Monday, 17 February 2014

Ikut Kemampuan



Tips dari Bryan Gan, pakar IM terkenal :

Jika anda nak berniaga tapi tiada modal, jangan fikir nak berniaga dengan modal RM10k atau RM100k. Cari bisnes yang modalnya kecil, dalam kemampuan anda.  Gandakan pendapatan anda secara part time dan kumpul modal yang lebih.  Kemudian, baru upgrade untuk berniaga dengan modal yang lebih.

Betul kata Bryan.  Mulakan dengan modal kecil atau boleh juga tanpa modal.  Dropship.  Mudah bukan? Tolong promosi barangan orang lain dan kumpul komisen.  Asingkan duit komisen ini.  Simpan dan jangan belanja.  Bila sudah banyak dapat kumpul komisen, boleh 'upgrade' jadi pemborong atau cari agen. 

Jangan berangan-angan hendak bisnes jika tiada pengalaman dan meminjam modal dari famili, bank atau saudara mara.  Takut nanti bisnes ke mana, modal pun lesap!  Belajar dari bawah.  Cari pengalaman.  Belajar dari pakar.  Pergi kursus atau seminar. 

Pada pendapat saya, mulakan dengan dropship.  Mudah sahaja.  Cari info di FB atau internet.  Banyak info dan tips dari mereka.  Buat fanpage dan sudah boleh mula. 

Akademi Bekerja Dari Rumah juga ada menyediakan produk dropship.  Jadi rakan niaga kami.  Untuk yang sudah ada bisnes dan ingin promosi secara online,  boleh sertai KELAS ASAS BLOG DAN BISNES.

Jom kita lihat apa yang akan anda belajar di kelas ini nanti:
✔  kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
 ✔  mahu mula tetapi tidak tahu cara.
✔  mahu mula tetapi tidak ada produk.  Kami menyediakan beberapa produk pilihan iaitu produk sunnah, buku, pakej ebook dan ruang periklanan.  Juga peluang sebagai pembantu kelas di Akademi Bekerja Di Rumah. 
✔  kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi RM20, RM50,  RM100 dan begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta).
 ✔  kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, suri rumah sepenuh masa, suri berkerjaya yang mahu buat secara sambilan.  Ini adalah langkah awal.  Kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
✔  apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. Juga bina jaringan bisnes secara online.
✔  apa yang kita belajar di dalam kelas ini.  Analisa dahulu untuk kenalpasti produk apa yang sesuai berdasarkan minat dan pengalaman.  Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
✔  untuk mula, kita analisa dahulu.  

Hubungi saya jika anda sudah bersedia dan ingin bermula.

No comments:

Post a Comment