bisnes apa hendak buat, cari minat anda.  Buat pelan kerja dan mulakan.  Mula kecil-kecilan dahulu.  Kenali siapa diri kita yang sebenarnya.  Selami bakat dan potensi diri dan fikirkan bagaimana hendak membangunkannya.  

Berfikiran positif dan sentiasa positif.  Banyakkan membaca buku-buku motivasi, kejayaan usahawan, hadiri seminar usahawan dan lain-lain langkah ke arah usahawan berjaya dunia dan akhirat.

Saya suka membaca facebook Datuk Maznah Hamid dan bukunya Motivasi Memburu Kejayaan.  Banyak info dan tips positif yang boleh diceduk dan dijadikan inspirasi.  

Saya ambil dari bukunya tentang resipi kejayaan.  Carilah sebuah impian, adunkan bersama motif dan tindakan.  Tambahkan latihan demi latihan yang berterusan.  Hiasilah dengan disiplin diri yang secukupnya.  Hasilnya impian dan matlamat yang ingin dicapai walau apa jua sekalipun.  

Selamat mencuba dan selamat berjaya.

Bertindak sekarang dan jangan berlengah lagi!



No comments:

Post a Comment