Friday, 3 January 2014

Tips Bisnes Internet


Bismillah. 

Teks : Norazizah Sudin

Saya ingin kongsikan tips yang saya baca dari FB Jootawan.  Setiap hari sebelum bermula tugasan, saya suka membaca tips-tips ini untuk memberi inspirasi dan perangsang dalam bisnes Internet.  Saya pun pernah menghadiri seminar Ammar Zahar, dari team Jootawan.  Banyak ilmu dan tips perkongsian dari beliau.

Jom kita baca ini dahulu ya.

2 Ciri produk yang mengaut keuntungan di Internet.

Di Internet, keuntungan diukur berdasarkan ciri-ciri produk yang dijual. Apabila ciri-ciri ini dipatuhi, kita boleh mengaut keuntungan sebanyak yang mungkin.

Kerana, produk-produk ini menjadi rebutan dan mendapat permintaan yang tinggi dari pengguna.

Ciri yang pertama adalah; Produk menyelesaikan masalah orang ramai.

Contoh : Bateri ‘smartphone’ cepat habis.

Penyelesaian : Produk Powerbank membantu pengguna ‘smartphone’ mengecaj kembali bateri tanpa perlu mencari soket.

Ciri yang kedua adalah; Produk Menambah Nilai Orang Ramai

Contoh : Orang makan gaji kehabisan wang gaji sebelum akhir bulan.

Tambah Nilai : Buku Empayar Perniagaan Internet membantu orang ramai menjana pendapatan tambahan untuk menampung kewangan harian hingga akhir bulan.

Semakin banyak kita membantu, semakin tinggi keuntungan yang bakal kita peroleh.

Kami di Akademi Bekerja Di Rumah pun ada ebook mengenai bisnes.  Anda boleh dapatkan ebook 101 Idea Home Based Bisnes yang telah dihasilkan oleh pengasas akademi, Puan Masayu Ahmad.  Banyak tips dan info menarik tentang idea yang boleh dilakukan dari rumah untuk menjana pendapatan.  





Bab 1 : 101 Idea Home Based Bisnes
Bab 2 : Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3 : Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4 : Strategi Pemasaran Online
Bab 5 : Strategi Pemasaran Offline
Bab 6 : Operasi Dari Rumah
Bab 7 : Khidmat Pelanggan Online
Bab 8 : Produk Digital vs Produk Fizikal
Bab 9 : Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10 : Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11 : Pengalaman Usahawan Sukses


 
Boleh dapatkan ebook ini daripada saya dengan harga RM50 sahaja.

Hubungi saya untuk mendapatkannya.



No comments:

Post a Comment