Tuesday, 18 February 2014

Jangan Guna Duit Bisnes


Teks : Norazizah Sudin

Blog bisnes sudah siap, fanpage pun sudah ada.  Sudah promosi dan ada yang sudah mula dapat pesanan.  Untuk yang belum tu, jangan mudah putus asa.  Berusaha lebih lagi ya.  InsyaAllah, akan dipermudahkanNya.

Berbalik dengan tajuk di atas, jangan guna duit bisnes.  Duit bisnes jangan dicampur dengan duit peribadi.  Asingkan. Tiada istilah pinjam dahulu duit bisnes untuk kegunaan peribadi.  Nanti tidak terbayar balik.  Buat rekod keluar masuk.  

Kepada usahawan-usahawan online atau offline sebenarnya kita memang perlu ada akaun untuk perniagaan kita.  Tidak kira sama ada bisnes kecil atau besar.  Bila ada akaun, baru kita nampak ke mana perginya duit kita. Setiap sen perlu di catat.  Untuk mengurus kewangan juga memerlukan  disiplin.  Barulah kita nampak ke mana duit kita pergi ke mana dan bisnes kita nampak hasilnya.


Untuk lebih mahir kelas urus akaun bisnes, bagi yang berminat boleh sertai kelas urus akaun kecil WAHM/SOHO.  Tenaga pengajar mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini.  Kelas akan diadakan secara online dan semua tugasan akan diberikan secara online juga.  Pelajar boleh tanya pelbagai soalan berkaitan akaun jika tidak faham dan ingin penjelasan lebih lanjut.  

Alhamdulillah, dapat maklum balas positif dari peniaga online/offline yang telah mengikuti Kelas Urus Akaun Bisnes. 

✔  Memang sangat sesuai untuk peniaga yang baru bermula, atau mahu tahu di mana silap selama ini. ✔  Memang sangat bagus untuk mencari punca ketirisan wang bisnes.
✔  Sedar betapa pentingnya untuk merekod setiap urusniaga walau satu sen pun untuk mengira keuntungan kita nanti

Kesalahan biasa pemula WAHM :
✔  tidak ada rekod
✔  tidak tahu aliran kewangan
✔  tidak pandai jejak sumber
✔  tidak tahu menyimpan rekod
APA YANG BAKAL DIPELAJARI? 
Modul 1 & 2:
1)  Bagaimana merekod buku simpan kira-kira.
2)  Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya
3)  Mengenal dan belajar kepentingan dokumen
4)  Invois, cash, bil, resit, purchase order

SIAPA YANG MENGAJAR?
Trainer berpangalaman luas dalam bidang akaun.



Kelas ini diadakan pada waktu pagi dan malam, ikut kesesuaian pelajar.  Masa kelas ini hanya untuk 3 jam sahaja. 

Boleh tanya saya untuk info lanjut.





No comments:

Post a Comment