Wednesday, 12 February 2014

Gunakan Sumber Yang Ada


Teks : Norazizah Sudin

Untuk mulakan bisnes, tidak semestinya dilahirkan dalam keluarga bisnes, tetapi alangkah bertuahnya jika kita dilahirkan dalam famili yang sudah mempunyai bisnes yang serba gah semuanya.  Nampak menarik, tetapi tidak semua itu realiti.  

Usaha tangga kejayaan.  Mulakan dari bawah.  Naik anak tangga perlahan-lahan.  Tekad, fokus dan kemahuan.  Pasti berjaya.  Tidak salah berimpian. 
 
Saya ingin kongsikan tips ini untuk semua pembaca, petikan dari Ebook 101 Idea Home Based Bisnes. 
 
 
 
Gunakan apa yang ada. Komputer dan internet.
 
Ok, baik sekarang tidak ada modal, tetapi ada komputer dan internet sahaja. 

Jika belum ada, kos untuk komputer dan internet paling minima RM3K, jadi boleh guna berdikit dahulu simpan modal asas (atau ambil dari tabung modal).

Sudah ada RM3K, dapatkan komputer dan internet. Saya percaya hampir setiap rumah kini sudah ada internet dan komputer. 

Sekarang, bagaimana pula menggunakan kemudahan ini. Iaitu komputer dan internet. Kalian perlu ada paling asas adalah face book. Mula daftar dengan facebook. Satu akaun khusus untuk peribadi, satu lagi akaun fan page untuk kedai.

Empat langkah sahaja :
  Komputer dan internet
  Buat akaun fb, peribadi dan fanpage
  Cari produk tanpa keluar modal
➤  Mula masukkan gambar, promosi dan mula jual

Mudah bukan?  Jom kita mula.  Tidak tahu?  Boleh hubungi saya untuk bermula.

Jika ingin mendapatkan ebook ini dahulu boleh juga.  Baca dan fahamkan.  Jika sudah bersedia, kita sudah boleh mula.


No comments:

Post a Comment