Saturday, 15 February 2014

Jangan Lupa Bawa Pen dan Buku Nota


Selamat berhujung minggu.  Hari ini jalan-jalan cari makan sambil mencari idea untuk menulis dan berkongsi dengan rakan-rakan pembaca blog.

Untuk menulis blog, boleh tulis daripada pengalaman diri sendiri atau pengalaman orang lain.  Kadang-kala hendak tunggu inspirasi datang, lambat juga.  Hendak menulis secara konsisten pun ambil masa.  Sebab itulah perlu banyak membaca kerana banyak ilmu dan juga banyak info boleh kita dapati dari bahan yang kita baca. 

Duduk didepan komputer pun belum tentu ada idea.  Kadang-kadang masa itulah baru berfikir apa hendak ditulis.  Pernah mengalami situasi begini?  Tulis semua idea yang datang di dalam buku nota, catatkan secara ringkas dan tulis panjang lebar di dalam blog. Jangan berakhir di dalam bakul sampah sudahlah ya!

Sebab itulah perlu sentiasa ada pen dan buku nota.  Dapat sahaja idea, tulis.  Takut nanti hilang idea dan terlupa.  Buat draf dahulu.  Mungkin draf itu datang daripada bahan bacaan yang anda baca, daripada pemerhatian anda atau daripada penceritaan orang lain kepada anda.

Oklah, esok saya sambung balik ya.  Banyak cerita hendak saya kongsikan.  

Jumpa esok.  



No comments:

Post a Comment