Thursday, 6 February 2014

Buat Perkara Yang Menggembirakan


Teks : Norazizah Sudin

Setiap orang ingin hidup bahagia.  Bahagia banyak makna.  Lain orang lain maknanya.  Setiap orang mempunyai tafsirannya tersendiri tentang bahagia.

Di dalam bisnes, saya mempunyai tafsiran tersendiri mengenainya :
1)  Dengar kepada diri sendiri tentang kehendak dan keperluan kita.  Pastikan anda menentukan kehendak dan keperluan tentang apa yang anda inginkan samada di dalam hidup atau bisnes.  Bukan orang lain yang menentukan hala tuju hidup dan bisnes anda.  Orang lain boleh menasihati sahaja dan anda buat pilihan. 

2)  Apa yang menggembirakan tentang bisnes anda?  Adakah disebabkan hobi dan minat?  Bukan terpaksa atau dipaksa ya.  Jika minat dan hobi, memang menyeronokkan.  Setiap hari rasa tidak cukup dan cepat masa berlalu.

3)  Adakah bisnes yang anda buat ini memberi kepuasan kepada diri anda?  Dapat membantu orang lain?  Dapat menyumbang sesuatu kepada orang lain?  Minat dan pakar dalam memasak, jadikan ia sebagai permulaan untuk menjana pendapatan.  Mula menjual, buat kelas dan promosi . 

4)  Lihat kekuatan diri anda.  Adakah bidang ini sesuai untuk anda?  Sudah cukup pengalaman?  Kemahiran?  Jika rasa belum, boleh ambil kursus atau hadiri seminar.  Jika tidak sesuai, cuba bidang lain.  Buat benda atau perkara yang anda suka.  

5)  Tukarkan minat anda kepada bisnes.  Cari jalan untuk jadikan ianya realiti.  Mungkin kedai online sebagai permulaan sudah mencukupi.  Buat promosi di facebook dan blog.  Buat penyelidikan, kumpul maklumat, mula cari pelanggan.  

Sudah ada idea?  Jika belum, boleh dapatkan dari ebook ini.  Banyak tips dan idea seperti bidang pendidikan, bidang masakan dan lain-lain.  



Bukan ebook ini sahaja, anda juga boleh bermula dengan kedai online, blog dan fanpage.  Semuanya melalui kelas asas blog dan bisnes.  Semuanya 100% kelas online. 

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut.









No comments:

Post a Comment